*Nurin POV*
"Alamak! Aku terlupa pulak nak ambik kertas tadi" Laju kakinya menuju ke pejabatnya.
"Yes! Nasib ada kalau tak tak kerja lah aku nanti" Kertas itu dipegang erat di dada.
"Assalamualaikum... " Suaranya agak perlahan seperti sedang berbisik. Otak Nurin mula berfikir bukan bukan sebab bukan apa. Ramai nurse kata kat hospital ni macam macam kes berlaku. Bukan sebab kematian sahaja ada yang sanggup membunuh.
"Siapa kat belakang ni? " Suaranya sudah bergetar dan serak. Tak mau dia pusing takut hantu pulak, tak pasal pasal kencing dalam seluar. Tak ke naya?
"Hahaha" Kedegaran suara sesuatu di belakang agak sinis. Lagi Nurin takut nak pusing.
"Mak Datuk!! " Lantas Nurin berlari keluar dari hospital dan menaiki keretanya sendiri. Pucat sungguh muka dia, cuak pun ada.
"Heh, itu pun takut. Ini aku je. Daniel. " Daniel menggelengkan kepalanya berkali kali. Terkejut dengan tingkah laku Nurin. Selama ni perempuan yang dia sangka berani rupanya takut dengan perkara sebegini.
"Benda apa ha tadi? " Nurin menggaru kepalanya yang tidak gatal berlapik tudung.
"Tapi kenapa kereta doktor Daniel ada kat sini lagi. Bukan dia kata petang tadi ada emergency? " Makin membuak buak sifat ingin tahunya.
"Em. Malas lah nak pikir, janji kertas ni ada pada aku" Enjin kereta dihidupkan. Terus kereta itu meluncur di atas jalan raya.
------------------
"Abang cepatlah! Amirah lapar ni! " Suara Amirah dilantangkan. Terkocoh kocoh Aeril dibuatnya.
"Iya sayang. Kejap lah abang tengah masak lah ni" Sejak Amirah berbadan dua ni kerap sangat dia mengidam macam macam dia mintak sampai naik pening Aeril.
"Umi.. Nanti Ika ada atik ke? " Ika melentokkan kepalanya dipaha Amirah. Amirah mengenangkan kembali memorinya bersama mamanya yang tercinta. Memang Amirah manja dengan mamanya sebab tu sampai tak nak lepas.
"Ha.. Apa sayang? " Kepala Ika diusap perlahan. "Nanti Ika ada atik ke umi? " Amirah mengangguk laju.
"Yup.. Nanti Ika jadi kakak tau. Ika kena jaga adik ni baik baik tau" Ika mengangguk dan tangannya menunjukkan thumbs up kepada uminya.
"Eh, mana belajar buat thumbs up ni? " Ika tersenyum bagai kerang busuk. Aeril dari dapur yang mendengar kata kata Amirah lantas bergerak ke ruang tamu.
"Ika.. " Ibu jari Aeril ditujukan kepada Ika sambil mengenyit matanya. Amirah menggelengkan kepalanya.
"Ya Allah.. Patut lah belajar dari bapak dia rupanya" Ika berlari mendapatkan Aeril. Amirah menjeling tajam mata Aeril.
"Ika lari umi nak makan Ika lah" Jelas suara Aeril. "Jom" Ika menarik tangan Aeril untuk berlari bersamanya.
"Amboi. Tinggalkan umi iyek, tak pe lah kalau macam tu. Nanti kalau ada lagi satu ni biar dia jadi team umi. Ika pergi team dengan babah sana" Amirah acah acah merajuk lalu memeluk tubuh.
"Alololo.. Tengok umi dah merajuk, Ika. Pergi pujuk umi" Aeril tergelak besar menonton drama anak dan ibu.
"Umi jangan ar merajuk" Ika merapati Amirah. Lantas Amirah menangkap anaknya kedalam pelukannya.
"Umi, nanti atik ni laki ke pompan?" Amirah meletakkan jarinya didagu persis gaya orang berfikir. "Hm, Ika nak adik lelaki ke perempuan? " Soalan dibalas soalan.
"Hm.. Ika nak atik lelaki sebab nanti ia tuat" Amirah tersenyum nipis. Adakah anaknya lelaki mahupun perempuan lagi?
"Umi! Betul ke atik laki? " Amirah mengangkat bahu tanda tak tahu. Aeril datang ke ruang tamu sambil membawa semangkuk sup tom yam yang baru dibuatnya sebentar tadi.
"Umi tak tahu lagi sebab baru 2 hari je Ika" Amirah mengangguk laju. Ika meng'O'kan.
Sedang Amirah dan keluarganya sedang berbahagia. Ada lagi seorang yang masih lagi tidak puas hati terhadapnya.
"Oh, sekarang kau dah bahagia dengan Amirah lepas beberapa tahun aku tak kacau kau? Kau tunggu aku akan pastikan keluarga kau merana sampai merayu pada aku untuk pulangkan semula anak kau" Sofea mengintai disebalik pokok hadapan rumah Amirah.
---------------
"Abang Rai, abang ada nampak kak Sofea tak? " Soal Dania. Raihan menggelengkan kepalanya tanda tak tahu.
"Mana pulak akak ni? " Dania menggaru kepalanya yang diliputi tudung. "Dia tak ada kat bilik ke? " Rai mencari disekitar tempat memang dia tak ada.
"Tak ada. Tapi tadi masa Dania tengah kemas bilik dia Dania nampak ni" Dania menghulur sepucuk surat yang masih lagi tersimpan rapi di dalam sampul surat.
"Hm, surat apa pulak ni? " Rai membaca setiap ayat yang terdapat di surat tersebut. Matanya terbuntang melihat isi surat itu. Memang terkejut.
"Apa?! Sofea sepatutnya masuk hospital gila?! " Terjongket bahu Dania dek terkejut dengan jeritan Rai.
"Kenapa abang Rai? Apa tak kena ni? " Dania membuat muka tanda soal. Disebabkan dia muda lagi untuk mengetahui segala tentang perkara ini. Cuma Rai je lah yang kena terangkan.
"Sofea... Sofea gila.. " Ayat itu terpancul juga keluar dari bibir Rai. Jantung Dania bagai retak seribu dan patah dua. Sungguh dia tak percaya kakaknya ada masalah mental.
Apabila difikirkan semula mesti dia masih berdendam dengan keluarga Aeril. Masya'allah!
"Abang! Jom kita ke rumah Amirah! " Dania menarik lengan Rai berlapikkan baju kemejanya.
"Eeh, Amirah mana ni? " Dania bagai cacing kepanasan tak tahu nak buat apa. Buntu! Otak rasa macam dah menggelegak!
"Tak apa Dania tahu. Jom lah" Lengan Rai masih tidak dilepaskan.
"Okey okey jap abang ambik kunci" Lantas tangan Rai mengambil kunci yang tergantung rapi di tempat penyangkut kunci.
Apa ni? Sofea gila rupanya Ya Allah😰. Moga moga lah Amirah dan Aeril bahagia. Sofea ni semak jelah kan?
K lah support me guys.
Thanks for 1K 😘Follow, comment and follow 😋
YOU ARE READING
Cikguku Husbandku
RomansaAmirah- seorang gadis yang merupakan anak orang kaya , diminati ramai lelaki termasuk rakan sekelasnya, namun ada sesuatu yang membuatkan Amirah tertanya. Siapakah lelaki yang akan menjadi cinta hati Amirah? dan mengapakah dia juga menerima Amirah s...