Bab 28

11.2K 288 7
                                    

Setelah bersuara di Balai. Polis mendapati pesalahnya ialah Dania. Dania masih lagi terlantar di hospital ditemani kakaknya akibat mereka hanya dua beradik anak yatim tidak mempunyai ibubapa lagi. Ibubapa mereka terlibat dalam kemalangan.

"Mama, Aeril mana? " Datin Zatira menunjukkan sebuah bilik hospital di mana Aeril di tempatkan. Tanpa sebarang pertanyaan Amirah terus melangkah ke bilik Aeril.

"Aeril!.... " Wajahnya bertukar apabila terlihat Sofea sedang memegang tangan Aeril dan mencium pipinya. Amirah sudah tidak sedap hati. Amirah ingin mendekati Aeril akan tetapi dia di sergah oleh Sofea.

"Woi. Perempuan tak guna, kau memang tak tahu malu kan! Dah rampas boyfriend orang dan sebab kau lah dia terlantar kat hospital ni! Ni semua salah kau! "
Sofea meninggikan suaranya.

"Hello. Miss, bukan saya yang nak semua ni. Dah takdir, Allah yang tentukan segalanya. Kalau Puan rasa tak puas hati, fine! ... " Amirah mengalah , bukan sebab dia lemah, sebab dalam benak fikirannya cuma memikirkan tentang Aeril.

Sofea mengetap bibir. Kata kata Amirah membuatkannya berasa bangga. Wajahnya sudah bertukar senyum tanda kemenangan . Sofea menghampiri Amirah dan menampar pipi gadis itu dengan sekuat hati.

Amirah terkejut dengan kelakuan Sofea. Dia memegang pipinya yang kian merah dan membahang. Sofea tersenyum sinis memandang Amirah yang sedang menahan kesakitannya itu.

"So.. Fea.... " Sofea menghampiri Aeril dengan gaya gediknya dan bertanya sama ada Aeril oky atau tidak. Amirah hanya menjadi pemerhati.

"Aeril, you dah sedar" Sengaja Sofea menyentuh nyentuh wajah Aeril. Aeril makin memegang tangan Sofea erat.

"Sofea... Ni siapa?" Jari telunjuknya menunjuk ke arah Amirah yang sedang terkaku. 'Apa ni? Macam mana dia boleh tak kenal aku' Desis hati Amirah.

"Entah lah, you tahu tak perempuan ni tak ada kena mengena langsung dengan hidup you tau.You tahu tak dia ni cuma pergunakan you. Senang cakap dia cuma nak kan harta you je lah" Muka gediknya menjeling jeling Amirah.

"Ya Allah Aeril. Ini semua fitnah Aeril. Saya ni Amirah, isteri awak! " Amirah memang sudah lama tahan marahnya. Namun apakah daya perempuan lemah tetapi tabah tidak sentanding lelaki kuat tidak setabah perempuan. Air jernih di mata Amirah kelihatan hampir keluar tapi gadis itu masih mampu menahan derita itu.

"Sabar Amirah sabar... Dugaan ni. Masya'allah" Gumam Amirah. Aeril merenung Amirah dalam dalam. 'Macam aku kenal perempuan ni tapi tak ingat pulak ' Bisik hati Aeril.

Lantas Amirah keluar meninggalkan bilik hospital itu dari hatinya sakit macam kena hentak batu yang besar. Tak ada gunanya lagi nak duduk dalam tu. Tangisannya di hamburkan di hadapan pintu masuk tandas. Ya Allah memang aku tak boleh tahan dengan dugaan mu ini. Sungguh aku sayangkan suami ku Aeril. Aku akan rindukan dia.

Memori aku dan dia takkan pupus selagi aku bernyawa. Secara tiba tiba ada seorang lelaki berpakaian kot putih seperti doktor menegur Amirah.

"Hm, Cik okey ke? " Tegur lelaki itu. Amirah sekadar mengangguk. Lelaki itu duduk di sebelah Amirah dan menyentuh mukanya. Amirah menolak dengan kasar tindakan lelaki itu. Memang biadap!

"Apa ni main sentuh sentuh!" Amirah menarik mukanya kembali.

