Tadi masa kelas geo ada presentation. Aku kumpulan 4 yang bermakna tadi ialah giliran kumpulan kami untuk membuat pembentangan.
Tajuk presentation kami tadi ialah Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar.
Masa bentangkan tadi, kawan baik aku yang bernama Neelofa dia cakap kejap baku kejap tak baku. Dan aku rasa benda tu kelakar.
Bila tiba turn aku untuk bercakap, aku tak boleh. Aku cakap sambil ketawa. Sebab aku masih tak boleh move on dengan benda yang aku rasa kelakar tadi. Jadinya, kawan baik aku yang bernama Mira Filzah terpaksa menghabiskan ayat aku.
Lepastu, adalah satu perkataan tu, 'gondol', dan aku ketawa lagi. Ye aku tahu perkataan tu tak kelakar pun, tapi pada aku.. Tak kelakar tapi entahlah aku tak tahu nak terangkan macam mana.
Lepastu ada lagi.. Kitorang sebenarnya ada skrip. Masa tu turn aku untuk cakap. Aku dah okay dah masa tu. Pastu tetiba dekat skrip tu ada typo 'kayu' jadi 'kaju'. Dan aku ketawa lagi.
Hampir sepanjang presentation tadi, aku ketawa. Aku boleh tahan ketawa masa Mira dengan Lofa bercakap. Tapi bila turn aku, ketawa tu macam nak meletup tak boleh ditahan. This is so embarassing tho.
I dont know why. Nak kata aku ada masalah bercakap di khalayak ramai, I dont think so. Sebab aku dah banyak kali masuk pidato, syarahan dan bercerita and it's going very very well. Aku rasa aku cuma ada masalah mudah terhibur yang sangat kronik. Penyakit mudah terhibur yang buatkan aku kelihatan gedik di mata orang lain. Tagune betul.
Jangan cakap aku tak cuba tahan ketawa tersebut. I tried. I tried so hard. But I just cant. Rasa dia macam belon yang dimampatkan, memang akan meletup.
Haha. Perumpaan apa aku guna ni?
Siapa ada masalah mudah terhibur macam saya?
Put your hands up! *sambil layan mv 2pm*
Appreciation post : Aku sebenarnya nak ucapkan infiniti terima kasih kepada neelofa dan mira filzah sebab sabar dengan perangai tak semenggah aku ni sejak tahun lepas lagi. Aqui té amo TAM ❤🌈
YOU ARE READING
T
RandomT stands for Tiha. Ini tempat seorang Fatiha ingin meluahkan segala 'unsaid thought'nya. Kerana dia merupakan seorang introvert yang lebih suka menulis buah fikirannya berbanding berbicara. P/S1: Bahasa pasar, rojak, bahulu+cookies, teh o ais+laici...