3 Oktober 1995...
Daniell mengelap peluh di dahinya. Jantungnya berdegup laju bagai nak melompat keluar daripada dadanya. Tanggungjawabnya kini amatlah besar!
"A-adik. To-tolong cepat sikit! Argh!"
"Ya, kak. Kejap lagi kita sampai. Akak bertahan, tau. Akak istighfar bebanyak."
Wanita di sebelahnya tidak lagi meraung seperti tadi. Benaran beristighfar mungkin. Daniell memerhati sekilas. Wanita itu menggigit bibir bawahnya sekuat hati. Cecair merah mula kelihatan di bahagian bibir yang digigit.
"Aduh, kesian betul akak ni," bisik Daniell perlahan.
Sebaik saja di hospital, wanita tadi segera disambut oleh para petugas hospital. Daniell pula hanya melihat mereka membawa masuk wanita itu sementara dia melepaskan nafas lega di bawah air mata sayu awan di langit.
Teringatkan sesuatu, Daniell kembali meloloskan diri ke dalam perut kereta. Telefon bimbit dikeluarkan dari poketnya.
"Ya, encik. Di Jalan Mawar Kasturi berdekatan bus stop. Tolong pergi dengan segera, encik. Baiklah. Terima kasih."
Daniell bersandar tenang. Namun begitu, sesuatu yang penting terlintas di fikiran. Dia perlu melarikan diri! Sebelum pihak polis dapat menjejakinya.
Lantas kereta dihidupkan. Dengan itu, bermulalah kisah pelarian seorang Daniell.
* * *
Sebuah kedai aksesori dikunjunginya. Bahagian penutup muka dirapati. Berbekalkan tiga keping not merah di dalam poket, dia memilih salah satu daripadanya. Dan proses jual beli berlaku.
Daniell bergerak pula ke sebuah gerai makan. Dia berasa sangat lapar! Perutnya sudah lama berkeroncong mengeluarkan bunyi yang tidak enak didengar. Rasanya baki duit tadi masih ada dan mampu membeli sedikit makanan sebagai alas perutnya.
Dia makan sambil matanya ligat melilau sekeliling. Risau kalau ada polis yang akan tiba-tiba datang memberkasnya.
Setelah selesai, dia kembali ke teksi. Nampaknya dia tak boleh memandu ia lagi. Dengan kerahan idea anak muda dalam otaknya, dia menyimpulkan bahawa polis akan lebih mudah mengesan keberadaannya.
Sejak kejadian tempoh hari, sudah tiga hari dia tidak pulang ke rumah. Malam sebelumnya dia akan tidur dalam teksi tapi kini dia terpaksa meninggalkannya.
Emak pasti risau akan dirinya. Harap mak tak sakit jantung kalau polis datang cari aku kat rumah!
* * *
7 Oktober 1995
Daniell membuka matanya perlahan. Rasa mengantuk masih bersisa. Dia kemudiannya menggeliat bagi meregangkan otot yang membeku.
Dia memandang sekeliling. Sudah beberapa malam pondok buruk itu menjadi tempatnya beradu. Selesa lah jugak daripada tak ada.
"Weh! Lari! Lari!" Seorang lelaki kurus kering berlari ke arah Daniell. Wajahnya yang cekung kelihatan pucat tidak berdarah. Tangan kanan menggosok lengan kirinya sambil berjalan terhincut-hincut. Penagih dadah, mungkin.
"Kenapa, ini? Ada apa?" Tanya Daniell turut panik.
"Polis! Polis datang serbu sarang aku. Jahanam betul!"
"Apa kau cakap? Polis?"
Lelaki itu mengangguk sambil berlalu pergi. Dari jauh kelihatan beberapa lagi lelaki tua muda berlari seperti mayat hidup ke arahnya.
Betullah kot ada polis!
"Wei, budak! Kau pergi! Pergi! Pasukan hitam dah serang kita!" Seorang lelaki tua berteriak.
Setelah membetulkan segala urat saraf, Daniell turut melarikan diri. Bagai kilat,dia berlari hingga boleh memotong lelaki pertama tadi.
Daniell membelok ke kanan memasuki sebuah lorong. Kawasan ini agak tersorok sebab itulah Daniell fikir dia dapat bersembunyi dengan aman di sini.
