"Nak pinjam novel boleh?"
Belajarlah untuk katakan "tidak", "no", "nae nae" mahupun "aniyo".
Sebab dalam dunia ni kadang-kadang ada yang jenis yang sakai tak bertempat. Ikut pengalaman aku yang baru setahun jagung ni, ada 4 jenis kesakaian bila bab pinjam-pinjam novel ni. Aku dah banyak kali terkena.. Sangat membengangkan sampai buat aku rasa nak tumbuk muka manusia tersebut sepertimana orang tumbuk punching bag.
Pinjam tak reti pulang
Giler. Dia ingat aku beli novel tu pakai daun ke?! Banyak benau alasan bila mintak pulang. Esoklah, tertinggallah, inilah, itulah, ha kipale bana betul.
Pinjam lepastu pulang dengan keadaan novel tersebut dah lunyai
Weh come on la, common sense kut? Kau pinjam barang orang, jaga la. Kalau aku pinjam handphone kau lepastu aku pulang balik dengan keadaan phone tersebut dah calar teruk. Agak-agak kau mengamuk tak eh? Tagune betul.
Pinjam dan buat-buat lupa yang dia pinjam
NAK SANGAT KE NYANYUK MUDA?
Pinjam lepastu kasi orang lain pinjam
"Mana novel aku weh?"
"Zulaikha pinjam."
Ye kepala hotak anda.
Sesuka hati je pass pass kat orang lain. Buat macam harta kau pulak eh?
Serik tahu tak? Aku jaga semua novel aku elok-elok kut. Bagai menatang minyak yang penuh kata orang hewhew. Tiba kat tangan kau, hmmmmm.
Dah nak berbuka dah ni. Happy iftar!
YOU ARE READING
T
RandomT stands for Tiha. Ini tempat seorang Fatiha ingin meluahkan segala 'unsaid thought'nya. Kerana dia merupakan seorang introvert yang lebih suka menulis buah fikirannya berbanding berbicara. P/S1: Bahasa pasar, rojak, bahulu+cookies, teh o ais+laici...