Mengenangkan message yang dihantar kepada nya tadi membuatkan aireen risau terhadap keselamatan dirinya . walaupun ringkas mesej yang dihantar tapi penjahat tu boleh je apa apa kan nya , siap letak moji pisau dengan pistol lagi .
Lamunan aireen terhenti apabila deringan ringtone i phone 7 nya berbunyi nyaring sejak dari tadi .
Dilihat nama di skrin telefon .berubah riak wajah nya . ' mama ?' Dengan segera dia menekan punat hijau pada skrin ."Hello , assaalamualaikum ... " sapa nya bersama senyuman terukir di bibir . puan salmah pula menjawab salam nya ditalian .
" waalaikumsalam , reen sihat ?" Soal nya" alhamdulillah sihat ma , mama macam mana ? Sihat ? "
" mama macam ni lah . sihat je , ni mama nak bagitahu , hujung minggu ni mak ngah ada buat kerja kahwin "
Aireen menjongketkan kening . bersama sengihan dihujung bibir nya .
" haa , siapa pulak yang kahwin ?" Soal nya
" acu yang kahwin , nanti kamu jemput lah airil dengan keluarga nya tu " balas puan salmah melabuhkan punggung di sofa .
Aireen mengangguk tanda mengerti bersama senyuman mendengar adik sepupu nya akan bernikah tak lama lagi .
Walaupun Adik sepupu nya yang kepala ting tong tu pun ada yang berkenan , memang dari kecil sama sama nakal dan rapat .
"Aaaahh , tak sangka acu nak kahwin dah , lepas ni dah tak boleh tidur sama lah hmm hahaha " kata nya . puan salmah hanya ketawa kecil mendengar bicara anak nya .
"Hmm , kamu pun beringat , dah ada suami memang tak boleh tidur sama sama lagi dah ," pesan nya mengingat kan aireen.Aireen ketawa kecil .
" iya lah ma , nanti kirim salam papa . bila aireen balik nanti reen bagitahu "
" ya lah , bawa aira sekali , kerja elok elok , assalamualaikum "" iya ma , waalaikumsalam hahaha " ada ketawa kecil di hujung bicara nya .lalu dimatikan talian .
Diletakkan telefon nya ketepi , masih teringat kan mesej ringkas tadi .Tiba tiba kepala nya berdenyut kencang . ditambah pula sakit kepala nya yang tak rebah dari tadi . dipicit dahi nya perlahan supaya reda . wajah nya jelas menahan sakit .
********
Mata airil mengikut tubuh nazim yang dari tadi tidak berhenti dari mundar mandir . sekejap ke sini sekejap ke sana . sehingga dia rasa fade up nak hadap muka nazim . digelengkan kepala lalu dia menggulingkan bebola mata nya , dan kembali memfokuskan pada kerja nya .
" kau ni dah kenapa ? "Soal nya
Nazim melabuhkan punggung di kerusi hadapan airil . masuk kali ni sudah hampir sepuluh kali dia bangun dan duduk di hadapan airil . gelisah tak tentu arah ,.
" Bro , tolong aku " rayu nya bersama muka serabai macam baru bangun dari tidur .
Airil memandng nya pelik .
" apa dia ku zim " dia masih dengan riak tenang . mata nya tertancap pada lelaki yang sedang memandang nya dengan penuh harapan.
" tolong aku ngorat si fatiha tu "
Selepas mendengar kata kata nazim , bilil pejabat itu di penuhi gelak tawa airil dengan kuat .
"Hahahahahahahahaha !"
YOU ARE READING
First love again
RomanceAiril syafril merupakan kekasih aireen sewaktu di sekolah menengah , namun kejadian kemalangan yang meragut nyawa airil dan ibu bapa nya membuatkan aireen trauma . dan takut bercinta kerana tidak mahu hilang orang yang tersayang . Setelah 5 t...