Kepercayaan adalah sesuatu yang penting buat aku. Teringat aku ketika aku menyalahguna kepercayaan yang telah mama dan papa berikan. Pada ketika itu umurku 17 tahun, aku curi-curi keluar untuk ke kelab malam bersama rakan-rakan aku yang lain. Hari pertama, aku berjaya keluar dari tingkap bilik aku dan begitulah juga seterusnya pada hari kedua. Tetapi, sebaik saja aku sampai di hadapan club yang sama aku ditangkap dua orang bodyguard papa yang kebetulannya lalu di kawasan itu. Malam itu papa benar-benar mengamuk habis dirotan kaki dan tangan ku sehingga berbirat-birat. Bertapa sakitnya hanya tuhan yang tahu dan aku demam hampir 3 hari akibat dirotan papa.
Please wear your seatbelt ladies and gentlemen we're going to landing about a few minute from now.
Imbasan kenangan lalu aku hilang begitu sahaja. Aku masih diatas awan, langit biru yang aku selalu lihat dari bawah. Tetapi kini, aku berada di atasnya dan dengan pantas aku memakai seatbelt yang disediakan. Menaiki kapal terbang merupakan sesuatu yang aku amat gemari. Bagi aku melihat burung besi ini membelah awan merupakan sesuatu yang sangat menarik dan salah satu sebab aku sukakan kapal terbang ialah kerana juruterbang mereka yang bagi aku sangat kacak dan berdisiplin. Walaupun kenyataannya aku mengetahui tentang kebenaran kekacakan 'abang-abang juruterbang' yang sebenarnya hanya sedikit yang benar-benar kacak. Tetapi, hati kecil ku masih mengatakan semua juruterbang itu kacak.
Merepekkan.... Tapi itulah kenyataannya, dari kecil hingga sekarang aku masih mengatakan juruterbanglah yang paling handsome.
YOU ARE READING
Khayalan
RomanceDia seorang yang mempunyai segalanya. Tetapi, hati yang pernah lengkap dengan cinta dari seseorang itu kini mati dan tertutup.