Agak lama Nia menunggu kedatangan Hanie sehinggalah dia merasakan seperti bahunya disentuh seseorang. Lekas saja Nia berpaling. Nia sempat berjanji dengan dirinya lagi.
Hanie perlu dibawa pulang!'
"Hanie... kau tak apa-apa? Ke-kenapa kau..?"
Nia kaku. Wajahnya pucat lesi. Jantungnya tidak lagi berdegup. Alamak! Lain yang dinanti lain yang datang.
"Hai, sayang... lama tunggu?"
Seorang lelaki berbadan tegap dengan selamba mengambil tempat duduk di sebelah Nia. Hampir saja dia meletakkan tangannya di bahu Nia namun tangkas Nia mengelak dan bangkit berdiri.
"Kau siapa? Mana Hanie? Kawan aku mana? Hanie mana? Hah?"
Ingatan Nia memproses sesuatu. Dia ingat lelaki ini. Lelaki yang bergambar dengan aksi yang mesra dengan Hanie.
"Sayang... relax, okay. Kenalkan, nama I ialah Shahril. But just call me Shah. Atau kalau cik adik nak mesra boleh panggil sayang atau hubby. Shah okey je,"panjang lebar Shah mempromosikan dirinya.
Shah menghulurkan tangan untuk berjabat tangan tapi tak disambut Nia.
"Aku datang nak jumpa Hanie. Mana Hanie? Mana dia? Kenapa dia tak datang?"
"Kawan you tu dah mabuk. Dah tak betul. Jadi, I datang mewakilkan diri untuk Hanie."
"Kau bawa dia datang sini."
Hanya idea itu yang terlintas di fikiran Nia. Kalau boleh, dia tak mahu melibatkan diri di kawasan kancah maksiat tersebut.
"You yang nak jumpa dia, so you lah kena pergi. Kenapa nak gunakan I pula? Sorry... I tak nak tolong."
Shah sudah berdiri sambil mengangkat kedua tangannya menandakan dia tak mahu masuk campur.
"Kau just bawa dia ke sini. Tu je. Payah sangat ke?" Nia berdegil.
"Kau sanggup datang ke tempat ni waktu macam ni, takkan kau tak sanggup kot nak tarik kawan kau keluar dari situ? Simple je, kan."
Shah mula mencucuk jarum dalam otak Nia yang sedang kalut. Rasanya gadis naif seperti Nia akan terpengaruh. Shah berharap di dalam hati.
Nia mengeluarkan telefon mahu menelefon Hanie. Nombor Hanie ditekan. Untuk beberapa saat,dia menunggu sebelum nada dering telefon Hanie kedengaran. Eh?
Shah mengangkat telefon Hanie yang berada dalam genggaman tangannya setinggi yang mungkin. Mahu memerli si Nia.
"Kau pergi dan amik kawan kau. Itu saja. As simple as abc."
"Kenapa telefon Hanie ada dengan kau? Bak sini telefon dia."
"Nope. You can't take it. Follow me first to get your friend. And then, you can take both of them. Deal?"
Shah berjalan mengundur ke belakang. Benar mendesak keputusan segera oleh Nia.
"Come on, sayang. Hanie always like a crazy girl bila dia dah mabuk."
What? Maksudnya ini bukan kali pertama dia kemabukan. Hanie..., hati Nia menangis. Sayangnya terhadap Hanie menggunung.
"Fine! Aku ikut cakap kau. Cepatlah!"
"That's my girl. Come. Let me show you the way."
Nia mengekori Shah dari belakang. Sampai saja di sana, banyak mata yang memandang mereka curiga.
"Relax guys. Tak ada apa yang pelik kat sini. Tak payahlah korang buat muka pecah macam tu."
Menyedari kehadiran Nia, dari jauh Hanie melambai mesra. Sah! Dia mabuk.
YOU ARE READING
Menghitung Hari
Short StoryDaripada : Nia Hasyira Kepada : Terima kasih untuk segalanya. Aku amat hargai jasa baik kau. ... Nasib baik kau tak maju setapak dekati aku. *tersenyum bahagia~ Kalau tidak, kau mungkin aku kunci dalam satu bilik yang aku panggil hati. Dan, cukup...