Pengawas

1.2K 169 86
                                    

Aku tak ada isu pun dengan pengawas sekolah sebenarnya. Aku pernah jadi pengawas sekolah masa sekolah rendah dulu. Dan pernah dilantik jadi penolong ketua pengawas (bukan riak). So yeah, aku respect semua orang yang dilantik jadi pengawas.

Pengawas tulis nama aku sebab pakai skaf hitam. Takpe.

Pengawas bagitahu guru disiplin ada budak bawak phone pergi sekolah. Takpe.

Pengawas suruh aku diam dalam kelas. Takpe.

Pengawas tangkap kawan baik aku ponteng kelas. Takpe.

Takpe. Aku tahu diorang cuma menjalankan tugas. Diorang bukan saja-saja tangkap orang. Itu semua atas dasar tanggungjawab. Aku faham, sebab macam yang aku cakap tadi, aku pun pernah jadi pengawas.

Tapi.. Bila pengawas berperangai serupa mawas..

Tu aku tak boleh terima.

Kau tulis nama orang yang tak ada nametag, dalam masa yang sama kau sendiri tak pakai nametag, siap tak ada lencana lagi.

Kau mengadu, "Cikgu, Farisya bawak phone pergi sekolah. Kita buat spotcheck eh cikgu?" And say what.. Kau sendiri bawak phone berserta earphone.

Kau rampas bedak akak-akak retis sekolah tapi kau biarkan your-so-call-bestfriends terlepas sedangkan diorang semua bawak gincu, makeup, pemerah pipi, minyak wangi, bla bla.

Kau suruh budak kelas kau senyap while on the other hand.. Kau ketawa mengilai macam orang tak waras.

Kau sendiri langgar segala macam peraturan sekolah and kau expect kau akan dihormati sebab pegang title pengawas?

Uh no, dude please.

Pengawas dibenci, dimaki, tak dihormati, tak disanjung bukan sebab pengawas tangkap orang yang melakukan kesalahan. Tapi sebab pengawas tu sendiri yang langgar peraturan.

You tell me, macam mana budak-budak biasa macam kami nak follow the rules kalau pengawas harapan para guru pun break the rules?

Jadi pengawas tu samalah macam kau jadi polis. Kalau polis sendiri mencuri.. Kau expect apa? Rakyat jadi alim semuanya buat kerja yang halal?

Fikirlah.

Pengawas bukan sekadar jawatan dalam sekolah untuk dapat markah koko yang tinggi.

Pada aku, bila jadi pengawas tu maknanya cikgu-cikgu semua memang percaya gila kat kau. Pengawas merupakan satu tanggungjawab yang besar bilamana kau kena tegas menjalankan tugas walaupun terpaksa menulis nama kawan baik sendiri di dalam buku rekod disiplin.

Pengawas tu satu jawatan yang hebat.

Kalau kau rasa kau tak ada ciri-ciri seorang pengawas, please dont be one.

Jangan sebab kau seorang pengawas yang macam haram, semua pengawas tak dihormati. Sekian, aku habiskan bebel aku ni dengan peribahasa 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.

#doneceramah pada 5 Ramadone ini.




TWhere stories live. Discover now