🌹🌸 banner so lawa by : nurflwr 🌸🌹
* * *
Langit yang mulai gelap dipandang resah. Awan hitam bergerak perlahan membawa tangisan yang akan dihamburkan sekejap saja lagi. Angin sejuk menyapa tubuh kecilnya membuatkan dia menggigil kesejukan.
Matanya ligat mencari bas atau teksi untuk pulang ke rumah namun hampa. Sejak berada di perhentian bas ini 35 minit lalu, dia hanya melihat dua buah motosikal, tiga buah kereta, sebuah lori panjang dan sebuah trak polis untuk para banduan.
Seram sungguh. Mereka menyeringai melihat dia bersendirian di kala senja menjengah tiba.
Seperti yang dijangka, hujan mulai turun dengan lebat. Hati Nia berlipat kali ganda gelisah kerana ketirisan di sana sini pada bumbung perhentian bas. Bahagian tempat duduk juga sudah basah. Kaki Nia sudah lenguh berdiri.
Tap! Tap! Tap!
Nia tersenyum. Dalam resah, ada ubatnya. Dia sangat gemarkan paduan bunyi alam yang harmoni. Seketika kemudian, aplikasi joox di dalam telefon dibuka. 'Playlist' lagu-my fav- dibuka. Lagu Fine oleh Taeyeon dipasang. Macam seronok pula nak berdrama di sini.
Nia menadah air hujan dengan tapak tangan. Sejuknya! Telefon segera dimasukkan ke dalam poket. Dia risau kalau Lenovo kesayangan terkena air hujan. Keluhan kecil dilepaskan. Kalau tak kerana dia kehabisan kredit, sudah lama dia menelefon abah untuk datang menjemputnya.
Ish. Astaghfirullahaladzhim... Ustazah cakap, perkataan 'kalau' itu membuka ruang kepada syaitan untuk menghasut kita. 'Kalau' juga bermaksud kita merungut dengan takdir Allah Swt. Nia mengingatkan dirinya.
Jam di tangan ditanggalkan. Hujung mata mengerling jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 6.10 petang.
Hujan semakin lebat bagai mengalami kemurungan yang melampau. Nia menjadi buntu.
"Sudahlah lupa bawa payung. Macam mana ni?" Nia mendecit perlahan kemudian mengeluh.
Hari semakin gelap saat Nia melihat kelibat seorang lelaki sedang berlari ke arahnya.
Siapa pula mamat ni? Ya allah... aku takut..., Nia berdoa sepenuh hati.
Lelaki itu tiba dan berdiri tidak jauh daripadanya. Nia memerhati sekilas.
Lelaki misteri itu mengenakan t-shirt dan seluar yang serba putih. Penutup mukanya berwarna hitam dipadankan dengan kasut hitam.
Wow! Pakej. Payung dia pun warna hitam. Baru habis berkabung lah ni...
Jantung Nia berdegup sedikit laju daripada kebiasaan. Risau juga akan keselamatan dirinya. Segala doa dan surah lazim dibaca berulang kali dalam hati. Moga dia selamat dunia akhirat.
YOU ARE READING
Menghitung Hari
Short StoryDaripada : Nia Hasyira Kepada : Terima kasih untuk segalanya. Aku amat hargai jasa baik kau. ... Nasib baik kau tak maju setapak dekati aku. *tersenyum bahagia~ Kalau tidak, kau mungkin aku kunci dalam satu bilik yang aku panggil hati. Dan, cukup...