Beberapa harini, aku perasan orang dok upload/update 'happy eid mubarak' kat wechat, ig, twitter, whatsapp, dan media sosial lain yang wujud.
Aku pelik sebenarnya.
Setahu aku, eid mubarak ni selalunya orang tulis masa hari raya je.
Jadi nak dijadikan cerita dan nak memuaskan hati aku, aku google. Maka inilah hasil yang aku dapat dari bacaan sekali lalu aku tu :
Eid Mubarak or Blessed Eid (Arabic: عيد مبارك) is a traditional Muslim greeting reserved for use on the festivals of Eid al-Adha and Eid al-Fitr. Eid means"celebration" and refers to the occasion itself, and Mubarak means "blessed"; for example, performing the Eid prayer.
Yang mana bila ditranslatekan ke bahasa melayu, maka jadilah ia :
Eid Mubarak atau Blessed Eid (Bahasa Arab: عيد مبارك) adalah ucapan tradisional Muslim dikhaskan untuk digunakan pada perayaan-perayaan Eid al-Adha dan Eid al-Fitr. Eid bermaksud "perayaan" dan merujuk kepada majlis itu sendiri, dan Mubarak ertinya "diberkati"; sebagai contoh, melaksanakan solat Hari Raya.
Lepas aku baca benda ni, apa yang aku faham ialah, "oooo jadi betulla yang aku fikir selama ni. memang patutla aku pelik."
Tu je lah citenya. Pelik la kenapa manusia zaman sekarang ni suka guna perkataan tanpa tahu maksud sebenar dia? Yang atas ni contoh satu, meh aku kasi contoh dua.
Aku ni selalu post gambar kat wechat dan ig dengan caption 'potato bla bla potato' (dulu la sekarang saya dah insaf dan saya rasa saya dah cantik dan comel dan tak layak nak disamakan dengan potato lol). Pastu satu hari tu, ada la sorang junior form 2 ni, rapat gitu gitu jugakla dengan aku, ko tahu?
Dia tetiba sapa aku dengan panggilan "HAI POTATO"
Banana dia nak mencarut aku rasa, dia tak tahu ke potato tu maksudnya tak cantik? Aku syak dia ingatkan potatu tu nama manja aku kut.
Apa-apa jela. Huh.
Tolong la. Lainkali sebelum guna apa-apa perkataan, make sure kau tahu maksudnya yang sebenar. Aku bila dapat perkataan baru, dua tiga kali aku selidik maksudnya tau, sebab bimbang salah guna, lepastu buat malu diri sendiri. Jangan bantai guna je ok?
-----
HAPPY FASTING!
YOU ARE READING
T
RandomT stands for Tiha. Ini tempat seorang Fatiha ingin meluahkan segala 'unsaid thought'nya. Kerana dia merupakan seorang introvert yang lebih suka menulis buah fikirannya berbanding berbicara. P/S1: Bahasa pasar, rojak, bahulu+cookies, teh o ais+laici...