Bab 1(first meet)

20 3 0
                                    

Beberapa tahun sebelumnya...

Seorang gadis sedang menyusun kek di rak pameran kaca sementara menanti pelanggan masuk ke bakeri maksu Zura,sambil sambil itu matanya memerhatikan luar kedai.

Sedang matanya ralit memerhati orang yang lalu lalang pada petang itu, tiba-tiba anak matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang yang amat menarik perhatiannya. Dia leka memerhatikan Daniel sehinggakan dia tidak sedar maksunya berdiri dibelakangnya.

"Ehem! ", maksu berdehem untuk menyedarkan anak saudaranya yang dilihatnya begitu asyik merenung keluar dinding kaca.

"Eh maksu",Melissa yang terkejut dengan deheman maksunya pantas menoleh ke belakang. Dia pantas mengurut dadanya untuk menstabilkan kembali nafasnya yg tidak teratur kerana terkejut.

"Ish!Apa maksu ni, terkejutkan Mel je. Nasib Mel xde sakit jantung. ",rungut Mel sambil membuat muncung itiknya. Tapi hanya untuk seketika kerana malu dilihat orang gelagatnya yang agak kebudak-budakkan.

"Sebab maksu tahu Mel xde sakit jantung lah maksu buat macam tu."Balas maksunya sambil matanya melilau ke luar dinding kaca utk mencari apakah yg menarik perhatian anak saudara kesayangannya itu.

"Mel pandang apa sampai nk tembus dinding kaca tu maksu tgk? ",tanya maksu kehairanan melihat gelagat Melissa.Dia tidak menemukan apa-apa yang menarik perhatiannya di luar sana.

"Tak tengok ape pun. Maksu buatlah kerja maksu. Mel nak kemaskan balik susunan kek ni",mata Melissa kembali memandang luar untuk mencari susuk tubuh lelaki itu namun hampa apabila lelaki tersebut telah tiada.

Maksu berjalan menuju ke kaunter sambil sesekali menjeling ke arah Melissa yang berada di tempat pameran kek. Dia perasan wajah Melissa kelihatan hampa apabila melihat kembali ke luar bakeri.

Melissa memusingkan badannya untuk pergi ke kaunter namun dia terkejut melihat lelaki yang dilihatnya berada diluar telah berada di dalam bakeri maksunya.

Melissa pantas berjalan menuju ke arah makciknya di kaunter. "Maksu, dh amik order lelaki tu?",tanya Melissa sambil mencuit lengan maksunya sebelum jarinya menunjuk kearah Daniel.

"Belum. Mel pergilah. ",arah maksu setelah menoleh sebentar ke arah yang ditunjukkan Melissa lalu menyambung tugasnya mengemas kaunter.

Melissa melangkah ke arah lelaki tu untuk mengambil pesanan. Ditangannya sudah siap sedia pen dan buku kecil untuk menulis pesanan.

"Nak order ape encik?" Melissa tanpa memandang Daniel sebaliknya memandang buku pesanan ditangannya.

"Oreo cheesecake dengan fresh orange satu.That's all. "ujar Daniel tanpa memandang wajah Melissa. Dia leka dengan telefon bimbitnya.

"Ok .Sila tunggu sebentar. ",Melissa berlalu ke arah kaunter untuk menyerah kan pesanan Daniel kepada maksunya untuk menyediakan pesanan tersebut sebelum dia menghantar pesanan itu.

"Mel, nah. Pergi hantar dekat lelaki tdi. ", maksu menyerahkan dulang berisi pesanan Daniel kepada Melissa. Melissa berjalan dengan berhati hati ke arah Daniel kerana tidak ingin pesanan yang dibawanya terjatuh.

"This is your order sir. Enjoy it",Melissa meletakkan kek dan air tersebut diatas meja.Dia memandang sekilas ke arah Daniel kelihatan ralit dengan telefon bimbitnya.

"Terima kasih",ucap Daniel sambil memandang Melissa. Jantungnya berdegup kencang apabila melihat Melissa. Dia tidak pernah melihat Melissa di bakeri itu sebelum itu. 'Mungkin pekerja baru'desis hatinya. "Excuse me? " , tegur Daniel tiba². "Awak pekerja baru ke?Sebab saya bru nmpk awak harini. sblm ni xnmpk pula", soalnya sambil memandang Melissa yang sedang berdiri dihadapannya.

He's My DestinyWhere stories live. Discover now