Ogos 2017...
Daniel pulang ke rumah family nya yang terletak di Villa Impiana pada hujung minggu itu kerana dia sudah lama tidak pulang ke rumah ibu bapanya sejak kebelakangan ini kerana terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai pilot yang asyik kena fly sana sini. Dalam seminggu pun belum tentu ada cuti sehari.
“Umi...”,seru Daniel sambil melangkah menghampiri ibunya yang sedang duduk di sofa menonton rancangan keagamaan yang disiarkan di tv Alhijrah pada petang itu.
“Ye Luq. Ada apa? ”,tanya umi Dahlia seraya menjeling sekilas kearah satu-satunya anak lelaki tunggal di dalam keluarga itu. Dia amat mengambil berat tentang Daniel setelah kematian suaminya sebaik sahaja Daniel memulakan tugasnya sebagai pilot AirAsia kerana Daniel lah yang menanggung mereka sekeluarga.
“Luq rasa Luq dah jatuh cinta lah umi.”, ujar Daniel setelah menghenyakkan punggungnya ke sofa. Dia bersandar dibahu uminya. Daniel memang manja dengan uminya berbanding dengan Arwah abahnya, Encik Lutfi.
“Anak kesayangan umi ni jatuh cinta ngan sape?Cuba bagitahu umi.”,Umi Dahlia ingin mencungkil rahsia hati anak lelaki kesayangannya.
“Dengan seorang gadis.Cantik.Manis berhijab.Nama dia Melissa.Luq kenal Mel kat bakeri tempat Luq selalu pergi tu umi.Rupanya bakeri tu maksu dia punya”, cerita Daniel dengan ceria sambil tersenyum.
“Pandai anak umi pilih wanita untuk jatuh cinta. Nanti bawaklah Daniel jumpa dia.”, umi Dahlia mengusap ubun- ubun Daniel. Dia memanjakan Daniel yang sudah jarang pulang kerumah kerana sibuk dengan urusan kerja.
“Mestilah lah pandai. Tengoklah anak siapa. Nanti Luq bawak umi jumpa Mel ya.”, Daniel memandang wajah ibunya sekilas lalu mata nya kembali fokus menonton rancangan keagamaan yang sedang disiarkan.
“Anak umilah.Daniel cuti brape lama?”,Tanya umi Dahlia. Dia tahu cuti Daniel tak lama. Paling lama pun seminggu rasanye. Biasalah tugas sebagai pilot. Mne nk duduk atas tanah lelama. Asyik fly aje kerja nya.
“Tak tahu lagilah umi. Ni pun dah 3 hari cuti. Tunggu boss call suruh fly je.”Daniel menjawab ringkas. Banyak yang ingin diceritakan kepada umi Dahlia namun dibatalkan hasrat itu. Daniel lebih selesa bercerita pada waktu malam.
Sedang mereka berborak sambil menonton televisyen, tiba-tiba pintu utama dibuka. Mereka berdua menoleh serentak ke arah pintu. Adiknya, Dianna rupanya yang membuka pintu. Baru pulang drpd U. Tahun ini tahun terakhir adik nya di UiTM.
“Assalamu'alaikum, ”ujar Dianna seraya berjalan ke arah umi Dahlia dan abangnya. Dia menyalami mereka berdua.
“Aik abang, baru nampak muka. Selalu jarang balik sini jenguk kami”,perli Dianna sambil menjeling abangnya.
“Baru sempat baliklah. Haritu abang fly g London. Dalam 5 hari rasanya.“,Daniel memberitahu adiknya tentang flight nya yang lalu. Dia mengangkat keningnya supaya adiknya jealous.
Dianna membuat muka menyampah dengan abangnya. ‘Tahulah dia slalu fly ke luar negara. ’, Getus nya. Dia memandang wajah abang nya seraya berkata“So, mana present nya? Kata fly g London. Xkan xbli apa² untuk kitorang.
“Mestilah ada. Tp nanti mlm lepas mkn malam abang kasi. And kau g mandi dlu lah dik.Busuk lah”, Daniel menutup hidungnya dengan tangan seperti adiknya benar-benar berbau. 😂😂
“Abang ni jahat lah. ”,rengus Dianna seraya bangun dan menapak naik ke tingkat atas. Kakinya dihentak hentakkan kerana geram dengan abangnya yang seorang itu.
“Mandi biar wangi takut takde lelaki yang nak kat adik nanti”,laung Daniel. Dia memang suka mengusik adiknya yang seorang itu. Uminya hanya mampu menggelengkan kepala melihat karenah anak anaknya yang dah besar panjang tapi perangai macam budak-budak. Asyik nak bergaduh je kerjanya.
YOU ARE READING
He's My Destiny
RomancePertemuan demi pertemuan mencambahkan benih2 cinta ke dalam hati mereka. Mereka mengikat cinta mereka dengan pernikahan. Ketika anak mereka berusia 3 tahun,sang suami pergi meninggalkan anak isterinya tanpa berita.