SETIBANYA di Shopping Mall yang hendak dituju. Laju sahaja keretanya membelok dan mencari parking lot.
Amirah turun dari kereta dengan berhati hati. Dia memandang sekeliling Mall itu. 'Uishh! Besarnya Mall ni, agak agak barang dalam tu mesti mahal kan' Bisik hati Amirah.
Amirah berhenti dari lamunanya dan memandang Aeril dengan wajah ceria dan terus berlari masuk ke dalam Mall itu. Aeril yang memandang Amirah terus menggelengkan kepalanya dan berlari anak mengejar Amirah yang sudah jauh darinya.
Amirah berhenti di sebuah kedai baju yang menarik perhatiannya. Dia memerhati setiap inci baju tersebut "cantik" itu sahaja yang keluar dari bibir nipisnya.
Aeril sudah tercungap cungap mengejar Amirah. Namun pandangannya terhenti apabila ternampak Amirah sedang berdiri di hadapan baju berwarna biru pekat dan coklat yang berlengan panjang. Aeril datang menghampiri Amirah yang sedang termenungkan baju tersebut.
"Awak suka baju tu ke? " Tanya Aeril lembut.
"Ha'ah cantik sangat" Jawab Amirah sambil tangannya di letakkan di dagu.
"Hm, okey. Pilihlah saya belanja" Kata Aeril membuatkan Amirah terbuntang mata.
"Betul ke Cikgu... Eh bukan awak!" Amirah sedikit menjerit.
Aeril hanya mengangguk. Lantas sahaja Amirah mengambil baju tersebut dan menarik lengan Aeril ke kaunter pembayaran.
Setelah membuat pembayaran. Mata Amirah melilau untuk mencari sasaran seterusnya. Akan tetapi tiada lagi kedai yang mampu membuat Amirah menarik perhatiannya.
"Awak lapar tak? " Tanya Aeril.
"Lapar. Kalau awak tak kesah yang awak boleh belanja saya makan, saya tak kesah. Lagipun saya ni banyak makan tau" Usik Amirah seraya keningnya diangkat berkali kali.
"Apa susah, kalau macam tu bayarlah sendiri" Kata Aeril sambil mentertawakan Amirah.
Amirah hanya memandang geram pada Aeril.Geram sangat. 'Selalu ade je bahan dia nak kenakan aku. Haiss! ' Desis hati Amirah seraya mengutuk Aeril.
"Hah, kutuk lah tuh" Aeril menyambung ketawanya.
Amirah ingin beredar dari situ namun pantas sahaja tangan Aeril menarik lengan bajunya.
"Hehehe. Saya mintak maaf okey" Ujar Aeril sambil menunjukkan tangannya 'okey' ke Amirah.
'Haa! Tau takut. Acah je tadi. Hahaha' Bisik hati Amirah dengan senyum sinis memandang Aeril.
"Jom".
"Ha? Pergi mana? ".
"Aikk? Tadi kata nak makan, ke dah kenyang. Dah kenyang kita balik jelah".
"Ala nak makan!" Amirah merengek seperti budak budak.
"Jom" Aeril menarik lengan baju Amirah menuju ke restoran yang agak mahal.
Amirah sedikit terkejut akibat restoran yang susah nak ditandigi dengan restoran lain. Amirah meneliti pelanggan di restoran tersebut secara satu persatu. Pakaian mereka kelihatan mahal dan seksi sekali.
Mata Amirah tertancap pada seorang lelaki yang amat dikenalinya itu.
YOU ARE READING
Cikguku Husbandku
RomanceAmirah- seorang gadis yang merupakan anak orang kaya , diminati ramai lelaki termasuk rakan sekelasnya, namun ada sesuatu yang membuatkan Amirah tertanya. Siapakah lelaki yang akan menjadi cinta hati Amirah? dan mengapakah dia juga menerima Amirah s...