"Bodoh! Jangan masuk situ! Harey punya budak. Matila kau lepas ni." Lelaki yang pertama tadi menjerit kemudian ketawa mengejek. Dia dan geng dadah sudah memecut entah ke mana.
Daniell bingung. Meski pun dalam keadaan ragu-ragu, kaki galahnya masih laju menapak ke hadapan.
Bang!
Satu das tembakan dilepaskan mengejutkan Daniell. Dia kaku. Kelihatan beberapa pegawai polis sudah mula mengepungnya.
"Angkat tangan anda sekarang! Duduk!"
Daniell menggigil mengangkat tangan. Dia duduk melutut menghadap polis lelaki yang berbadan tegap itu.
Kepalanya kini bagai nak pecah dan meletup kebaboom! Liurnya ditelan kesat beberapa kali. Jantungnya pula sudah bagai berhenti berdegup.
Polis itu sedang mengacukan pistol ke arah Daniell. Lalu dia membisikkan sesuatu kepada rakannya.
Dua orang polis datang menghampiri Daniell mahu menggari tangannya.
Namun, dalam masa tiga saat saja Daniell mampu merempuh kedua polis itu dan cuba melarikan diri.
"Jangan lari! Kejar dia!" Polis berbadan tegap tadi sekali lagi memberi arahan.
Daniell kini dalam kepanikan yang maksimum. Sebatang kayu yang boleh tahan besar dan beratnya dicapai. Tanpa fikir dua kali, dia membaling secara rambang ke arah pasukan polis tadi.
Seorang pegawai polis menjadi mangsa. Kecederaannya agak parah.
Bang!
Satu lagi das tembakan dilepaskan tepat mengenai dada Daniell. Tanpa daya,dia rebah di atas tanah berlumpur. Dalam otaknya,semangat untuk melarikan diri masih berkobar-kobar dalam jiwa.
Daniell cuba merangkak. Tak jauh pun dia mara sebelum satu objek keras dihenyakkan ke atas belakangnya. Bertambah perit kerana bahagian tembakan ditekan ke atas tanah.
Semakin dia cuba bangun, semakin galak henyakan itu.
"Sakit? Hah? Sakit? Yang kau cederakan kawan aku tu, kau ingat tak sakit?"
'Ya, sakit. Aku nak hidup lagi. Aku ada emak yang tunggu aku kat rumah. Aku tak nak mati lagi,' Daniell merintih dalam hati. Nak bersuara, dia tak mampu.
Tak puas hati mungkin, muka Daniell pula menjadi makanan tapak kasutnya. Memandangkan ia bukan jalan bertar, dia tahu yang Daniell akan kurang rasa sakit. Dipijak muka Daniell hingga separuhnya terbenam ke dalam tanah.
Hujung kasut ditekan rakus ke dalam muka Daniell. Nasib baik dia masih bermurah hati tidak mahu menyepak muka budak lelaki itu.
"Inspektor. Cukuplah tu. Sikit-sikit sudah la. Jangan kejam sangat." Suara seorang lelaki kedengaran tenang menegur.
'Melampau! Kenapa mereka begitu kejam? Kenapa aku dilayan sehina dan sezalim ini? Besar sangatkah salah aku?'
Sudah termaktub dalam suratan takdir bahawa saat itu, dan detik itu juga, seorang Daniell menghembuskan nafas terakhirnya. Darah mula membuak melimpahi kawasan tubuhnya dan membasahi bajunya.
"Dah mati agaknya budak ni. Itulah, kau jangan nak memandai melawan. Kan dah kena. Maaflah. Aku memang panas baran sikit," ujar Inspektor itu tadi dengan nada menyindir sambil mengalihkan kakinya.
,
.
,
.
A sad story of Daniell.
Dan chapter ini juga hanyalah sekadar suka-suka😁😁
Nothing much tapi saya just nak share camana Daniell menghabiskan sisa-sisa hidupnya.
YOU ARE READING
Menghitung Hari
Short StoryDaripada : Nia Hasyira Kepada : Terima kasih untuk segalanya. Aku amat hargai jasa baik kau. ... Nasib baik kau tak maju setapak dekati aku. *tersenyum bahagia~ Kalau tidak, kau mungkin aku kunci dalam satu bilik yang aku panggil hati. Dan, cukup...