Khayalan

1.9K 34 2
                                    


  Langit yang terbuntang luas aku amati. Sungguh indah ciptaan tuhan tetapi masih ad manusia yang tidak reti bersyukur. Terasa diri mereka yang serba kekurangan itu lebih hebat dari sang pencipta yang memiliki kuasa untuk menarik nyawa manusia kerdil yang bongkak itu. Moga Allah membuka pintu hati mereka untuk berubah.

  Bukan niat di hati untuk membangga diri, dahulu aku juga salah seorang daripada mereka. Malah mungkin lebih teruk.

  Kringg... Kringgg

  " Hidup kalau tak kacau aku boleh mati agaknya." Pantang sungguh aku orang ganggu tidur ku.

  " Hello! " Sebaik saja jari ku menekan butang menjawap yang tertera di skrin telefon Iphone 5 aku.

  "Dannisha. Mama call sepuluh kali sekarang baru nak angkat? kenapa tak lusa je?"

  "Kenapa tak angkat lusa? Mama jangan nk perli D sangat lah. D penatlah. Semalam D balik pukul 3 pagi ma, 3 pagi tau. Orang penat lah. Faham lah sikit."

  "Dah kamu jangan nak menjawab. Pergi siap, nama je CEO syarikat setiausaha kamu dah call berpuluh-puluh kali dari pukul 8 pagi tadi sekarang dah nk dekat pukul 11."

  "Ye ma. bye."

  Mama ku, Puan Sri Nora. Wanita koprat yang berjaya dan disengani oleh ahli-ahli coprat sama seperti ayahandaku Tan Sri Tengku Raza. Jutawan tanah air yang terkenal melalui dengan syarikat Starlights Empire Holdings yang berdiri gah di persada antarabangsa.

  "Shut up! When I'm talking please give your attention. How dare you talking when I'm talking! If you think that you're better from me then please, please take my position as CEO of this company but you're not good enough as you thought you're. So, shut up!"

  Penat rasanya sebagai seorang remaja tak terlalu remaja yang terpaksa menjalankan tugas seberat ini. Sedangkan remaja lain yang umurnya 25 tahun seperti aku sedang bergembira menikmati usia muda mereka. Aku? Dannisha Zahra Raza. Anak jutawan terkenal yang sepatutnya menikmati hidup aku yang dilimpahi kekayaan ibu bapa ku yang melimpah ruah. Tapi aku di sini, di syarikat gergasi milik papa ku menghabiskan hari-hari muda ku.

  "Ariana, kamu sediakan tiket kapal terbang dan tempat penginapan untuk saya."

  "Cik D nak kemana?"

  "Sabah. 3 hari 2 malam."

  "Bila Cik D nak ke sana?"

  "Esok pagi."

  Laju setiausaha ku menulis butiran-butiran penting di dalam buku catatan miliknya. Aku perlukan rehat yang cukup setelah penat bersengkang mata untuk projek D'Palma dengan Dato' Halim.

  "Mama, papa I'm going to Sabah."

  "Okey girl. Behave,enjoy your holidays and if you need anything just give me a call."

  "Thanks daddy" Ucapku sambil memeluk tubuh tua itu. Orang tua yang jarang berada dirumah tetapi sentiasa mengawasi dan menasihati aku seperti anak kecil.

  "Hmm, yelah.. Kalau papa dah balik, siapa lah mama ni. Kalau masa papa dekat oversea 24 jam nak berkepit bawah ketiak mama, ni papa dah balik mama ni buat macam tunggul je."

  Meletus ketawa papa yang diikuti ketawa milik aku. Mama ohh mama. Tanpa membuang masa aku meleraikan pelukan ku dan beralih kepada mama.

  "Ala busuk-busuk, merajuk pula."

  Mama masih diam dengan muncung yang sudah panjang sedepa.

  "Budak merajuk tak dapat choki-choki."

  Pantas aku menyuakan sebungkus choki-choki milik ku ke kepada mama. Tawa papa sekali lagi meletus sehingga mengejutkan orang gaji di rumah agam itu.

  "Ala mama, D main-main je. Takkan lah D nak buat mama macam tunggul kot, mama yang lahirkan D. Syurga D bawah telapak kaki mama tipulah D cakap D sayang papa lebih dari mama. D sayang papa dengan mama sama rata, D sayang papa dengan mama kerana Allah dan sampai syurga."

  Ada air mata yang mengalir di pipi mama aku lapkan. Tubuh tua yang melahirkan aku, yang mengandungkan aku selama 9 bulan itu aku peluk seerat-eratnya.

  "Pa,ma. D mintak maaf kalau D ada lukakan hati mama dan papa sepanjang 25 tahun D hidup."

  Setitik demi setitik air mata aku berguguran. Anak mana yang sanggup melihat air mata orang tuanya berguguran.

  Aku terasa seperti ada tangan yang menyapu air mata ku yang tidak henti-henti mengalir apabila mengenangkan saat aku membuat mereka kecewa dan menangis. Saat aku gagal dalam peperiksaan, hari dimana aku kecewa dengan keputusan peperiksaan aku sendiri dan saat aku membangkang setiap apa jua yang mereka katakan hanya kerana mereka tidak memenuhi permintaan ku. Tetapi hakikatnya mereka lagi kecewa ketika aku tidak dapat mengapai apa yang aku inginkan dan disaat aku jatuh akibat kecewa yang terlampau bila harapan ku musnah berderai. Mereka menangis. Tetapi bukan di hadapanku.

  "D sayang, don't think to much. D tak buat apa-apa salah dengan mama dan papa."

  Pantas papa menganggukkan sambil mengosok manja kepala ku.

  "D pergi naik atas kemas baju. Esok pagi-pagi dah nak bertolak. Nanti terlewat pula."

  "Baik mama."

  Sebaik saja aku mengucapkan selamat malam aku pantas bergerak ke tingkat atas dan mula mengemas barang-barang keperluan ku untuk ke sabah.

KhayalanWhere stories live. Discover now