"Woahh mama, i love this bed so much!"
"Papa!"
Aku menoleh. Almas memeluk erat gambar perkahwinan aku dan Zafran.
"Papa. Almas rindu."
Aku bergerak ke arah Almas.
"Kalau rindu baca Al-fatihah untuk papa."
Pantas Almas mengangguk sebelum menadah tangan untuk berdoa. Selesai mengemas aku berehat bersama Almas. Bunyi macam penat sangat padahal tak banyak mana pun kami mengemas sebab aku memang membayar orang untuk datang dan membersihkan rumah ni setiap minggu kerana aku jarang berada di sini.
"Almas, tak lama lagi birthday Almas. Almas nak apa?"
"Hmm.. Adik."
"Ha?! Adik?"
"Mana mama nak cari adik sayang oi?!"
"Hmm. Almas nak papa barulah."
"Almas. Jangan mengarutlah."
"Adik tak boleh. Papa tak boleh. Haa, Mama barulah."
"Bertuah punya budak." Telinga Almas aku tarik perlahan.
"Mama, Almas berguraulah!" Penerangan Almas aku endahkan. Jari aku masih pantas mengeletek badan si kecil itu. Si kecil itu aku peluk erat. Tidak lama lagi ulangtahun kelima kelahiran Almas.
Abang, bidadari kecil kita makin membesar.
Aku baru pulang lepas menghantar Almas ke tadika. Harini hari pertama buat dirinya.Pagi tadi menangis-nangis tak mahu pergi ke tadika, bila dah sampai, sudah mula berkawan aku balik pun dia tak heran. Almas... Almas..
Sudah seminggu berlalu, Almas kini genap 5 tahun. Untuk hadiah harijadi Almas, aku hadiahkan dia loket berbentuk hati dan tiket ke Hong Kong Disneyland. Untuk majlis harijadi Almas aku langsungkan sekali dengan majlis doa selamat yang aku lakukan secara kecil-kecilan di penthouse.
"Aku geram dengan kau D."
Mata ku tertumpu pada Kisha.
"Dah kenapa dengan kau perempuan? Tiba-tiba tak puas hati dengan aku."
"Yelah. Sangup kau rahsiakan kewujudan Almas dari aku."
"Maaflah Kish. Aku buntu masa tu. Aku memang nak bagi tahu kau, tapi aku takut kau x percaya."
"Hmm.. Maafkan aku D."
"Maaf? Kenapa pulak?"
"Maaf sebab tiada dengan kau pada kau memerlukan seorang teman. Masa kau bertarung nyawa demi melahirkan Almas. Masa Zafran pergi menghadap Ilahi. Maaf sebab tiada masa susah kau."
Tanganku digengam erat.
"Aku faham Kish. Tak mengapalah. Engkau pun ada hidup engkau sendiri. Sampai bila nak berkepit dengan aku."
Air mata Kisha aku lapkan sebelum menyuap chese kek kegemaranku ke dalam mulut. hmmm... Sedapnya.
"Eh, Dannisha!"
Siapa pula yang suka suki hati dia menganggu aku makan kek kegemaran aku ni?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Maaf terpaksa update sikit-sikit. Ikut hati nk lengkapkan dulu tapi kesian kalau ada yang tertunggu-tunggu. Btw, i nak kongsi dengan u all satu buku ni, nama dia kejar by nadia lee. Trust me. Best gila. Lepas ni sementara nak tunggu i update u all boleh baca kejar. Cukup untuk kali ni. InsyaAllah i update lagi secepat mungkin tapi tak janji okey.. Jgn lupa vote! Kalau ada apa-apa comment je okey. Moga kalian dirahmati dan diberkati.
I love you readers : xoxo, Sara :*
YOU ARE READING
Khayalan
RomanceDia seorang yang mempunyai segalanya. Tetapi, hati yang pernah lengkap dengan cinta dari seseorang itu kini mati dan tertutup.