Bab 22

11.9K 332 1
                                    

Sangkaan orang hari yang paling bahagia untuk Amirah tapi bagi Amirah hari yang paling tersiksa iaitu hari pernikahannya antara dia dan Aeril.

"Wei, aku takut lah. Macam mana aku nak jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dalam usia muda ni? " Amirah menayang muka takut.

"Lah, kenapa nak takut? Bukannya Cikgu Aeril tu makan orang pun " Nurin cuba menenangkan Amirah.

"Ha'ah lagi pun kalau dia ada buat apa apa kat kau, report je kat kita orang" Farisya mengiyakan kata kata Nurin.

"Yela tapi aku nervous" Amirah mengipas gipas tangannya. Kang cair makeup tak pasal pasal jadi hantu kak limah.

"Ala kau lek lek je" Zulaikha memegang bahu Amirah.

"Wah cantiknya anak mama ni, macam bidadari dari syurga " Rakan rakan Amirah terhambur ketawa.

"Heh, biasa je lah mama" merah wajah Amirah kerana malu dipuji melambung.

"Okey, pengantin perempuan dah boleh turun" panggil Kak Ijah. Amirah menuruni tangga perlahan lahan dipimpin Datin Zatira.

Amirah didudukan diatas kusyen khas untuk pengantin. Terlihat dari jauh Aeril yang sedang bersalam dengan Tok Kadi.

"Bersedia semua.... Aeril Zaqif Bin Dato' Jamal ".

"Ya saya.. "

"Aku nikahkan dikau dengan Amirah Qistina Binti Dato' Fazli dengan mas kahwin 500 ringgit tunai".

"Aku terima nikahnya, Amirah Qistina Binti Dato' Fazli dengan mas kahwin 500 ringgit tunai ".
Dengan sekali lafaz sahaja Amirah sudah sah menjadi isteri Aeril.

Amirah menitiskan air jernih kerana terharu. Aeril datang menghampiri Amirah bagi upacara membatalkan wudhu.

Amirah menyarungkan cincin ke jari manis Aeril dan mencium lembut tangannya. Aeril menyarungkan cincin ke jari manis Amirah dan mengucup dahinya.

Amirah merasakan kehangatan antara mereka dan Amirah berasa selesa sekali berada di samping Aeril.                                                   

                    
                      ----------------

Setelah siap segala majlis. Amirah menaiki tangga satu persatu untuk ke biliknya. Aeril hanya memerhati Amirah dari jauh.

"Aunty, bilik Aeril kat mana? " Tanya Aeril meminta kepastian. Tangannya sibuk memegang beg yang perlu dibawa.

"Ah, bilik Aeril satu bilik dengan Amirah. Kat atas pergilah naik" Datin Zatira menunjukkan arah tangga.

Amirah yang sedang baring di atas katil terus terpana dengan kehadiran Aeril yang tetiba muncul ntah dari mana.

"Hoi, susah sangat ke nak ketuk pintu dulu? " Lantas tangannya mengambil tudung untuk di sarung.

Aeril yang sedang berdiri hanya memerhati Amirah yang sedang terkial kial membetulkan tudungnya.

"Apa pandang pandang ha! " Ujar Amirah sedikit kasar. Aeril yang sedang berdiri berbelah bagi nak ketawa atau nak betulkan tudung dia. Amirah hanya menjeling Aeril yang sedang merenung tajam kearahnya.

"Hahahaha, apa pakai tudung terbalik. Haha " Aeril mendekatkan dirinya ke Amirah dan membuka tudung Amirah.

"Sayang... Depan abang ni tak payah pakai tudung except kalau ada tetamu. Baru pakai, okey" Aeril perlahan lahan membuka tudung hitam yang baru di sarung Amirah.

Amirah terpaku dengan kelakuan Aeril yang membuat hatinya berdebar. 'Dia panggil aku sayang ke tadi? ' Desis hati Amirah.

"Dah, abang nak mandi. Lepastu kita makan kat bawah ya sayang" Ujar Aeril dengan gaya menggoda.

Lantas tangannya mengambil tuala dan memasuki tandas. Amirah hanya terkebil kebil namun fikirannya terlintas untuk mencuri wajah sebenar Aeril dan tangannya mencuri cermin mata Aeril.

Amirah mengambil cermin mata itu lalu meletakkannya di atas meja solek. Dalam 5 minit, Aeril keluar tandas hanya bertuala. Amirah yang berpura pura tidur sengaja mencelikkan matanya untuk mengintai Aeril.

Tetapi matanya segera ditutup kerana Aeril tidak memakai baju dan nampak bahagian perut. Aeril yang perasan Amirah sedang memerhati segera mengambil cermin matanya dan memakainya.

"Eeeii, pakai lah baju. Tak malu lah" Amirah menutup mukanya dengan kedua dua tapak tangannya.

"Eeh, dengan isteri buat apa nak malu" Aeril tersenyum sinis.

"Arhh! Sehari tak bertikam lidah memang tak sah kan! " Amirah sudah kehilangan sabar dengan si Aeril ni. Aeril hanya menunjukkan muka selambanya.

"Huh, ada aku kesah. Janji bila kau marah kau comel" Gumam Aeril.

Amirah ingin turun katil tapi dihalang oleh Aeril. Aeril menariknya kedalam pelukannya. Amirah terbeliak mata dek dilakukan sebegitu.

Amirah dapat mencium bau sabun yang digunakan Aeril tadi. 'Hm, sedapnya bau. Rasa macam tak nak lepaskan je ' Bisik hati Amirah.

Aeril semakin erat peluk Amirah. Tiba tiba pelukan dileraikan Amirah memandang Aeril pelik.
Aeril hanya merenung wajah Amirah yang sudah merah menyala itu.

"Amirah. Janji dengan saya jangan tinggalkan saya tak kira apa pun yang berlaku" Aeril membisikkannya ditelinga Amirah. Amirah hanya mengangguk perlahan.

Aeril senyum mendengar jawapan Amirah. Kemudian kembali memeluk Amirah. Aeril mendekatkan bibirnya di dahi Amirah. Muka Amirah semakin merah, malu! Jantung Amirah semakin bergerak pantas macam baru lepas lari marathon je.

"Aeril, saya nak turun dululah" Amirah menolak perlahan dada bidang Aeril. Aeril hanya memandang Amirah sehingga hilang dari pandangannya. Dia berasa bahagia sangat bersama Amirah. Walaupun masih baru kenal.

Aeril memakai baju t-shirt dan seluar slack hitam lalu menuruni tangga satu per satu. Dia melihat Amirah dari jauh yang membantu Mak Unah meletakkan lauk di atas meja.

Lantas kakinya bergerak menghampiri Amirah. Mereka duduk semeja bersama dua orang tua Amirah. Selepas membaca doa makan mereka menjamu selera dan hanya bercerita di atas meja makan itu.

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now