Khayalan

446 12 1
                                    


  "Tengku Taqqif." Sesi menikmati kek kegemaran aku ditangguhkan dahulu.

  "Hai girls. Can i join?"

Aku menganggukkan kepala sebelum menghirup kopi latte aku yang telah sejuk.

Taqqif yang paling riuh bercerita tanpa memperdulikan jelingan orang sekeliling sambil menikmati hidangan yang dia dan Kisha pesan manakala aku menikmati kek kegemaranku yang dari tadi tertangguh. Penat rasanya sebab setelah seminggu menganggur, akhirnya aku mendapat kerja dengan bayar yang lumayan berdasarkan pengalaman dan kelayakkan aku. Lagi penat bila jumpa geng sekepala. Kami kalau berkumpul tak akan lengkap tanpa taqqif.

Taqqif. Pemuda kacak kacukan arab dan british ini merupakan kenalan Kisha, aku dan Zafran ketika berada di University of Sheffield, London.

Setelah dua jam bercerita itu ini,  aku hampir terlewat mengambil Almas di tadika.

  "Okeylah Kish. Taqqif. I balik dulu, ada hal. Asalamualaikum." Pipi Kisha aku cium sebelum bergegas ke arah kereta. Nasib baik aku dan Kisha membawa kereta masing-masing. Kalau tidak jenuh.

  "Mama. Are you okey?"

  "Hmm.. Mama okey sayang. Mama letih harini sebab kerja mama banyak."

  "Ok. Jom kita tidur." Hari demi hari Almas sudah boleh bertutur menggunakan bahasa ibunda walaupun kadangkala tergagap-gagap.

  "Sebelum tidur, baca doa, mengucap then sedekahkan doa buat papa okey. I love you Almas."

  "I love you too mama."

 

  Tatkala rindu menyapa, kenangkan kenangan kita.
  Tatkala air mata mengalir, ingatlah senyum manis yg sentiasa kau ukir ketika kita bersama.
  Moga ia akan membuat engkau tersenyum tatkala aku tiada.

Hari ini cukup seminggu Zafran pulang ke pangkuanNya. Terkenang aku saat terakhir bersamanya.

  "Princess. Kenapa sedih?" Tangan ku digengam dan dikucup perlahan.

Air mata yang menitis aku lap perlahan sebelum membuka mulut. Ya Allah, kuatkan aku.

  "Princess takut."

  "Sayang abang ni takut apa? Kucing?"

  Aku tersenyum.

  Air mata menitis.

  "Nanti abang sihat kita pergi Maldives okey. Boleh bawa Almas." Perlahan aku bicara sambil mengusap perut aku yang sedang bulat seperti belon. Lagi beberapa bulan aku akan melahirkan seorang lagi umat islam di dunia ini.

  "Maafkan abang, Princess. Maafkan papa bidadari kecil ku. Maafkan papa sebab tidak dapat bersama-sama membesarkan mu. Selamat malam wahai Durrah Almas, moga kelak kita akan berjumpa. Asalammualaikum anak papa."

Aku mengusap perlahan kepala Zafran tatkala Zafran mengucup perut ku sambil berbicara dengan bidadari kami. Air mata yang mengalir deras aku biarkan.

  "Puan Dannisha Raza. Stop crying my princess. Every drop of your tears make my heart break sayang. I love you and always did. Goodnight love. InsyaAllah we'll be together in Jannah."

Moga kepekatan malam beransur pergi membawa cerita sedih ini dan menyedarkan aku ini sekadar mimpi ngeri.

  "Abang goodmorning." Pipi Zafran aku kucup mesra. Sejak kahwin ia menjadi rutin harian aku tiap kali mengejutkan dia bangun. Sementara mengejutkan Zafran bangun aku mula mengemas tempat tidur kami.

  "Abang cinta bangunlah. Princess buat cookies favourite abang."

Aku mula panik bila tiada respon dari Zafran. Selalunya walau macam mana penat sekali pun dia mesti memberi respon kepada ku. Dengan pantas aku memeriksa nadi miliknya.

Tiada!

  "Ayah! Ibu! Tolong D! D tak jumpa nadi abang!" Sekuat hati aku menjerit.

  "Abang bangunlah. D buat cookies untuk abang. Tadi baru abang cakap lepas kita solat subuh yang abang teringin nak makan cookies D."

  "D ketepi. Biar ayah check Zaf."

Ibu aku peluk erat. Sumpah aku takut. Segala pergerakkan ayah aku perhatikan.

  "Abang bangunlah. Abang, D buat cookies. Abang bangunlah. D turun sekarang ambil cookies tu okey. Abang tunggu D okey? D turun ambil cookies untuk abang. Tapi abang bangun sekarang pergi gosok gigi tau. Janganlah tinggalkan D lagi. D belum bersedia."

Sebelum aku sempat melangkah keluar dari bilik itu. Telinga aku menangkap tangisan milik ibu dan ayat keramat yang telah mengelapkan dunia aku sementara.

Dia dah tak ada.

Zafran dah pergi meninggalkan ibu, ayah, aku, bidadari kecil kami buat selama-lamanya. Ya tuhan bawalah aku sekali bersamanya. Bantulah aku Ya Rabbi.

Kringgggg.... Krinnggggg....

  Aku terjaga. Batal tidur aku basah akibat air mata yang mengalir deras tanpa aku sedari. Almas hanya duduk dan memerhatikan aku.

  "Kenapa mama menangis masa tidur?"

  "Mama sedih sayang."

  "Kenapa sedih?"

  "Sebab mama mimpi papa dan mama rindu sangat dekat papa."

  "Nenek cakap dekat Almas, kalau kita mimpi seseorang maksudnya dia rindu kita mama. Maksudnya papa rindu mama lah."

Aku peluk erat tubuh kecil itu. Bertapa beruntungnya aku Allah mengurniakan bidadari kecil ini kepada ku. Terima kasih Ya Allah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Salam readers... Setakat ini saja kali ini okey cinta hati semua. Later i sambung lagi. Maaflah kalau lambat update busy sangat minggu ni. Jangan lupa vote and kalau ada apa2 just comment okey. Thank you so much untuk yang sudi membaca and menge'vote'. Semoga hari kalian diberkati.

  xoxo, sara :*

KhayalanWhere stories live. Discover now