Awak kat mana?
Awak awak kat mana?
Ditanya-tanya lagi..
Awak kat mana? Awak awak kat mana?
Tapi, tak. Tu Taufiq Batisah yang tanya, bukan aku. Aku cuma nak tanya.. Adab kat mana?
It is so disappointing to see our people nowadays. Adab ke laut entah-entah laut pun taknak terima.
Sedih weh. Tak kira tua atau muda. Dua dua sama je. Tak semua tapi kebanyakannya begitu.
Like.. Bila bercakap kau buat orang lain macam tak ada perasaan. Gurau dengan bukak aib dah tak tau beza. Maki orang je memanjang.. Bila ditegur "im being sarcastic okay".. Yeah right. Sarkastik jela setiap masa kau bukak mulut.
Tu baru sentuh pasal pertuturan. Belum lagi pasal perbuatan.
Lagi sedih.
Haritu masa aku pergi kedai phone. Aku tengah duk tunggu phone aku siap transfer data masa tu. Pastu adalah sorang pakcik tu datang dengan family dia apa semua. Dia beli phone ke betulkan phone ke.. Aku tak kisah. Aku tak nak amik kisah pun.
Tapi tetiba aku jadi berminat nak amik kisah.
Dia bayar kat aunty kedai phone tu dan pada aku cara dia kasi duit tu agak kurang ajar. Dia macam menghempas (?) duit tu atas meja. Like deyyyy pakcik tak boleh ke kasi duit tu elok-elok?
Hulur duit tu dengan cara yang elok.
Ataupun kalau pakcik alim sangat takut tangan bersentuh, letak duit tu atas meja elok-elok boleh kan?
KENAPA MESTI KASI DUIT MACAM ONGKAYE SANGAT, ORANG KAYA PUN TAK BUAT MACAM TU LA.
Just why..
Pernah tak kau nampak macamana orang cina/india hulur duit kat orang lain? Diorang hulur with respect. Takdenya hulur baling-baling gitu. Come on ah, respect.
R E S P E C T.
(maaf, saya tak berniat nak membangkitkan semangat asabiyyah ataupun racism. tapi mengikut apa yang saya nampak, that's it.)
Kalau teenagers takyah citelah.. Kekadang dengan cikgu pun tak hormat. Siap cakap,
"Si^^ la kasi homework banyak-banyak. Han*t punya ___________"
Dia sebut nama je weh. Cikgu kat depan tu hilang tah mana.
Weh adab weh adab..
Makin moden, makin berilmu, patutnya makin beradab. Tapi ni lain pulak jadinya. Perit telinga bila dengar. Tapi itulah hakikatnya.
Hakikat mengecewakan yang perlu kita terima. Dan perbaiki mana yang kurang.
Aku bukan cakap orang lain je. Aku bercakap ni untuk aku jugak. Kita sama-sama muhasabah diri. Ingat benda ni.
Kau tak pandai takpe, asalkan kau beradab.
"Good manners are just a way of showing other people that we have respect for them."
YOU ARE READING
T
RandomT stands for Tiha. Ini tempat seorang Fatiha ingin meluahkan segala 'unsaid thought'nya. Kerana dia merupakan seorang introvert yang lebih suka menulis buah fikirannya berbanding berbicara. P/S1: Bahasa pasar, rojak, bahulu+cookies, teh o ais+laici...