Aku mulakan apa yang aku nak cakap ni dengan ayat yang cukup famous..
"Man jadda wa jadda" atau maksud bahasa melayunya, "siapa yang berusaha, dia berjaya."
Ayat ni ada kebenarannya walaupun memanglah, semuanya ketentuan Allah. Kun fa ya kun, He says "BE", and it is". Andai kata kau dah usaha sungguh-sungguh siang malam tak makan tak minum tapi tetap tak dapat apa yang kau impikan.. takpa. Kau kena ingat tu maknanya Allah has a better plan for you. Percaya, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Apa-apa pun, aku nak cerita pasal usaha sebenarnya.
Tadi lepas berangan dua tiga kali sebab taktahu nak buat apa, aku baca buku fixi yang bertajuk KAMPUNG by Irvan Affan buat kali yang ketiga aku rasa. Novel tu sungguh la macam novel harry potter, baca ulang-ulang pun tetap menarik perhatian aku.
So citenya dalam novel tu ada satu bab tajuk dia- ada dua jenis usaha.
Benda ni dah lama bermain dalam kotak fikiran (gua guna metafora geng) aku. Tetiba aku ada feel nak menulis so here am I.. merangka ayat yang sedap dibaca dan dalam masa yang sama supaya orang dapat apa yang aku nak sampaikan.
%%%%%%
Pada aku dalam dunia ni ada dua jenis usaha.
1- USAHA YANG BETUL-BETUL USAHA
Usaha jenis ni usaha yang biasa la. Usaha yang memang nampak kau tengah usaha untuk dapat apa yang kau nak.
Contohnya, kau nak result yang baik.. kau ulangkaji, pergi tuisyen, buat latihan yang cikgu kasi, study group. Kalau kau nak body cantik, kau exercise, jaga pemakanan. Nak jadi igers yang disegani ramai.. kau sanggup meredah hutan nak amik gambar pemandangan yang lawa bakhang. Ataupun kalau kau nak jadi kaya sekaya Bill Gates, kau belajar elok elok supaya ilmu tu nanti kau boleh guna untuk realisasikan impian kau.
Itu.
Lepas kau dah usaha apa semua, tawakal, doa. Serahkan semuanya pada Allah.
2-USAHA YANG SIA-SIA
Usaha yang ni hmm.. Aku taktahu nak explain macam mana so aku kasi contoh:
Kau makan kismis berkilo-kilo untuk jadi pandai. Dari satu sudut yes, kismis memang bagus untuk kecerdasan minda. Memang terbukti. Tapi yang jadi masalahnya adalah bila kau makan kismis dengan harapan otak kau terus jadi sebijak Albert Einstein.
No.
Come to your senses, please.
Apa guna kau makan kismis 1kg/day kalau kau langsung tak study? Benda ni sama la macam esok kau final exam and all you only do is posting on socmeds "ESOK FINAL EXAM, DOAKAN SAYA DAPAT RESULT YANG CEMERLANG" tapi kau tak study. Lol??
Ramai mana pun orang yang doakan kau, it's nothing.
Kalau itulah yang kau katakan kau dah usaha sungguh-sungguh, maaf cakap, tapi awak punya sembang.. fergh gajah pun boleh terbang. Kencang giler.
Banyak lagi sebenarnya situasi yang kita boleh relate dengan usaha yang sia-sia ni, sedar tak sedar je.
Point aku kat sini ialah..
Semuanya kena bergerak seiring. Makan kismis tu pun salah satu usaha jugak sebenarnya. Tapi kau kena guna dengan cara yang betul la, bukannya makan mengkhinzir buta je. Doa, usaha, tawakal.. kena seiring.
Aku nak share satu quote yang aku terjumpa ni.
"Usaha tanpa doa, sombong. Doa tanpa usaha, kosong."
Ok geng, aku akhiri karangan 400 perkataan aku ni dengan ayat.. selamat makan tengah hari!
YOU ARE READING
T
RandomT stands for Tiha. Ini tempat seorang Fatiha ingin meluahkan segala 'unsaid thought'nya. Kerana dia merupakan seorang introvert yang lebih suka menulis buah fikirannya berbanding berbicara. P/S1: Bahasa pasar, rojak, bahulu+cookies, teh o ais+laici...