Entah untuk ke berapa kali, Nia terlelap di dalam dewan kuliahnya. Tubuhnya penat dan lemah tak bermaya. Tak cukup tidur dan keletihan yang teramat benar-benar mendera Nia.
Wawa yang berada di sebelah disiku perlahan.
"Lambat lagi ke kelas nak habis? Aku mengantuklah," ujar Nia sambil menongkat dagu di atas meja.
"Sabar. Tinggal 15 minit saja lagi. Nia, janganlah tidur,"Wawa berbisik perlahan.
"Huwargh." Nia menguap lantas mendecit perlahan. Kemudian menggumam sendirian. Mukanya asyik tunduk ke bawah. Dia mahu tidur!
Wawa hanya mampu menggelengkan kepala. Di sudut hatinya, dia sangat berbangga akan sahabatnya itu. Sanggup berkorban demi Hanie.
Sehingga kelas tamat, Nia masih dengan matanya yang hampir tertutup rapat.
Ketika hendak keluar kelas, Prof Maya menegurnya dari belakang.
"Hai, Nia! Seronok ke tidur dalam kelas saya? Lena betul awak tadi."
"Eh? Maaf, prof. Tak tahu kenapa saya rasa rasa mengantuk sangat hari ni." Nia tersenyum sumbing.
"Lain kali tidur tu, biarlah cukup. Awak sebagai pelajar kena jaga kesihatan elok-elok." Profesor Maya menepuk lembut bahu Nia.
"Baik, prof. Thanks for your concern." Nia tersenyum lagi.
* * *
Tiada daya Nia berjalan ke arah keretanya. Dia terlalu letih walhal bukannya dia main gusti semalam.
'Huargh! Aku nak tidur!'
Untuk kesekian kalinya, Nia menguap.
Pintu kereta dibuka dan enjin kereta dihidupkan. Nia dengan sukacitanya melelapkan mata di seat pemandu sekadar tidur ayam. Itupun sudah mencukupi. Dia setkan masa tidurnya selama lima minit.
'Okey tak? Asalkan aku dapat tidur.'
1 minit berlalu.
2 minit berlalu.
3 minit...
4 minit...
5 minit berlalu dan 'alarm' telefon berbunyi.
~Nunkocci teoreojyeoyeo..
Nae jogeumssik meoreojyeoyeo
Bogoshipda ( bogoshipda )Alarm segera ditutup. Nia merengus tak puas hati. Sedikitpun dia tidak dapat tidur. Susah benar mahu lelapkan mata. Dalam dewan kuliah tadi bahagia je dia tidur.
'Kenapa, ya?'
Tanpa melengahkan masa, Nia segera memandu kereta pulang ke rumah.
'Okey. Aku dah nampak katil. Lepastu selimut tebal yang best sangat tu. Lepastu aku nampak macam redup nak hujan je sekarang ni. Okey. Nice. Masa disetkan dengan cantik!'
Nia berangan sendiri.
* * *
"Zack, sekarang." Pian mencuit lengan Zack yang sudah menggeletar.
"Pian. Aku tak berani. Kau sajalah yang buat." Zack mengurut dadanya yang berdegup kencang. Ini kerja gila!
"Aku mana ada lesen. Cakap pakai otak lah, bro! Cepatlah kejar minah itu. Nanti hilang pula jejak dia. Cepat!"
Pian menggesa sambil bersandar selesa pada kerusi di sebelah Zack. Tak sabar dia mahu menantikan kejadian tragis yang akan menimpa Nia sebentar saja lagi.
YOU ARE READING
Menghitung Hari
Short StoryDaripada : Nia Hasyira Kepada : Terima kasih untuk segalanya. Aku amat hargai jasa baik kau. ... Nasib baik kau tak maju setapak dekati aku. *tersenyum bahagia~ Kalau tidak, kau mungkin aku kunci dalam satu bilik yang aku panggil hati. Dan, cukup...