Sepanjang perjalanan Amirah hanya diam dan tidak memandang wajah Aeril langsung. Malahan matanya hanya memandang keluar tingkap.
"Amirah, macam mana sekolah tadi? Okey" Aeril membuka bicara. Daripada diam je baik aku mulakan bercakap.
"Okey je " Balas Amirah acuh tak acuh. Aeril hanya tersenyum mendengar jawapan Amirah. Tak tau lah nak cakap, Aeril ni en dengan Amirah senang je nak senyum tapi kalau dengan orang lain serius dia jangan tanya ar.
"Eleh, padahal risau en kerja sekolah tak siap lagi. Kalau tak siap esok kena denda tau" Aeril mengangkat keningnya matanya menjeling jeling Amirah.
Amirah sekadar buat tak tahu je dengan nasihat Aeril. 'Alah, buat apa nak takut. Dah selalu kena denda dengan kau ' Desis hatinya.
Aeril mencuri curi pandang wajah Amirah yang sedang termenung ke luar tingkap. Amirah dah perasan tapi cuma buat tak tahu. 'Lantak lah aku kan memang lawa ' Bisik hati Amirah.
---------------
Setibanya didestinasi yang dituju. Aeril membuka tali pinggang dan menjenguk ke arah Amirah.
"Lah, tidur rupanya. Tak sangka badan kecik tapi kuat tidur. Hahaha" Aeril tergelak sendiri. Namun bila dia merenung wajah Amirah lebih mendalam hatinya rasa bergetar dan tak tentu pasal.
"Wahai hati janganlah kau bergelora sekarang. Aku perlukan masa untuk cuba mencintai kau tapi begitu cepat sekali kau buat aku macam orang gila Amirah. Kau lain dari perempuan lain yang hanya mahukan duit daripada cinta. Aku sayang kau Amirah " Aeril membisik ke telinga Amirah. Tangannya memegang dada menahan dari hatinya berkencang.
Tanpa sepatah kata terus Aeril mengangkat Amirah masuk ke dalam rumah dan meletakkannya di atas katil berasingan bilik. Tak boleh sama bilik sebab nak bagi Amirah masa untuk mencintai dia. Kalau Amirah ingin tidur sebilik baru Aeril akan izinkan dengan setulus hati.
Aeril meletakkan tubuh itu secara perlahan lahan ke atas katil yang baru dikemas oleh Mak Teh. Aeril menutup pintu dan mengangkat barang barang masuk ke bilik. Memang penat untuk dia buat sorang sorang lagi lagi naik tangga memang tercabut jantung arh.
Aeril keluar untuk membeli makanan manakala Amirah pula masih tidur. Amirah terjaga apabila terdengar bunyi ketukan pintu. Digosok matanya berkali kali dan dalam keadaan malas Amirah turun ke bawah. Sebenarnya dia dah lapar ye lah dah petang kot sekarang.
Dikuak pintu perlahan dan Aeril yang sedang memegang lauk menghulurkan ke Amirah. Amirah menyambut huluran dan ke dapur.
Niatnya untuk mengisi lauk ke dalam mangkuk dan masak nasi tapi Mak Teh lagi lincah dan cekap darinya.
"Eeh, Amirah tak pe biar Mak Teh buatkan" Perlahan lahan Mak Teh jauhkan mangkuk itu dari Amirah.
"Erm. Kalau macam tu Amirah keluar dulu ya Mak Teh" Mak Teh sekadar mengangguk.
Amirah ke halaman rumah dan menyedut udara segar di situ. Serius memang segar gila angin kat sini.
Amirah terjerit kecil apabila Aeril memeluknya dari belakang dan dagunya diletakkan dibahu Amirah. Wajah Amirah yang tadi ceria kini bertukar merah kerana malu.
"Hai sayang buat apa kat luar ni tak sejuk ke? " Aeril bertanya mukanya didekatkan ke telinga Amirah. Amirah terkelu, bisu, beku.
"Tak de buat ape ape. Eh jom lah masuk rasanya Mak Teh dah siap masak nasi " Amirah cuba menukar topik.
"Ciuhh, tukar topik pulak sayang abang ni " Aeril mencuit hidung Amirah. Amirah mengaduh kesakitan dan menggosok hidungnya.
"Jom lah masuk dulu. Kita makan" Aeril menarik tangan Amirah. Amirah hanya akur dan mengikut setiap jejak Aeril.
