Apa dah jadi ni?

688 121 39
                                    

Cerita berlabel 18+ berlambak kat Wattpad ni. And mostly authornya ialah perempuan. What happen to our society? Mana hilangnya rasa malu dalam diri seorang perempuan?

Dulu aku selalu usha genre romance sebab well, pada zaman itu ada banyak cerita gempak. The Silent Killer contohnya. Tapi sekarang ni hmm.. 18+, 18+, 18+, 18+. Hampir semuaaaaaaaaaa cerita dekat bahagian romance berlabel 18+. Siriusly?!

Maaf, saya tak berniat nak cakap cerita tersebut tak gempak. No. Ada sesetengah cerita seperti itu memang gempak gila, pengajaran yang nak disampaikan memang menusuk ke hati. Cerita Uqasha, contohnya. Ye saya pernah baca cerita Uqasha sebab jalan ceritanya memang awesomeeeeee.

Tapi tak kisahla apa-apa pun, the point is.. Ini sangat menyedihkan. How come seorang perempuan yang sepatutnya ada rasa malu dalam dirinya boleh menulis dengan terlalu detail tentang ehem (tahu-tahu jelah)?

I repeat, sangat detail.

Cerita-cerita macam ni muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Banyak giler.

Serius, memang sesetengah cerita sebegitu mempunyai jalan cerita yang sangaaaat gempak. Tapi perlu ke nak selitkan unsur 18+? Apa tujuan anda semua selitkan unsur sebegitu? Ikut trend? Atau apa?

Rasanya boleh je kut tulis simple-simple je. Macam novel-novel romance lama.. Novel-novel Liyana Zahim contohnya. Ada ke beliau menunjukkan kemesraan pasangan suami isteri secara detail yang detail giler? Tak ada.

Lepastu, aku selalu perhati cerita macam ni mesti ada tulis 'dah kasi amaran, kalau baca jugak tanggung sendiri'.

Oh what?

Macam tak ada function je. Sebab memang lumrah remaja mempunyai rasa ingin tahu. Lagi dilarang, lagi dibuat. Ingat sikit, adik-adik sekolah rendah pun dah maju sekarang ni, dah ada akaun wattpad. Awak ingat dia tahu ke apa label 18+ tu?

Diorang kisah apa, tengok cover cantik gamaknya, baca la apa lagi. Ye tak? Lepastu.. Otak mereka pun mula la fikir benda-benda liar yang tidak sepatutnya. Apa semua ni?

Yes, awak dah kasi amaran. Awak tak bertanggungjawab atas fikiran adik-adik yang sudah mula berimaginasi liar akibat membaca bahan bacaan yang tidak sepatutnya. Tapi bukan ke lebih baik kalau tak tulis cerita yang berunsur sebegitu? Plus, cerita tersebut bukan sahaja tidak sesuai dibaca oleh budak bawah umur, malah orang dewasa pun rasanya tak patut baca.

Sebab apa?

Bagi orang Islam, adalah haram untuk membaca bahan bacaan yang sebegitu. Sebab boleh menaikkan nafsu syahwat. (sumber : http://alhafiz.net/)

Assalamualaikum!


P/S1 : I know this is quite sensitive but I want to express my opinion on this.

P/S2 : Maaf jika ada tersalah maklumat, mohon betulkan ya jika ada.

P/S3 : Maaf sekali lagi, saya tak berniat nak jadi ustazah, cuma nak luahkan pendapat saya mengenai hal ini.

P/S4 : Be a better you, for you.



TWhere stories live. Discover now