Bab 16

12.4K 309 1
                                    

Ridzwan berjalan menghampiri Amirah yang sedang termenung di gerai mamak berdekatan. Walaupun Amirah kaya, dia masih lagi merendah diri.

"Hah! Amirah. Termenungkan siapa tu! " Kata Ridzwan sambil mengetuk meja.

"Oh mak kau! Ish kau ni nasib baik tak kena heart attack kalau tak, kau nak bertanggungjawab?" Ujar Amirah dengan perasaan bercampur baur.

Ridzwan tersenyum seperti kerang busuk. Amirah memutarkan biji matanya tanda menyampah.

"Hah, kau nak apa datang ni? " Amirah sudah mengangkat keningnya.

"Tak ada ape ape cuma nak pergi study dengan kawan kawan je" Kata Ridzwan sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang putih. Boleh lah ni jadi duta colgate pulak en..

"Habis tu, kenapa kat sini pulak?" Soal Amira pelik.

"Hehehe, saje nak berborak dengan kau. Lama tak jumpa. Nak pergi study sama sama tak?" Ridzwan sudah menayangkan muka simpati.

"Erm.. " tangannya diletakkan di dagu seperti orang sedang berfikir.

"Nak ke tak nak? Lagipun kita orang belajar subjek Bahasa Melayu. "

"Haa?  Melayu?  Erm, tak nak arh" Kata Amirah dengan muka bosan.

"Erm. Yelah, k ar aku nak gerak dulu. Pape roger ya sis" Ujar Ridzwan kemudian berlalu pergi.

"Huhh" Amirah hanya mengeluh.

                    -------------------

"Assalamualaikum".

"Waalaikumusalam" Balas Mak Unah.

Datin Zatira tiada di rumah dek sibuk dengan pernikahan Amirah.

"Mak Unah, mama keluar eak? " Tanya Amirah.

"Ye, tadi Datin Zatira kata suruh siap sebab ada kelas tambahan subjek Add Math dengan Bahasa Melayu di sekolah " Ujar Puan Unah.

"Ala, asyik bahasa melayu je Amirah bosan lah macam ni " Mulutnya mula dimuncungkan.

"Pergi je lah Amirah kan dah nak SPM" Laung Mak Unah dari dapur.

"Ish ye lah Amirah pergi siap dulu".' Aish, nih yang malas ni kalau ada Bahasa Melayu' Bisik hati Amirah.

Amirah hanya berpakaian sukan dan tudung bawal hitam begitu juga beg dan buku dua subjek tersebut. Mak Unah seperti biasa masak untuk makan malam di dapur.

"Assalamualaikum Mak Unah Amirah pergi dulu" Amirah bersalam dengan Mak Unah.

"Waalaikumusalam, ye lah belajar rajin rajin ya" Mak Unah mengusap kepala Amirah. Amirah berlalu pergi dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Pak Lin.

                   ---------------------

"Hai Nurin" Kata Amirah dari belakang Nurin. Membuat kan Nurin terkejut beruk.

"Eh kepala kau kat kaki. Ehh! ish apa kau ni terkejut je aku" Marah Nurin.

"HAHAHA. Mana ada kepala aku kat kaki kepala aku elok je kat sini" Ujar Amirah, tangannya menunjuk nunjuk kepalanya.

Nurin menunjukkan muka bosan dan menyampah. 'Eish selalu nak menangkan kau ni Amirah' Desis hati Nurin.

"Wei cepat lah Nurin nanti lambat".

"Ishh ye lah".

"Wei Nurin mana yang lain? ".

"Huh, series ke tak de? Dalam kelas? ".

"Betul tak de. Cuba tengok ni".

"Aah la. Habis tu mana dia orang?".

"Bak jap handphone kau" Pantas tangan Amirah merampas telefon milik Nurin.

"Wei, dia orang kat dewan lah" Ujar Amirah sedikit terkejut.

"Ntah kau ni, jom nanti kita lambat kena denda. Malu lah" Kata Nurin sambil tangannya diletakkan di pipi.

"Jom" Kata Amirah.

                

                        -------------------


Perlahan lahan Amirah berjengket dan berdiri membongkok di sudut pintu dewan. Nurin? Dah masuk dulu dah.

"Ehem ehem".

"Ish kau ni bising lah Nurin ".

"Ehem ehem".

"Eee. Kau nak ape Nurin. Eh mana Nurin kenapa cikgu pulak kat sini? ".

"Ehem, Nurin dia masuk awal, jadi awak lambat seminit".

"Ala, seminit je cikgu bukannya..."

"Bukannya apa? Seminit je cikgu? Awak ingat ni sekolah bapak awak ke sesuka hati nak datang bila? " Tanya Aeril, tangannya membetulkan cermin matanya.

"Ala semak lah cikgu nerd ni" Gumam Amirah.

"Apa saya rasa saya kurang dengar lah" Aeril sengaja mahu menarik tali. Dia mendekatkan telinganya ke muka Amirah.

"Eh tak de lah saya cakap cikgu hensem hari ni" Kata Amirah sambil tersengih.

"Owh saya memang tiap tiap hari hensem" Ujar Aeril. Dia acah acah membetulkan rambutnya supaya kelihatan pacak.

"Werk nak muntah je cikgu".Perasan lebih je mamat poyo ni. Kan aku dah kata masa bab 1 dia ni muka macam kambing kat kampung aku tu.

"Wew. Dah pergi masuk belajar jangan malas je keje mana tak gemuk".Aeril sengaja mahu membuat Amirah bingit dengannya.

"Hello, saya kurus lagi okey. Ntah ntah cikgu tu yang boroi". Kata Amirah seraya menggelakkan Aeril.

"Hei sedap sikit, saya selalu lah pergi gym ".

"Owh saya tak kesah cikgu. Eh cikgu tengok belakang tu! ".Lantas kepala Aeril pusing.

"Mana? ".

"Haha cikgu kena tipu bayar seribu. Bluerkk" Amirah menjelirkan lidahnya dan berlari masuk ke dalam dewan.

Aeril hanya menggelengkan kepalanya dan masuk ke kelas, mengajar Amirah seperti biasa.

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now