Khyalan

362 9 0
                                    


Hubungan aku, mama dan papa semakin baik sejak papa pulang dari hospital beberapa hari yang lepas. Benar cakap Zafran, Alams memang bidadari. Sepanjang minggu papa di hospital, Almas dan mama tidak pernah melepaskan peluang untuk melawat papa. Kata mama, pada mulanya papa masih dengan pendiriannya untuk tidak memperdulikan Almas tapi hari demi hari bersama Almas, bidadari milik aku berjaya membuat papa cair dan mula menerima aku dan Almas dalam hidupnya setelah sekian lama.

Harini aku kembali berkerja di syarikat papa di atas arahan mama. Hampir 5 bulan aku tinggalkan syarikat ini sedikit sebanyak aku rindu dengan segala-galanya.

  "Cik D, Semua saya dah selesaikan. Saya balik dulu ya."

  "Baiklah."

Buat sementara ni aku menggunakan PA papa kerana aku masih belum perlukan PA. Sebaik sahaja aku selesai mengemas barangan milik ku, aku langsung bergerak pulang. Terasa penat sungguh tubuh badan ku.

  "Asalamualaikum".

Sebaik saja memasuki rumah aku memberi salam dan meletakkan kot milik ku di tempat pengantung pakaian yang terdapat di ruang tamu rumah itu. Terasa sunyi. Aku hampir terlupa yang Almas tiada bersamaku kerana mengikuti mama dan papa ke Spain untuk bercuti. Kesihatan papa makin bertambah baik sejak papa meletakkan jawatan dan memberikan aku kepercayaan untuk mengendalikan syarikatnya. Mama pula makin seronok melancong bersama papa dan cucu kesayangannya. Aku lagi yang kena tinggal...

  "Abang, semuanya dah semakin baik. Allah telah mendengar segala rintihan kita. Alhamdulillah."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  Salam readers. Maaf i took a long time to update the story. Actually i baru je habis exam mid term. Esok dah start cuti sekolah. Excited. So i akan update time cuti ini okey. I love you readers. Muahh!

Jangan lupa baca dan vote ! #HappyHolidays

xoxo, sara :*

KhayalanWhere stories live. Discover now