"Mama, Almas takut. Macam mana kalau nenek dan atok tak sukakan Almas. Inikan kali pertama Almas ikut mama balik Malaysia. Almas risau."
Kata-kata Almas membuat aku tertawa. Hai budak kecil ni risau dia lebih dari aku.
"Mama ni tak risau ke? Orang tengah risau mama gelak-gelak."
Tawa yang tadinya aku tahan semampu yang boleh akhirnya meletus juga. Mana tak meletusnya, muka risau Almas serta gelagatnya itu membuatkan aku rasa geli hati. Dia pula yang lebih. Sepatutnya aku yang risau. Mana tidaknya, papa dan mama memberikan aku syarat yang tidak masuk dek akal sama ada menolak lamaran Zafran ataupun keluar dari rumah dan secara automatik aku bukan lagi anak jutawan terkenal tanah air sekiranya aku menerima lamaran Zafran dan aku memilih untuk menjadi isteri Zafran yang sah. Sejak berkahwin kami tinggal di UK dengan keluarga mentuaku sehingga Zafran menghadap Ilahi ketika aku sedang sarat mengandungkan permata berlian yang diberi nama Durrah Almas.Selepas lahirnya Durrah Almas barulah aku pulang ke tanah air. Pada mulanya papa masih dengan egonya yang tinggi melangit, cuma mama sudah surut marahnya pada aku. Kata mereka aku anak yang tidak reti bersyukur dengan apa yang telah diberikan kerana aku sanggup melepaskan segala-galanya yang aku miliki demi menjadi seorang isteri yang sah kepada lelaki tidak sama tarafnya di pandangan papa dan mama.
"Mama."
Panggilan Almas menyedarkan aku. Ah, sekali lagi aku berkhayal. Kesian Almas asyik terbiar setiap kali aku mengimbau kenangan lalu. Anak kecil yang rambutnya berwarna perang beralun serta mata kelabu biru, yang berbibir merah serta hidung mancung itu aku cium sebelum membawanya keluar dari perkarangan lapangan terbang KLIA dengan harapan semoga mereka-mereka di sini jatuh cinta dengan bidadari kecil milik aku ini sebagaimana aku jatuh cinta dengannya.
"Yes sayang. Let's go home."
Tangan Almas aku genggam erat. Perlahan-lahan kami memasuki rumah mewah milik keluarga ku.
"Asalamualaikum"
"Walaikumusalam." Semakin berdebar jantungku bila mama menjawap salam ku.
"Hye dear, what's your name?"
"Durrah Almas Bt Zafran Al-Rayyan. Im her daughter."
Jawapan Almas membuat aku berpaling pantas ke arah mama. Air muka mama yang sebentar tadi manis ketika memyambut kepulanganku bertukar keruh.
"Betul ke apa yang budak kecil ni cakap D?! Kau jangan main-main dengan mama D."
Peperangan bakal bermula.
"D...."
Belum sempat aku menjawap, suara seseorang yang aku amat kenali memberi salam. Ahh just nice. Its lunch time wajiblah pun papa balik untuk makan.
"Hai sayang papa. How's your trip? good?"
Hanya anggukkan yang aku berikan pada papa. Sebelum mata aku sekali lagi terarah kepada mama.
"Abang. Cubalah tanya budak kecil yang dengan D tu siapa."
"Hello girl, whats your name?"
Sekali lagi Almas menjawap dengan jawapan yang sama dia berikan kepada mama sebentar tadi dan sekali lagi juga muka papa bertukar 180 darjah dari muka asalnya. Muka papa bertukar seperti mana mukanya pada ketika aku memilih zafran sebagai suami.
"What the hell is this D?!" Tengkingan papa membuat Almas menangis.
"Jangan mencarut depan Almas pa. Yes dia anak D dan Zafran."
Pantang aku orang mencarut depan kanak-kanak ini kan lagi anak aku. Almas aku dukung sambil ku usap-usap kepalanya. Bertapa kuat dia memeluk leherku saat aku menenangkan dia menunjukkan dia takut.
