Khayalan

519 20 0
                                    


8 jam dalam burung besi yang terbang di atas awan akhirnya aku tiba di negara yang penuh dengan cerita aku dan dia.

  "Mama!!"

Pantas aku menoleh ke arah suara kecil yang sedang berlari ke arah aku.

  "Almas!"

Jerit aku sambil memeluk erat tubuh kecil itu. Durrah Almas binti Zafran Al-Rayyan, hasil kasih sayang aku dan zaf. Si kecil yang tidak pernah di duga kewujudannya di dunia ini dalam fikiran mana-mana ahli keluarga dan sahabat terdekat aku.

  "Mama, why won't you came and see me. Do you love me?"

  "Sorry sayang. I do love you." Aku usap rambut ikal mayang milik Almas. Almas menarik tangan ku ke arah mentua aku.

  "Ayah. Ibu. Dannisha minta maaf, sejak abang meninggal D jarang balik sini jumpa ayah dan ibu. D lupa tanggungjawab D dkt Almas."

  "Tak apa lah sayang. Ibu dengan ayah faham. Almas pun faham sayang." Angukkan ayah dan Almas membuatkan aku berasa bersalah yang teramat.

Sekali lagi sebelum bergerak keluar dari Lapangan Terbang ini aku memohon maaf kepada mereka.

  Almas memang anak yang baik. Betul kata abang, anak ini pasti ikut perangai abang. Almas tak pernah sakitkan hati D, melawan, merajuk. Cuma Almas nakal, suka kacau orang sebijik macam abang. Kalau abang ada mesti Almas lagi manja dengan abang berbanding D. Almas selalu cakap yang D ni garang sama macam abang. Semua yang D lalui sejak abang tiada, D tempuhi dengan kuat tapi abang, D manusia yang lemah yang sering terjatuh tapi selama semangat abang ada dengan D, jatuhlah berjuta kali pun D takkan mengalah.

Andai aku boleh ungkapkan pada dia akan aku ungkap biar dia mengerti. Kalau aku boleh tunjukkan apa yg aku rasa aku tunjukkan biar dia juga rasa. Ingin aku kongsi apa yang aku rasa dengan dia. Besarkan Almas bersama-sama dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan cinta. Aku berharap Almas tidak membesar dengan alasan kurang kasih sayang sesungguhnya aku telah cuba memberi segala-galanya yang aku ada kepadanya. Wahai Durrah Almas, moga engkau membesar tanpa sebarang kekurangan dari aspek kasih sayang dan peribadi mu sayang.

******************************

Terima kasih pada yang sudi membaca. Maaf kerana mengambil banyak masa untuk menyiapkan sambungan ini. Terima kasih sekali lagi buat pembaca yang membaca novel yang tak seberapa ini dan terima kasih juga buat yang meng 'vote' . Semoga hari kalian di rahmati sentiasa.

KhayalanWhere stories live. Discover now