"Makan Aeril, Amirah "Mak Teh menjemput. Mereka berdua duduk bersebelahan manakala Mak Teh dihadapan Amirah. Selepas membaca doa makan mereka menjamu selera yang telah terhidang.
----------------
Jam menunjukkan pukul 9:00 malam. Aeril pelik dari tadi Amirah tak keluar bilik. Tak penat ke dia duduk lama lama dalam bilik? Takkan tidur kut. Nak cakap dengan Mak Teh dah balik dah.
Aeril mengetuk pintu bilik Amirah dan memulas tombol pintu itu. Aeril melihat Amirah sedang tidur dimeja belajarnya dengan penuh kertas kerja yang baru diberinya pagi tadi.
"Rajinnya Amirah buat kerja aku" Aeril hanya memandang wajah indah di depannya itu. Matanya tertancap pada sehelai kertas berdekatan Amirah.
"Eh, dia pun dapat borang kem perkhemahan tu jugak. Hm nampaknya satu lagi borang ni terpaksa aku bagi pelajar yang nak masuk kem tu" Aeril menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kesian pulak dia tidur macam ni. Haihh" Aeril mengangkat tubuh Amirah dan meletakkannya diatas katil. Aeril mencium ubun ubun Amirah dan dahinya.
"Selamat malam, sayang" Aeril mencium lagi dahi Amirah. Dia menutup pintu dan menuju kebiliknya. Lampu diruang tamu ditutup dan Aeril ke pintu untuk mencari gerangan siapakah yang mengetuk pintu tadi.
Aeril terjumpa sepucuk surat yang tertulis
To:Aeril sayang
From: SofeaAeril i tahu i dah buat salah besar masa i curang depan you. I masa tu tak boleh nak cover apa apa dah. Lagipun dia yang terhegeh hegeh nak kan i so i layan sebab nak permainkan dia je bukannya apa apa. Aeril, i dengar you dah kahwin. Adik i yang cakap, Dania namanya. Congrats untuk perkahwinan you tu. Hope bahagia hingga ke jannah.
P/s:I sebenarnya nak you maafkan i. Selagi you tak minta maaf i akan buat sesuatu sampai you minta maaf dan merayu rayu kat i. I akan buat Aeril, i akan buat!
"Hm mana dia tahu alamat aku ni? " Aneh wanita itu. Rumah pun tahu kat mana, stalk ke?
"Huhuhuhuhu.... " Aeril yang mendengar tangisan terus naik ke atas dan meluru ke bilik Amirah. Amirah yang sudah terjatuh katil sedang mangaduh kesakitan.
"Masyaallah macam mana boleh jatuh ni? "Aeril mengusap bahagian sakit Amirah. Amirah hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa apa.
"Sakit... Auu" Hanya itu yang diucapkan Amirah. Aeril berasa simpati dan mengambil peti kecemasan di bawah katil Amirah. Dia mengeluarkan ubat tahan sakit, lutut Amirah disapu ubat tadi. Amirah sekadar mengerang kesakitan.
Aeril yang nampak Amirah sudah okey sikit,nak keluar dari bilik tapi Amirah sergahnya.
"Aeril... " Aeril memandang mata Amirah. "Ya?.. "Aeril sudah menghampiri Amirah dan memegang tangan gadis tersebut.
"Maaf kalau saya tak dapat jadi isteri yang baik. Sebab saya tak bersedia lagi" Amirah hanya menundukkan mukanya.
Aeril menyentuh dagu Amirah supaya mata Amirah memandangnya. "No, sayang. Jangan cakap macam tu. Awak tahu tak ,awak berada disisi saya pun saya dah rasa kebahagiaan itu. Saya tahu awak memang tak bersedia lagi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya faham Amirah" Aeril menyentuh dagu Amirah dan memeluknya.
Amirah mengeratkan lagi pelukkan jejaka itu. Memang dia rasa selamat bila jejaka itu memeluknya. Sesungguhnya dia tak mahu kehilangan jejaka ini. Hati Amirah semakin berdegup kencang apabila Aeril ada dengannya.
YOU ARE READING
Cikguku Husbandku
RomanceAmirah- seorang gadis yang merupakan anak orang kaya , diminati ramai lelaki termasuk rakan sekelasnya, namun ada sesuatu yang membuatkan Amirah tertanya. Siapakah lelaki yang akan menjadi cinta hati Amirah? dan mengapakah dia juga menerima Amirah s...