"Okey, okey. Mintak maaf. Habis tu saya tanya tadi okey ke tak awak diam je. Kenapa ni? " Lelaki itu masih cuba memujuk Amirah.

"Saya okey lah" Amirah sudah bangun dan mahu beredar. Lelaki itu menarik baju Amirah akibatkan Amirah terpusing menghadapnya.

"Kenapa ni? " Lelaki yang bernama Arief masih lagi memujuk Amirah. Amirah susah mahu cerita pada orang asing. Ye lah manalah dia kenal mamat ni.

"Suami.... Suami.. Saya... Dia... Dah... Lupakan saya " Jawab Amirah tersedu sedu gadis itu. Arief menarik Amirah ke dalam dakapannya. Amirah tidak berdaya melawan perasaan nya sendiri.

Amirah menangis sepuas puasnya di dada Arief.

"Saya nak balik dulu lah.. " Setelah sekian lama membiaskan tangisannya di dada Arief Amirah berbicara jua.

"Kejap. Awak bilik 14 ke? Yang lelaki namanya Aeril Zaqif? " Arief meminta kepastian sekiranya itu adalah suaminya. Amirah mengangguk perlahan.

"Owh. Jom ikut saya pergi bilik saya" Arief menarik baju Amirah lagi. Besar jugakkan baju tu.hahaha.

"Duduk".

Amirah akur dengan arahan Arief. "Nak minum tak? " Arief menawarkan minuman. Amirah menggeleng kepala. Arief faham.

"So, apa yang awak nak saya buat kat sini" Amirah mula berbicara.
"Macam ni, suami awak tu dia terhantuk masa dia kena tembak tu jadi dia hilang ingatan untuk masa yang lama. Jadi saya tak nak awak putus asa dengan suami awak. Itu suami awak, awak ada hak atas dia. Saya nak awak jangan push dia sangat untuk ingat segala memori. Awak kena tolong dia ingat semula memorinya dia secara perlahan lahan.
Macam bawak dia pergi ke tempat yang istemewa ke" Arief menasihatkan Amirah yang masih lagi muda dalam perkahwinan.

Amirah mengangguk perlahan. Arief memberi senyuman kepada gadis tu. Jujur dia akui memang Amirah cantik memang beruntunglah siapa dapat dia.

-----------------

"Woi. Kau buat apa kat sini" Berang Aeril. Amirah segera bangkit dari tidurnya. Memang Amirah yang temankan Aeril di hospital pada waktu malam.

"Huh.. "Amirah menggosok matanya. Merah matanya mungkin sebab banyak nangis kot. Yela satu hari kot dia nangis demi Aeril.

"Asal mata kau merah? " Aeril memegang mata Amirah. Amirah membiarkan sahaja, buat apa nak malu suami sendiri kot.

"Kau nangis kan? " Aeril memandang wajah manis itu semula. Amirah sekadar mengangguk. Aeril mengeluh berat dan meraup rambutnya kebelakang.

"Kau dengar ni. Memang aku percaya kata Umi dengan Abah yang kau isteri aku. Tapi... Aku tak kan pernah anggap kau sebagai isteri sebenar aku. Maknanya kita suami isteri kat atas kertas je. Aku sayangkan Sofea lagi" Aeril meraup rambutnya kebelakang.

Amirah memang tak tahan nak menangis lagi. Tangisannya semakin teresak esak. Aeril memeluk Amirah erat. 'Hm,apa aku nak buat ni. Amirah aku tak cintakan kau pun' Desis hati Aeril.

"Dah,kau pergi balik. Biar aku kat sini. Aku okey je" Aeril menyentuh wajah Amirah.

"Tak nak" Amirah masih berdegil." Degilnya budak ni. Dah pergi balik. Aku okey je kat sini" Aeril bersuara. Amirah mengangguk perlahan.

Lantas kakinya keluar dari bilik itu. Amirah balik menaiki pemandunya. Akhirnya Amirah terlena sebaik sahaja sampai si rumah.


Hai guys. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Sahur tau! 😘.Thanks for read. Vote lah pulak ye 💕

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now