Demam Kdrama

520 76 91
                                    

Dulu masa zaman member-member dan sedara-sedara aku mengalami demam kdrama, aku rasa macam.... yatohan kenapa diorang ni.... bukannya best sangat pun oi.... sampai setiap hari nak tengok.... aku rasa macam, "weh cite melayu banyak kot, yang nak tengok kdrama tu jugak pasaipa?"

Ha gittew. Haha.

Sampailah satu hari tu, baru aku faham kenapa orang suka tengok drama korea. To be exact, 'satu hari tu' merupakan hari-hari lepas aku habis pt3.

Lepas habis pt3 selalunya ada program lepasan pt3 kan? Sekolah aku pun ada buat, tapi ada jadual dia je la, programnya tak jalan huhu. Yela, kawan aku cakap sebab bertembung dengan spm.. sebab tu program macam tak gerak sangat. Aku pun okay la, terus on off datang sekolah kahkah.

Long story short, lepas habis pt3 aku dah pasang angan-angan nak marathon The Flash daripada season 1 sampailah season 4. Tapi aku dapat tengok sampai season 2 je sebab web tu ada masalah oh my Barry Allen! So.. kawan aku yang merupakan peminat tegar kdrama suruh aku tengok Goblin.

And here we go.. Goblin ialah kdrama pertama yang aku tengok.

Mula-mula aku tengok kat tonton.com, tapi masa tu episod dia tak habis, so aku tengok kat newasiantv. Weh aku excited gilaaaaaaaa sebab yela, tu first time aku layan kdrama pastu best gila kot!!

Aku rasa aku tahu kenapa ramai yang minat kdrama ni. Ni pada pendapat aku la.

Sebab cerita dia all in one. Maksud aku, walaupun cerita tu bergenre romance, tapi dalam cerita tu ada pasal keluarga, alam pekerjaan, ekonomi sekarang, friendship, lawak.

Sesetengah cerita yang bergenre romance an, kalau watak utama dia lawyer.. lawyer tu gasak bercinta je, takde pun membela orang kat mahkamah. Tapi dalam kdrama tak, dalam kdrama dia tunjuk kat kita macam mana sesuatu kerja tu dibuat.

Contoh macam drama while you were sleeping, genres dia ialah romance, law, supernatural.

Melalui cerita tu, aku dapat tahu serba sikit macam mana kerja lawyer, macam mana kerja pendakwa raya, apa perasaan orang dituduh yang sebenarnya tak bersalah, tahu macam mana kerja reporter.

#HanWooTakCute 

Ni baru betul kita panggil emotion roller coaster. Sedih, gembira, kelakar, marah..

All in one.

And lawak dia boleh tahan kelakar, bukannya try hard +hambar macam dalam cerita LMGG. (aku geram betul dengan cite ni. aku beli cd mahal kut, sekali tengok cam haramm. aku tak tahu la ada sama aku yang tak mudah terhibur atau memang tak kelakar, geram aku. siapa boleh teka LMGG ni cerita apa? hint: filem melayu pasal gengster)

Jadi yes. Tulah sebabnya kenapa aku kagum sangat dengan kdrama ni.

Plus, pelakon-pelakon diorang eye-candy dooooo hahahahaha.


Kdrama apa lagi yang best eh? Drop your comment!

Setakat ni aku dah tengok.. Goblin, Descendant of the sun (#songsongcouple !!!!!!!!), legend of the blue sea, while you were sleeping, weightlifting fairy kim bok joo (nam joo hyuk comel gila do), ha tu jelah. 

#donebebel #demamkdrama #adanampakmamihappydahlapuk #dramaaddict

Gerak luuuu pape roger (sila baca dengan intonasi Danny Malaysia hahah)

TWhere stories live. Discover now