"Mama, boleh mama suap Almas makan?" Almas memang petah cakap Bahasa Ingerris cuma bila masuk Bahasa Melayu haishh lemah kejap urat saraf aku, tergagap-gagap cakapnya. Hmm salah aku juga biarkan Almas tinggal di kota barat ni dengan ayah dan ibu. Tapi kalau aku bawa Almas balik Malaysia nak ke mereka terima Almas dengan hati yang terbuka?
"Mama, boleh tak suap Almas? Kalau tak boleh tak apa."
"Alamak, princess mama ni merajuk lah. Boleh, mari mama suapkan." Pantas aku menyuap Almas dengan menggunakan tangan. Bukan apa, orang cakap bila kita suap orang yang kita sayang dengan menggunakan tangan kasih sayang itu makin bertambah. Ahh kalau tidak betul pun bukan satu masalah bagi aku.
"Mama mesti akan tinggalkan Almas lagi kan lepas ni?"
Aku tersentak. Ikutkan hati aku memang nak bawa Almas tinggal dengan aku di Malaysia tapi aku takut tak mampu membesarkan Almas sebaik ayah dan ibu yang memang sentiasa ada buat Almas. Aku perlu hadir ke pejabat setiap hari. Sabtu dan ahad kadang kala aku perlu ke sana sini atas urusan kerja nanti bagai mana dengan Almas? Aku tak ingin melihat Almas terbiar akibat kesibukkan aku.
"Mama bukan sengaja tinggalkan Almas. Mama ada kerja sayang, nanti kalau mama bawa Almas balik Malaysia, nanti Almas bosan pula."
"Takpalah mama. Almas boleh kemas rumah sementara tunggu mama balik. Nanti tak ada lah mama pening bila balik tengok rumah dah tak bersepah."
"Part menjawap laju je. Nanti mama fikirkan ya sayang."
"Okey mama." Pantas Almas membalas dengan mulut yang penuh dengan nasi yang aku baru suapkan. Almas ohh Almas..
"Almas! Stop it!" Jeritan aku membuat Almas menangis.
"Mama doesn't love me anymore!" Pantas si kecil itu berlari keluar dari kamar tidur aku.
"Durrah Almas!!" Panggilan aku tidak di sahut.
Salah aku. Aku masih belum dapat biasakan diriku dengan kehadiran anak kecil itu lebih-lebih apabila tidur aku diganggu dengan loncatan serta jeritan Almas.
Sebaik sahaja aku selesai mengemas bilik tidur, aku turun ke tingkat bawah untuk mencari Almas. Tangisan anak kecil itu serta butir-butir bicaranya yang tidak jelas dari bilik tidur almas itu membuatkan aku merapatkan diri dengan pintu kayu bilik itu.
"Daddy, why mummy doesn't love me like grandma said? Daddy, if you're here will you be angry and left me too like mummy did?"
Pantas aku berlari ke arah Almas dan memeluk erat tubuh kecil itu. Tindakkan spontan itu menyebabkan Almas terkejut sebelum turut memeluk erat tubuhku.
"I'm sorry sayang. Mama tak sengaja. Almas tak boleh gerak orang bangun tidur macam tu tau sayang. Almas kena gerak perlahan-lahan supaya orang tu tak terkejut. Maafkan mama sebab selalu tinggalkan Almas. Don't worry, mama takkan tinggalkan Almas lagi. Mama janji." Pantas dahi si kecil itu aku kucup. Ya aku tidak akan tinggalkan bidadari kecil ini lagi.
"Mama, kita nak pergi mana? kenapa grandpa dan grandma menangis?"
"Kita nak balik sayang. Grandpa dan grandma nangis sebab nanti mereka rindu dengan Almas. Ayah, Ibu, D mintak maaf sebab menyusahkan ayah dan ibu untuk membesarkan Almas. D lupa tanggungjawab D pada ayah ibu dan Almas. D lupa janji D dengan abang. Maafkan D ayah. Maafkan D ibu. D sedar sudah tiba masanya untuk D mengalas tanggungjawab D sebagai mama Almas."
Pelukkan hangat ibu membuat air mata aku mengalir. Terima kasih Ya Allah, Engkau telah mengurniakan aku mentua yang memahami. Pelukkan ibu aku balas untuk kali terakhir sebelum bergerak bersama Almas.
"You know what sayang, dulu papa bawak airplane ni lah. Airplane A380."
"Grandma told me that. Im so proud with daddy. We love you daddy!" Ucap Almas sambil merenung ke luar. Mungkin saja dia berasa tenang melihat awan-awan biru di langit ciptaan tuhan ini seperti mana aku yang juga turut terpesona dengannya.
Abang, D bawa balik bidadari kecil ni bersama D kali ni. Biar apa pun yang mendatang, D akan laluinya dengan tabah demi untuk bidadari kecil ini dan hidup D. Pipi Almas aku kucup berkali-kali sehingga sekecil itu merengek-rengek akibat ketenangannya diganggu.
YOU ARE READING
Khayalan
RomantizmDia seorang yang mempunyai segalanya. Tetapi, hati yang pernah lengkap dengan cinta dari seseorang itu kini mati dan tertutup.