"Amirah bangun nak, solat subuh lepastu siap pergi sekolah" Datin Zatira mengejut anaknya sambil menggoncangkan tubuh kecil milik Amirah itu.Amirah mengeliat kemudian duduk di birai katil dalam keadaan mamai. Amirah memandang jam sekilas ,terus sahaja ambil tuala dan terus memasuki tandas.
Amirah keluar dari tandas dalam keadaan berkemban. Laju sahaja kakinya bergerak menuju ke arah almari dan mengambil baju sekolah nya untuk disarungkan. Siap memakai pakaian sekolah dan juga solat subuh, Amirah membetulkan tudungnya yang sedikit senget.
Amirah menuruni tangga lalu menuju ke meja makan untuk sarapan. Amirah menarik kerusi kebelakang dan duduk diatasnya.
"Erm. Sedapnya Bau, eh ada nasi lemak lah. Mama ke Mak Unah yang masak ni? ".
Mak Unah dan Datin Zatira hanya tersengih seperti kerang busuk. Dato Fazli memandang mereka berdua kemudian menggelengkan kepala.
Selepas sarapan Amirah meminta diri untuk pergi sekolah. Amirah mencium tangan milik mamanya dan papanya dan mencium pipi mereka. Tidak lupa juga Amirah akan menyalami Mak Unah kerana dia masih menghormati orang tua.
"Mama, papa Amirah pergi dulu. Bye, Assalamualaikum".
"Belajar rajin rajin, Waalaikumusalam" kata mamanya dan papanya serentak.
Amirah menaiki kereta mercedes yang dipandu oleh driver papanya. Sebelum bergerak sempat lagi Amirah melambaikan tangannya kearah mamanya dan papanya. Drivernya membawa kereta dengan berhati hati sehingga tiba di sekolah.
Di sekolah Nurin, Putri, Farisya dan Zulaikha telah menunggu Amirah di tepi pagar sekolah. Pernah sekali tu ada ketua pengawas iaitu Khairul Shazwan atau dikenali sebagai Khai menghalau diorang masuk dewan. Sampai Amirah cari pun takdak.
Khai memang suka kacau Putri kerana Putri cantik, tinggi, putih dan kaya. Khai pula hensem, tinggi, kulit sawo matang. Dia juga merupakan etlit sekolah yang popular.
Khai merupakan seorang jejaka yang agak tampan namun perasan gadis idamannya ialah putri manakala dia pula putra. Meskipun ramai perempuan yang meminta couple darinya tetapi dia menolak. Baginya cinta sejati dalam diri lelakinya hanya untuk Putri Emylin sahaja.
Amirah turun dari kereta lalu menuju ke pagar sekolah yang diduduki oleh rakannya itu.
"eh Amirah sampai pon kau" kata Zulaikha sambil melompat lompat sebelah kaki macam orang kurang kalsium.
"Aah, lambat pulak selalunya kitaorang ni datang je kau dah tercongok kt sini" kata Putri sambil ketawa menutup mulut ala ala gadis melayu yang pertama.
"Ala sorry lah korang, aku lambat sikit je en tak payah lah marah marah macam tu" kata Amirah sambil tersengeh.
"Dah lah tu jom pergi dewan nanti kene bebel pulak dengan jejaka idaman si Putri ni, lagipun dah tak ada pelajar lagi yang datang ni" kata Nurin sambil tersenyum.
"Eh? aku pulak yang terlibat? Eeeiii aku tak suka dialah dia tu yang syok sendiri. Apa orang cakap ?? Haa tepuk sebelah tangan. Eii memandai je cakap dia idaman aku" Balas Putri.
"Hayela sorry. Aku tau kau tak suka dia ,Hehehe" . Terang Nurin.
" Eh dahlah jom ah. Kita ni kalau bercakap memang tak masuk ke dewan tu lah jawabnya" Kata Farisya.
"Jom" kata mereka serentak. Tiba tiba Khai datang membawa buku catatannya.
"Em datang dah pengawas acah hot ni" Kata Putri secara perlahan namun dapat didengari rakan rakannya yang lain.
Amirah, Farisya, Zulaikha dan Nurin sekadar senyum menahan gelak.
Khai memandang mereka kerana kelakuan mereka yang agak pelik, dia sempat memandang Putri sekilas . Putri memandangnya dengan muka menyampah.
"Amirah, tadi kau datang lambat kan? "
"Eh mana ada, ala lambat seminit je pun takkan lah nak berkira kut" kata Amirah sambil membuat muka kesian.
"Eh takde takde ikut aku pergi depan bilik disiplin, korang semua boleh pergi dewan! " Khai berkata sambil memandang dengan muka yang bengis.
"Tak pelah korang pergi lah dulu, nanti aku datang" kata Amirah dengan nada sedih.
"Alah nanti kau kena denda dengan cikgu disiplin! " kali ini Putri Agak menjerit sedikit. Terkejut Khai dibuatnya.
"Erm, tak pelah nanti korang jaga kan lah tempat duduk untuk aku" kata Amirah sekali lagi dengan nada sedih.
"Huh yela yela" kata mereka dengan serentak.
Khai yang dari tadi bosan akibat drama yang boleh dapat award ini. Terus sahaja Khai menarik lengan baju ku untuk ke depan bilik disiplin. Khai memanggil cikgu kemudian cikgu yang keluar itu seperti ku kenal. Ya cikgu Aeril.
"Aikk, cikgu sejak bila cikgu jadi cikgu disiplin? " kata Amirah kerana terkejut.
"Hahaha. Saya cuma bantu cikgu Aiman je lah".
"Huh? " sambil muka blur ditunjukkan.
"Saya mintak diri dulu ya cikgu" kata Khai.
Cikgu Aeril mengangguk lalu mata nya memandang Amirah kembali. Amirah terkelu, kaku, beku ,semua lah. Cikgu Aeril menghampiri Amirah dengan senyuman sinis.
"So awak nak denda macam mana? Kata cikgu Aeril sambil menurunkan cermin matanya dengan nada sinis lagi.
"Erm, saya rasa tak perlu denda kot. Cikgu bagi permit untuk terus pergi dewan je lah" kata Amirah sambil menjengketkan kaki. Nak sama tinggi dengan Aeril.
"HAHAHA. dah pendek tu bersyukur je lah" Selamba je Cikgu Aeril memerli pelajar kesayangannya eh bukan bakala isteri kesayangannya.
"Dendanya ialah.... "
Done!
YOU ARE READING
Cikguku Husbandku
RomanceAmirah- seorang gadis yang merupakan anak orang kaya , diminati ramai lelaki termasuk rakan sekelasnya, namun ada sesuatu yang membuatkan Amirah tertanya. Siapakah lelaki yang akan menjadi cinta hati Amirah? dan mengapakah dia juga menerima Amirah s...