Day 4 - 7 Oktober 2017

148 19 8
                                    

"Nia, boleh tak nanti kau temankan aku ke library? Aku nak pinjam buku tapi tak ada kawan nak temankan. Kau boleh temankan aku, tak? Dowajuseyo."

Wawa menghayunkan tangan Nia ke kiri dan ke kanan. Kalau boleh, dia tidak mahu Nia menolak. Dia tidak mahu bersendirian.

"Yelah. Kau ini kalau bab memaksa nombor satu. Bila kau nak pergi? Lepas kita makan tengah hari. Boleh?" Nia memerli Wawa. Sahabatnya itu lantas mengangkat kedua ibu jarinya.

Mereka berjalan menuju ke kafe berdekatan. Makanan dipesan mengikut kegemaran masing-masing. Nia dengan nasi goreng kampung dan jus orennya. Wawa pula dengan Maggie goreng dan milo aisnya.

"Kau nak pinjam buku apa?"

"Err... aku dah lupa tajuk buku itu. Tapi Feya pernah tunjuk pada kita hari itu. Buku pasal Tour Management untuk siapkan tugasan Profesor Nik," gumam Wawa dengan mulut yang dipenuhi maggie.

"Telan makanan dulu baru bercakap. Oh, aku ingat buku itu."

"Wawa!" Kedengaran jeritan seorang gadis dari jauh. Bertubuh langsing dan tinggi lampai. Pastinya gadis itu Feya.

"Hah, panjang umur betul minah ni," ucap Nia perlahan sebelum melambai tangan ke arah Feya mahu memberi isyarat kedudukan meja mereka.

"Kenapa?" Wawa memandang Feya bingung.

"Dua hari lepas, kita ada hantar tugasan pada Profesor Maya, kan?" Mata Feya membulat meminta kepastian.

"Ya." Wawa mengangguk malas.

"Setengah jam yang lepas, Profesor Maya bagitahu yang fail kita dah hilang!"

"Serius?" Wawa berhenti mengunyah makanan di dalam mulutnya. Feya pula segera mengangguk kerisauan.

"Tapi korang ada hantar sekali dengan kumpulan aku. Kalau tak silaplah. Aku punya hilang tak?" Nia tiba-tiba bersuara. Menyibuk saja dia nak tahu.

"Tak. Korang punya tak hilang. Aduh, macam mana ni, Wawa? Five percents will be deducted."

"Okey. Relaks... nanti kita jumpa profesor sendiri. Nia, boleh tak kau tunggu aku di perpustakaan? Nanti selepas jumpa profesor, aku pergi jumpa kau."

Nia mengangguk faham.

Wawa segera menghabiskan makanannya dan menghirup milo aisnya dengan tergesa-gesa. Setelah itu, Wawa dan Feya berlalu pergi meninggalkan Nia berseorangan.

"Apahal pula minah ni. Dia boleh saja ajak si Feya terus pergi sana. Ah... lantaklah. Dah janji, hendaklah ditepati," Nia menggumam perlahan.

Di perpustakaan...

Nia mengambil tempat duduk yang berdekatan pintu masuk. Senanglah kalau nak tengok Wawa datang. Telefonnya dikeluarkan lalu dia memasang lagu Rain In The Spring nyanyian Gfriend.

Aryeonhan heullooneun~
Piano seonyulcheoreom~

Disebabkan lupa mengenakan earphone, lagu itu memenuhi segenap ruang perpustakaan. Beberapa pelajar merenungnya tak puas hati.

"Err... Maaf... Maaf." Nia menunduk meminta maaf. Dia segera memakai earphone-nya.

"Kau dah ambil ke belum?"

"Sudah... tapi diorang dah tahu yang benda ini hilang."

Sayup kedengaran suara dua lelaki yang sedang berbisik di meja belakang tempat duduk Nia. Dek tertarik dengan perbualan tersebut, dia berhenti mendengar lagu. Telinganya dipasang mahu curi dengar.

"Walaupun diorang tahu, diorang tak boleh nak buat apa sebab tak tahu siapa yang ambil benda ni."

"Weh... tak apa ke kalau kita buat macam ni? Aku takutlah, Pian."

"Nak takut apanya. Masa kau amik dari bilik Profesor Maya, kau yakin tak ada sape yang ikut kau, kan?" Lelaki bernama Pian itu bersuara.

