Bab 19

11.5K 287 2
                                    

Hari berganti hari hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk pernikahannya. Jadi dia perlu menjemput rakan rakannya bagi menyokongnya.

Amirah pergi ke sekolah seperti biasa. Pak Lin menghantarnya di hadapan pagar sekolah. Di hadapan pagar sekolah Amirah ternampak Putri dan Khai.

Amirah ingin menyampuk tetapi kelihatan Putri sedang marah dan Khai terpinga-pinga. Dalam situasi tersebut kawan kepada Khai iaitu Farhan menepuk belakangnya. Putri segera beredar dari situ. Khai kelihatan kecewa dari jauh.

'Hm kene reject lagi la tu Khai Khai.. ' Desis hati Amirah. Khai memandang Amirah lalu menuju ke Amirah.

"Amirah, please sangat sangat tolong aku rapatkan dengan Put aku rasa aku dah betul betul cintakan dialah. Please Amirah bantu aku. Aku janji aku tolong kau dalam apa sahaja" Gaya tangannya seperti orang berikrar.

"Betul ea kau tolong aku kalau aku rapatkan kau dengan Put".

"Ye ye apa sahaja! ".

"Okey! Aku nak kau siapkan kerja sekolah aku selama seminggu. Amacam? Deal? ".

"Okey aku sanggup, tapi janji kau rapatkan aku dengan Put. Kalau tak aku tulis nama kau dan menganggap kau sebagai pembuli".

"Ish ye la ye la aku akan tolong" Amirah sudah tidak selesa dah dengan si Khai.

"Okey thanks Amirah!".

"Welcome. K bye, aku nak beratur ni".Farhan dari tadi hanya menjadi pemerhati.

                    ------------------

Hari ini Amirah perlu memberi kad pernikahannya kepada rakan rakannya. Hanya rakan rakannya sahaja, saya ulang hanya rakan rakannya sahaja!.

Memandangkan hari ini juga Cikgu Aeril tidak masuk ke kelas,jadi inilah peluangnya untuk memberi kad tersebut. Disorokkan kadnya di bawah tudung. Hampir satu sekolah Amirah pusing untuk mencari rakannya tapi tiada. Dia mula berfikir ' Hurm, kalau kat tepi kolam ikan, tandas, mesin air, koperasi tak ada mesti dekat kantin ni' Tangannya di letakkan di dagu persis orang berfikir.

Semasa perjalanan nak ke kantin Amirah terlanggar tubuh seseorang.

"Woi buta ke apa?! " Amirah memandang gadis tersebut dengan muka tidak puas hati.Habis kad kadnya terabur.
gadis itu ambil tanpa ada perasaan malu.

"Hahaha. Ni apa ni?! Kad kahwin ke?! Eeeee gatal ea nak kahwin. Meh aku tengok siapa suami TERCHENTA kau tu".

"What the heck!? Seriously Amirah, you will married with Cikgu Aeril?!" Mukanya acah acah terkejut. Dalam pikirannya dah tercatat untuk memisahkan Amirah dan Aeril.

Lantas Amirah mengambil kad dan beredar. "Huh Amirah we'll see" dengan gaya gediknya Dania berlalu pergi.

Amirah masih mencari kelibat rakan rakannya. Setelah menjumpai lantas Amirah berlari ke arah mereka. Nurin dan Putri terkejut akibat Amirah menerjahnya.

"Weii..... " Dengan tercungap-cungap Amirah menyebut.

"Kenapa ni Irah cakaplah. Asal macam baru lepas lari marathon ni" Ujar Farisya. Putri, Zulaikha, Nurin juga turut ketawa.

"Eish apa ni mana ada. Ni aku nak bagi ni datang tau. Jangan tanya banyak nanti bila aku dah nikah kau tanyalah macam macam".

"Weii! Seriuslah kau nak kahwin ni?!".

"Shuuuhhhh! Jangan kuat sangat. Ingat aku jemput kau orang je".

"Erk tapi kau kahwin dengan siapa? " Giliran Putri pula bertanya.

"Ermm, Cikgu... Er... Cikgu... ".

"Chop. Chop.. Chop.. " kau kahwin dengan CIKGU?! "Ujar Zulaikha.

"Eh seriuslah dengan cikgu?! " Giliran Nurin pula meninggi suara.

"Eish ye laa, aku tak main main tau. Aku sebenarnya akan kahwin dengan cikgu..... Cikgu...."."Ish cepatlah jangan bagi suspen" Mereka tergelak mendengar Putri yang sudah tidak sabar itu.

"Hehehe, dengan Cikgu ...Cikgu... AERIL" Nurin, Zulaikha dan Farisya hampir tersedak mendengar apa yang baru disampaikan oleh Amirah. Putri sudah menepuk tangan macam orang tak betul.

"Hahaha, tahniah Amirah"Kata Putri sambil menepuk tangan. Yang lain memandang dengan pandangan yang pelik ke arah Putri termasuk Amirah.

"Wei Put? Kau okey tak?" Ujar Zulaikha.

"Hehehe, tak aku tak okey sekarang ni! Kalau kau nak tahu Khai tadi semak je kacau aku. Katanya 'owh Putri kau lah cinta pertama dan terakhir aku. Dan aku janji aku akan cintai kau sehingga kau menjadi jodoh ku' Ha! Macam tu lah. Meluat wei aku. Heish aku dah lah tak suka dia. Kalau si Farhan boleh lah ni masalahnya Khai" Putri menunjukkan muka marah.

"Ala, takkan pasal tu je kau jadi gila macam tadi Put? Lagipun si Khai tu kan hensem pe , sado lagi" Amirah back up si Khai.

"Aah apa salahnya, tengok Amirah dah nak jadi mak dara dah" Ujar Nurin kemudian ketawa dengan galak sekali.

"Eeee, aku tak suka dia sebab dia selalu buli aku tau. Dah lah selalu tarik tudung aku, nak tercampak aku ke belakang" Putri menayangkan muka tidak puas hati.

"Err. Ye lah. Eh dah nak habis rehat, dah jom masuk kelas" Kata  Farisya.

"Jom" mereka semua membalas.

Mereka masuk ke kelas masing masing dengan perasaan bercampur baur.

"Hurm, patutlah aku tengok si Cikgu Aeril ni asyik pandang Amirah lain macam, rupanya dah nak kahwin dah" Gumam Nurin.

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now