saat kau rasa dunia ini kau yang punya,
lupa siapa sebenarnya Yang Berkuasa,
bila mana kau sedang leka,
kau akan lihat kehancuran dunia
Puisi Ringkas | FR 2017
-----
Pernah tak kau tegur member orang yang buat salah, dia keluar lewat malam ke, pakai baju dedah sana sini ke.. Lepastu tetiba kau kena bash sebab tegur dia.
"Mind your own bussiness dude!"
Dan orang yang kau tegur tadi tu, diorang cakap kat dia..
"YOU GO GIRL!!"
"JUST DO WHATEVER YOU WANT!!"
Pernah tak?
Ataupun kalau benda ni tak jadi kat korang, pernah tak korang tengok situasi macam ni? Aku pernah, drama Twitter.
Entahlah.. Aku cuma rasa frasa "do whatever you want" tu tak boleh diguna pakai untuk semua situasi. Ada benda, kau boleh buat ikut suka hati kau. Upload video kau cakap english accent british contohnya. Benda tu tak salah, cuma annoying sikit la haha.
And ada sesetengah situasi, kau tak boleh buat ikut suka kau. Sebab kekadang.. benda yang kau buat ikut suka hati kau tu boleh menyumbang ke arah keburukan. Boleh menyebabkan sesuatu yang buruk berlaku.
Ada banyak contoh depan mata. Tapi tak ramai yang nak ambil iktibar.
Kenapa bila orang tegur, mesti guna ayat "hal aku kau tak payah sibuklah, kubur masing-masing kan?"
Kenapa bila ditegur jangan keluar lewat malam contohnya, kau cakap, "kau jangan kampung sangat boleh tak? ni zaman modenlah, kau nak balik pukul 4 pagi pun takpe."
Kenapa?
Apa salahnya kalau kau amik nasihat yang orang kasi? Atau orang zaman moden ni memang suka buat benda ikut kepala sendiri? Tanpa fikir baik buruk benda tu kepada negara, agama, dan diri? Bukan ke memang dah jadi tugas masyarakat untuk saling menasihati?
-----
Ni dikira rant ke? Aku sebenarnya taktahu macam mana nak terjemahkan fikiran aku dalam bentuk tulisan.
Oh ye.
Alang-alang tu, aku nak promote story baru aku kehkehkeh. Takdelah baru sangat hahaha cuma cerita tu merupakan versi baru Cinta Instafamous.
Snap!
Jemput baca geng hehehehehe
YOU ARE READING
T
RandomT stands for Tiha. Ini tempat seorang Fatiha ingin meluahkan segala 'unsaid thought'nya. Kerana dia merupakan seorang introvert yang lebih suka menulis buah fikirannya berbanding berbicara. P/S1: Bahasa pasar, rojak, bahulu+cookies, teh o ais+laici...