Hujan mula membasahi bumi. Amirah sedang belajar dikelas menyedari bahawa sudah hujan. Pada ketika itu subjek Bahasa Melayu iaitu cikgu Yana.Amirah sangat bosan dengan subjek Bahasa Melayu sebab sikap cikgu Yana yang suka melenting bila marah. Sedang Amirah termenung, Amirah merasa lengannya dicuit.
Amirah memandang ke sebelah dan terlihat Nurin sedang memuncungkan mulutnya sambil memandang ke arahnya dengan muka selamba. Tiba tiba cikgu yang perasan Amirah tidak fokus didalam kelas turut memanggil namaku. "Amirah! ".Lantang sahaja suara cikgu memanggil namanya.
Dia pun menoleh kearah cikgu Yana dalam keadaan terpinga- pinga. Lantas Amirah bangun dari kerusi dan menjawab , "ya saya". cikgu Yana memandangnya dengan mengecilkan matanya. Amirah segera mengalihkan pandangan ku arah luar tingkap. Almaklumlah duduk dekat tepi tingkap mana taknya.
Dalam keadaan Amirah sedang berdiri tiba tiba ada seorang lelaki memasuki kedalam kelas lalu berbincang bersama cikgu Yana. Rakan sekelasnya mula membisik bukan bukan terhadap kelakuan cikgu Yana dan seorang lelaki itu.
Nurin mencuit pinggangnya ."Hensemnye wei Mamat tu".sambil memandang wajah lelaki itu. Amirah membuat muka menyampah, 'macam nak muntah je. Muka dah lah macam kambing, kambing kat kampung aku tu lagi comel and hensem kot'. Katanya dalam hati. Gila nak cakap betul betul penampar kang jawabnya.
Tiba tiba cikgu Yana bersuara " Okey murid murid kamu akan mendapat cikgu baru bagi mengajar subjek Bahasa Melayu ,saya yakin dia boleh mengajar kamu semua untuk lulus dalam subjek Bahasa Melayu". Begitu panjang lebar kata kata cikgu Yana. Pelajar dalam kelas 5 Bijak tu semua hanya mengangguk tanda setuju.
"Baiklah Cikgu, sila perkenalkan diri cikgu.. " Terang Cikgu Yana.Lelaki itu mengangguk tanda faham.
"Assalamualaikum pelajar, saya Aeril Zaqif Bin Dato' Jamal. Kamu boleh panggil saya Cikgu Aeril. Saya juga akan mengajar kamu semua dalam subjek bahasa Melayu" Lancar sahaja percakapannya kali ini. Walaupun debaran penuh didada.
"Cikgu! cikgu anak dato ke?" Kata salah seorang pelajar dalam kelas itu.
"Wahh cikgu mesti kaya kan?" Kata pelajar lain yang satu kelas itu juga.
"Cikgu cikgu umur cikgu berapa?"
"Cikgu cikgu dah kahwin ke belum?"
"Cikgu untungnya siapa yang kahwin dengan cikgu ni"
'woi babun dah dah lah tu tanya soalan bodoh .' Bisik hati Amirah penuh dengan kutukan dan cacian.hahaha
"Maknanya cikgu kenal dengan Amirah lah sebab Amirah pun anak dato" Kata pelajar lain yang pastinya satu kelas itu juga.
'Masyaallah kenapa nak babitkan aku dalam hal ni. Kenapa pun kalau aku anak dato, menyusahkan dia ke?' Bisik hati Amirah lagi.
" Hehehe...." Aeril hanya mampu memberi gelakan ke semua soalan yang dilemparkan kepadanya.
Kringg!
"Alhamdulillah dah rehat!!" Laung Amirah.
Aeril sekadar geleng kepala melihat telatah anak muridnya yang terlalu suka makan tapi badan tak gemok gemok.
Sudah masuk waktu rehat bagi seluruh pelajar tingkatan 5.
Nurin,Farisya,Zulaikha dan Putri sedang menunggu Amirah dari kantin.mana taknya Putri dan Zulaikha kelas 5 Cerdas jadi tunggu dikantin sahajalah.
Amirah sedang mengambil duit belanjanya didalam beg tanpa dia sedari ada mata yang sedang memandangnya iaitu seorang lelaki yang akan menggantikan cikgu Yana.
Amirah agak terkejut akibat kehadirannya yang duduk di kerusi sambil pandang macam nak telan. Laju sahaja Amirah mengambil wangnya lalu bergegas keluar namun disergah oleh Aeril.Amirah mengeluh panjang.
Lelaki itu datang menghampiri Amirah yang sedang berdiri dihadapannya."Awak ni Amirahkan?".
"Ya,kenapa?" Jawab Amirah selamba.Muka manis langsung tidak ditunjukkan. Tiba tiba dia terdengar ada orang ketawa.Lantas dia menoleh memandang Aeril.
"Nama saya Aeril Zaqif Bin Dato Jamal" jawabnya sambil tersenyum sinis memandang Amirah yg pendek sedikit darinya.
"Saya tau lah! Dah terang terang tadi cikgu perkenalkan.Siap ada orang tanya lagi" Balas Amirah kemudian menghadiahkan jelingan maut kepada cikgunya.
"Oh, dah tau. Baguslah, saya kan famous dekat sekolah ni. Tak jeles ke? " Kata Aeril sengaja menguji kemarahan Amirah. Sabar Amirah sabar.. Bukannya dia tak tahu, satu sekolah kenal dia. Tanya cik guard tu pun kenal dia. Kira dia top 1 famous lah. hahaha
"Cikgu, ada apa apa lagi ke? ".
"Hurm, rasanya tak ada dah.. " Terang Aeril persis orang sedang berfikir.
Setelah mendengar jawapan Cikgu Aeril, lantas Amirah meninggalkan cikgu itu. Kekok gila beb!!
Bab 1,amat membingungkan saya. Tak apa at least sis cuba. HAHAHA....
YOU ARE READING
Cikguku Husbandku
RomanceAmirah- seorang gadis yang merupakan anak orang kaya , diminati ramai lelaki termasuk rakan sekelasnya, namun ada sesuatu yang membuatkan Amirah tertanya. Siapakah lelaki yang akan menjadi cinta hati Amirah? dan mengapakah dia juga menerima Amirah s...