Nia mula menghidu sesuatu.

"Tapi, kau tahulah si Wawa tu. Kalau dia mengamuk, habislah kita. Sekali bapa dia tahu, matilah kita."

"Zack,kita tahu akibat dari perbuatan jahat kita tapi kita berani ambil risiko. Jadi, kita kena berani tanggung akibatnya. Relakslah. This assignment, means nothing."

Pian mula speaking. Sangat janggal pada pendengaran Nia.

"Aku tetap tak sedap hatilah," keluh Zack lagi.

"Aku cakap, biarkan je. Barulah padan muka dengan si Wawa berlagak bagus tu. Harapkan muka saja cantik tapi mulut macam longkang busuk."

Mendengarkan ayat si Pian, Nia mula hendak naik angin.

'Berani betul dia me-longkang busuk-kan mulut kawan aku!' Nia menggigit bibir bawahnya. Geram.

Kkuk!

Tanpa secalit pun rasa ragu, Nia menghentam kepala Pian dan Zack dengan beg tangannya. Sakit hati.

"Kau siapa nak cakap macam tu kat kawan aku? Apa? Kau ingat mulut kau wangi sangat? Bau macam sampah! Bagi balik assignment kawan aku sebelum aku hempuk kepala kau. Cepat!"

Jerit Nia dengan lantangnya tanpa menghiraukan pelajar lain.

"Kau ni dah kenapa? Tetiba nak tuduh kitorang pula?" Pian sudah bangkit dan berdiri menghadap Nia.

"Aku dengarlah apa yang korang cakap tadi. Sekarang,mana hasil curi korang tu, hah? Mana?"

"Weh... Pian. Macam mana ni?" Zack kecut perut.

"Kau diam, Zack! Hei, budak! Kau tak ada bukti untuk tuduh kitorang. Sesedap rasa saja nak cakap kami mencuri. Dahlah hempuk kepala orang suka hati!"

"Berhenti! Kamu berdua dah ganggu pelajar lain nak belajar. Sila keluar dari sini! Sekarang!" Dari jauh, satu suara menjerkah mereka.

"Korang tak dengar ke tadi? Orang dah suruh keluar tu keluar jelah. Gaduh laki bini bukan kat sini." Seorang lelaki berkaca mata yang duduk berdekatan pula bersuara dan mengundang ketawa pelajar lain.

"Diam... diam...." Dan tidak lagi ada yang ketawa. Takutlah itu.

Dengan terpaksa, mereka berdua keluar diikuti Zack dari belakang.

"Bagi balik tugasan Wawa. Kalau kau tak nak aku berkasar, bagi balik. Zack, fail itu ada dengan kau, kan?" Nia berjalan mendekati Zack. Namun Pian segera menghadang.

"Kau ni kan memang mancabar kesabaran aku, kan? Aku cakap aku tak ambil! Aku tak ambillah. Yang kau tak puas hati sangat ini dah kenapa?"

"Sebab aku tak percaya dengan kau! Zack bak sini fail itu sekarang! Kau tak payahlah nak ikut sangat kepala si botak ni," ejek Nia sambil tersenyum sinis.

Zack hampir tergelak sebelum dijeling Pian yang sememangnya botak. Pian merengus geram.

"Kau diam. Kalau mulut kau bunyi lagi, aku tampar muka kau sat lagi."

Nia mendekati Zack.

"Zack, bagi pada aku cepat!"

"Tapi, Nia...." Zack teragak-agak.

"Eh hei... kau pekak ke hah?" Pian mula hilang sabar. Dia mengangkat tangannya bersedia untuk menampar Nia.

Jantung Nia berhenti berdegup. Darah tidak dapat dipam dengan sempurna. Koordinasi rangsangannya tidak aktif seperti sediakala menyebabkan kakinya bagai digam pada tanah. Tak mampu bergerak meskipun seinci.

Nia memejam mata dalam ketakutan.

'Habislah kau Nia... lain kali jangan acah berani. Huhuhu....'

Dalam kiraan satu... dua... tiga. Nia hanya berserah kepada takdir.

Jangan sampai lebam sudah... isk.

To be continued...

***

Info bahasa :
Dowajuseyo - tolonglah saya.

😉

Menghitung Hari Where stories live. Discover now