Khayalan

652 16 0
                                    


Berderau darah aku bila terdengar berita pasal kapal terbang MAS yang hilang dalam perjalanan ke China. Walaupun tak ada ahli keluarga aku yang terlibat tapi hati ni sebak memikirkan tentang crew-crew kapal dan para penumpang. Dengar cerita ada bayi. Ya Allah. Kau selamatkanlah mereka dari segala musibah. Aku hairan dengan orang yang tidak mempunyai sifat ihsan terhadap orang lain yang sangup membuat lawak bodoh di atas kehilangan kapal terbang MAS yang hilang.

  "D, kau termenung apahal?" Soal kisha kawan rapat ku yang menetap di Sabah.

  "Mana ada termenung. Aku fikirkan tentang kapal terbang yang hilang. Aku sedih, keliru. Pelik." Balas aku sambil menaip pesanan ringkas buat mama.

  "Aku risau dengan kau ni. Kenapa kau pilih Sabah untuk bercuti? Padahal kalau kau nk bercuti dengan aku kita boleh pergi tempat lain. Bukannya kita ni tak mampu nak pusing dunia pun boleh lah."

  "Aku tahu kita mampu. Tapi aku saja pilih Sabah sebagai destinasi kali ini. Bajet pun save."

Aku rindu sebenarnya.

  "Jangan tipu aku lah D. Aku tahu kau rindu dia. D, dia dah pergi D. Biarlah dia hidup dengan tenang dekat sana. Kau jangan seksa Zaf macam ni D."

Aku tersentap.

  "Apa aku buat Kisha?! Apa!! Bila aku seksa dia Kisha, Bila?!! Salah ke aku teringat pada orang yang bergelar suami. Bukan suami orang Kish. Suami aku. Suami aku!" Pantas aku keluar dari apartment Kisha dan bergerak ke arah laut yang gelap di hadapan aku.

Aku terduduk. Sedihnya rasa hati tiada orang yang memahami apa yang aku rasakan. Aku bukannya perempuan yang tidak reti malu hendak rindukan suami orang. Aku wanita yang merindui suami ku yang telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.

  "Princess, kenapa tak tidur lagi ni?"

Tangan miliknya aku gengam erat. Terasa rindu yang teramat sangat. Maklumlah dia baru pulang dari Canada atas urusan kerja petang tadi.

  "D tak mengantuk lagi lah abang. D tengah buat assignment ni. Abang tidurlah dulu." Balas aku sambil menaip isi-isi tugasan ku.

  "Abang! janganlah kacau. D tengah buat assignment ni." Bebel ku sambil menepis-nepis tangan miliknya dari menekan butang off laptop aku.

  Sebaik sahaja aku berjaya memindahkan tugasan aku ke dalam pendrive, sekali lagi tanpa aku sedari tangan gatal itu telah menutup laptop aku. Ahhh habislah rosak laptop aku.

Pantas aku menarik telinga Zaf dan memulasnya sehingga dia melompat-lompat kerana tidak dapat menahan sakit.

  "Siapa suruh Abang usik laptop D? nasib x rosak tahu."

  "Ala, rosak beli baru lah." Pantas dia menjawab sambil melepaskan telinganya dari jariku.

Setelah penat kami mengambil keputusan untuk rehat di balkoni rumah sambil melihat bintang bersama walaupun cuaca malam di Amerika ini terlampau sejuk berbanding Malaysia.

  "Princess, kalau dulu sebelum abang kerja dengan Uncle Fik, Kalau abang bukan juruterbang, princess terima abang tak jadi suami princess masa abang melamar princess dulu?"

Aku tersenyum.

  "Tak." Pantas aku menjawab. Dulu aku hanya memandang juruterbang. Datanglah jutawan, bahkan anak raja sekalipun akan aku tolak jika mereka bukan juruterbang.

  "Pergghh, nasib abang tergerak hati nak jadi juruterbang. Kalau tak memang tak merasa lah jadi suami budak comot ni." Balas dia sambil menarik pipi aku.

 Zafran anak pertama dari dua adik-beradik yang berkerja sebagai juruterbang MAS sebelum menjadi architect di syarikat milik Uncle Fik. Aku pun pelik dengan Zaf pada mulanya ketika dia membincangkan keputusannya untuk menukar pekerjaan. Dia sanggup belajar semula tentang jurusan binaan dari bawah. Pergi ke universiti lagi sekali demi membantu Uncle Fik dan sifat suka membantunya itu yang membuatkan aku lebih mencintainya.

  "D, aku minta maaf D."

Suara Kisha memohon maaf menyedarkan aku dari lamunan. Air mata aku mengalir.

  "Aku tak sengaja D. Aku tak suka tengok kau termenung, sedih bila kau teringat dekat dia. Aku tahu rindukan dia. Aku tahu hanya dia yang ada di hati kau. Tapi D, kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup kita. Kita hanya mampu doakan ketenangan dia di sana."

Sekali lagi, wajah aku lenjun dengan air mataku sendiri. Sebak aku rasa. Sedih yang teramat. Ya Allah, bantulah aku. Aku terlalu lemah untuk hidup hanya dengan bayangannya. Aku lemah untuk hidup hanya dengan kenangan kami Ya Allah. Aku perlukan dia disampingku, menjalani setiap liku-liku hidup ini bersama. Ya Allah, aku tahu Engkau menyayanginya maka Engkau memanggilnya pulang. Aku perlukan kekuatan untuk hidup. Untuk hidup hanya dengan bayangannya. Bantulah aku Ya Allah. Aku memohon kepada Mu.

Aku hanya mampu berdoa di dalam hati. Lantas aku memeluk erat tubuh Kisha, aku usap kepalanya.

  "Kau tak ada salah langsung dengan aku kisha. Aku cuma sedih. Tempat ni salah satu tempat kenangan aku dan dia masa kitaorg pergi berbulan madu dulu."

  "Aku minta maaf lagi sekali D. Aku pun salah sebab tak cuba untuk memahami kau." Perkataan maaf itu sekali lagi terbit dari mulut Kisha. Aku langsung tak ambil hati dengan apa yang dikatakannya tadi. Malah aku faham niat sebenarnya. Cuma aku terlebih emo tadi.

Aku tersenyum lalu menarik tangannya dan bergerak pulang ke apartment milik Kisha.

Baby, princess rindu!!

KhayalanWhere stories live. Discover now