"Yes, anak D dengan lelaki yang papa dan mama benci kononnya sebab lelaki tu tak sekaya keluarga kita. Lelaki yang papa dan mama benci yang mama dan papa kata takkan mampu menjaga D itulah yang buat D bahagia walaupun disaat-saat terakhir hidup dia. Di saat dia sedang bertarung dengan penyakit dia masih memikirkan soal D, kehidupan D selepas dia pergi, kehidupan Almas. I'm telling you guys the truth, kalau tak disebabkan Zafran, lelaki yang papa dan mama pandang hina tu, jangan haraplah D nak jejakkan kaki D dekat sini. Papa dengan mama jangan harap pun D nk tengok muka papa dan mama lagi. Biar papa dengan mama tahu D lebih rela kerja sapu sampah daripada guna duit papa dan mama. Kalau ikut hati D, ikut dendam D, D balas semua apa yang papa dan mama buat pada D. Puas hati D."
Air mata yang mengalir aku lap sebelum meluahkan lagi apa yang aku rasa. Ya tuhan, maafkan aku kerana meninggikan suara aku kepada mereka.
"Masa D merayu dekat papa dan mama untuk wang demi membayar kos rawatan Zafran, apa yang papa kata dekat D masa tu? Lupa? tak mengapa. Biar D ulangkan untuk papa. "Go to hell. I'm not going to give you that money. Untuk apa aku bagi duit tu? Kalau dia dah nak mati biarkan saja." Macam mana seorang ayah mampu mengeluarkan kata-kata sampai begitu sekali. D degil. D menyesal sebab D tak dengar cakap Zafran. Patutlah dia beria-ria memujuk D supaya tak perlu meminta papa duit tu padahal dia tahu kami betul-betul memerlukan. Rupanya dia dah boleh agak apa yang bakal terjadi. Sampai hati papa kan?"
Belum sempat mama mengeluarkan kata-katanya, aku kembali menyambung kata-kata ku yang terhenti.
"Mama, hina sangat ke suami D tu mama? Sebabkan dia tidak sekaya kita jadi dia hina? Sampai hati mama memburuk-burukkan anak mama sendiri, anak yang mama kandung sembilan bulan, darah daging mama. Mama hantar surat pada Zafran, memburukkan D dalam cerita mama. Kenapa ma? supaya dia lepaskan D? Hancur luluh hati D bila baca surat tu mama. How could you do that to me?! D sampai hampir keguguran akibat terlampau tertekan dengan kehidupan D. Itu ke yang mama dan papa nak bagi D rasa? Tahniah D ucapkan dan berbanyak terima kasih sebab sudi membesarkan D seperti minyak yang penuh dan terima kasih kerana berjaya membunuh D dari dalam. Untuk pengetahuan mama dan papa, Zafran dah maafkan papa dan mama dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Kata dia, dia tidak pernah menyalahkan papa dan mama, malah dia menyalahkan diri dia sendiri kerana tak mampu menjauhkan diri dari D seperti yang papa dan mama inginkan sehingga papa dan mama terpaksa bertindak luar batasan. Papa. Mama. D mohon maaf untuk segalanya."
Papa dan mama aku biarkan di ruang tamu. Pantas aku naik ke bilik tidur dan mengemas segala-gala milikku. Aku tidak mahu Almas terseksa seperti mana aku terseksa. Syukur Zafran menghadiahkan aku sebuah penthouse di tengah kota sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami dahulu. Aku tidak perlu membawa banyak pakaian dan barangan kerana kebanyakkan barang aku sudah pun berada di sana. Sekali lagi Almas aku dukung sambil menarik beg pakaian aku dan Almas.
Sebelum keluar dari rumah mewah itu aku mengucup tangan papa dan mama. Perlahan-lahan aku keluar dan bergerak ke arah kereta Audi R8 merah kesayangan ku. Setelah semuanya aku masukkan ke dalam bonet kereta, perlahan-lahan kereta milik ku bergerak meninggalkan segala-gala yang menyakitkan. Moga selepas ini hidup aku dan Almas bahagia.
"Abang, terima kasih buat segalanya."
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hola guys, maaf lambat update. Ini sambungan khayalan buat pembaca yang dicintai. Minggu pertama sekolah selepas cuti seminggu memang memenatkan, banyak homework. Hmm cukuplah kot untuk kali ni. Dah pukul 1.12 pagi. Its time to bed. Semoga hari-hari kalian dirahmati dan diberkati. Terima kasih buat yang sudi membaca dan meng 'vote'.
Sayang korang.
xoxo, Sara :)
YOU ARE READING
Khayalan
RomanceDia seorang yang mempunyai segalanya. Tetapi, hati yang pernah lengkap dengan cinta dari seseorang itu kini mati dan tertutup.