Day 4 - 7 Oktober 2017 × (part 2) ×

140 20 13
                                    

Hati Pian mula panas membara. Sakit betul jiwa dan raganya dengan sikap degil Nia. Dia mengangkat tangan bersedia untuk melempang wajah ayu gadis itu.

Nia pantas memejam mata ketakutan.

'Habisla kau Nia... lain kali jangan acah berani. Padan muka kau!'

Dalam kiraan satu... dua... tiga.

Tiada apa yang terjadi.

Sambung kira... empat... lima... enam.

Aik? Tak ada apa pun. Nia dengan penuh debar, membuka sepetan matanya. Melihat ada tangan yang menghalang si Pian, mata segera dibuka seluasnya.

Kali ini, dia tidak tahu sama ada mahu bersyukur atau marah dan benci dengan insan baik hati ini. Sekali lagi, lelaki misteri itu memunculkan diri saat dia memerlukan pertolongan.

Angin bertiup kencang. Bunyi gersikan dedaun membuai pendengaran Nia. Dan masa bagaikan terhenti buat seketika. Nia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

"Kau siapa? Tetiba masuk campur urusan aku dengan minah ni?" Pian menarik tangannya yang sakit. Pergelangan tangannya merah.

Tanpa banyak soal, lelaki itu menarik kasar beg sandang Zack membuatkan Zack terdorong ke depan. Beg itu digeledah. Dalam masa yang sekejap sahaja, lelaki itu mengeluarkan satu fail lalu diserahkan kepada Nia. Tanpa ragu, Nia mencapai fail tersebut.

"Hei! Perempuan tak guna! Kau ingat eh... urusan kita tak berakhir kat sini! Siap kau!" Pian menunjal kepala Nia sekuat hatinya.

"Aduh!" Nia menggosok dahinya perlahan.

Dan tanpa disangka, satu tumbukan mendarat dengan selamat pada pipi kiri Pian. Bergegar rahang Pian kesan daripada tumbukan padu itu.

"Weh... Pian jom blah. Jom!" Zack menarik Pian pergi.

"Kau ingat tu, Nia! Dendam aku takkan berakhir kat sini sebab kau dah memalukan aku!" Pian meronta dalam pelukan Zack.

"Sudahlah. Ramai orang tengok! Tak malu ke?" Zack menarik tangan Pian dan berlalu pergi. Sememangnya banyak mata yang memerhatikan mereka. Yang pasti, mereka sedang gelakkan kekalahan dirinya. Dasar Nia tak guna! Puih!

Sebaik saja mereka berlalu pergi, Nia memulakan bicara. Banyak persoalan yang berlegar di mindanya tentang lelaki itu.

"Terima kasih sebab dah tolong aku. Boleh kita bercakap sekejap? Jom pergi jauh sikit. Di sini ramai orang."

Mereka kemudiannya beriringan ke sebuah bangku berdekatan. Memandangkan ada dua, Nia duduk di hujung kanan salah satu bangku dan lelaki itu duduk di hujung kiri bangku satu lagi. Senang cerita, mereka duduk berhadapan.

"Kenapa sejak akhir-akhir ni kau asyik muncul dalam hidup aku, ya?"

Lelaki itu diam tetapi tetap merenungnya seperti biasa.

"Apa niat sebenar kau? Ikut aku sana sini? Scary tau tak. Aku tak kenal kau pun. Kau ni penculik atau pembunuh tak pun penjual organ? Sebelum aku ambil tindakan, lebih baik kau bagitau sape kau sebenarnya."

Tiada respon dari lelaki itu. Lama Nia menunggu.

"Apasal kau tak cakap apa-apa?"

Diam.

"Kenapa kau tak jelaskan apa-apa? Sekurang-kurangnya cakaplah sesuatu untuk elakkan persepsi negatif aku terhadap kau."

Masih diam. Anak mata Nia diperhati tajam membuatkan Nia rasa kurang selesa. Namun, keinginan yang membuak dalam diri mengatasi kewarasan dirinya. Banyak persoalan yang mahu Nia rungkaikan.

"Weh... kau bisu ke? Kenapa tak jawab? Responlah apa pun. Aku tak kisah. Tapi sekurang-kurangnya bagitahu sesuatu yang boleh bantu aku usir semua kekusutan ni."

Angin mulai bertiup sepoi bahasa. Selendang Nia beralun lembut. Sedikit sebanyak dapat menenangkan hati Nia yang sedang gusar. Disebabkan lelaki itu masih mendiamkan diri, Nia menggeleng sambil mendecit kecewa. Benarlah kata orang... penantian itu satu penyeksaan.

"Baiklah. Aku pergi dulu. Tak ada apa kot yang nak dibincangkan sebab aku sensorang saja yang ada mulut dan bercakap kat sini." Nia mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah.

Dia mencapai beg tangannya lalu beredar segera. Dari jauh, dia nampak Wawa yang sedang menanti.

Untuk seketika, Nia berpaling semula. Lelaki itu sudah berdiri. Dan pandangan itu. Pandangan yang dibencinya. Benci!

"Nia... kau dah kenapa? Sape lelaki tu? Kau putus cinta ke? Nia, kau nangis ke? Meh sini aku peluk kau." Wawa sudah siap mendepakan tangannya.

Tanpa dipaksa, Nia membalas pelukan Wawa. Hanya esakan kecil yang kedengaran. Kenapa semua kejadian yang berkaitan dengan lelaki itu dirasakan satu beban di atas bahunya?

Setelah emosinya stabil, Nia menarik nafas panjang. Relax Nia..relax.. Pelukan dileraikan.

"Eh, apa ni?" Tetiba saja Wawa bersuara. Sebuah fail dihulurkan ke tangan Wawa.

Oh... aku tertinggal rupanya.

"Fail apa ni? Macam pernah nampak saja. Tapi, macam mana?"

"Tak apalah. Nanti aku cerita. Dah, jom kita pergi." Nia menarik tangan Wawa dan memaksa gadis itu mengekorinya.

Tanpa berpaling ke belakang, Nia berjalan di sisi Wawa dengan langkah yang lemah.

'Kau dah kenapa Nia?' Nia memarahi dirinya sendiri. Argh!

"Nia, tunggu!" Wawa merentap tangannya. Dia pun berpaling ke belakang.

"Terima kasih untuk fail ni. Jangan risau... saya akan jaga Nia untuk awak. Okey?"ujar Wawa setelah melihat lirikan resah lelaki itu terhadap Nia.

"Tak payah merepek. Dah, jom." Nia terus berjalan tanpa menoleh. Entah kenapa dia masih berharap lelaki itu akan memujuknya. Memberitahu dirinya bahawa dia bukan orang yang Nia maksudkan. Bukan penculik mahupun pembunuh bersiri.

Tapi dia hanya tahu untuk diam!

#Cinta itu buta.....i'm right??

Menghitung Hari Where stories live. Discover now