Aku ada satu tabiat yang aku rasa agak pelik.. Sebab rasanya dalam kelas aku, aku satu-satunya manusia yang bertabiat sebegitu.
Bila cikgu membe.. Hm maksud aku mengajar, aku dengar dengan tekun. Yela, nak jadi pelajar cemerlang kan? Huhu. Tapi bila tiba satu tahap di mana aku rasa ngantuk gila, ataupun aku rasa macam dah hilang tumpuan, aku akan..
Senaraikan nama watak-watak dan pelakon-pelakon cerita yang aku minat serta lukis bunga 4 kekadang 5 lima kelopak beberapa ketul. Selalunya aku conteng kat buku teks (#sayasayangbukutekssaya), sticky note takpun apa-apa kertas yang aku jumpa atas meja aku.
Dah jadi satu tabiat. Dan tabiat tersebut pada aku agak pelik. Tabiat pelik yang comel. Hahaha ye jangan buat muka menyampah, sayer acah-acah je.
Marila kongsikan bersama saya tabiat pelik yang comel anda!
YOU ARE READING
T
RandomT stands for Tiha. Ini tempat seorang Fatiha ingin meluahkan segala 'unsaid thought'nya. Kerana dia merupakan seorang introvert yang lebih suka menulis buah fikirannya berbanding berbicara. P/S1: Bahasa pasar, rojak, bahulu+cookies, teh o ais+laici...