Daniel berbaring diatas katil kingnya didalam biliknya sambil merenung kipas yg berpusing di siling. Dia mengimbas kembali memori indahnya bersama Melissa. Dia xdapat menafikan yang hatinya sudah terusik sejak kali pertama dia dia melihat Melissa. Hati yang telah terusik semakin lama semakin menimbulkan bibit² cinta didalam hati Daniel. Melissa seolah olah mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang membuatnya ingin sentiasa berada dekat dengan Melissa. Daniel yakin dia telah jatuh hati pada Melissa, gadis manis berhijab yang ditemuinya di Sweet Love Bakery, tempat kegemarannya.
Daniel menyeluk poketnya lalu mengambil iPhone 13PM.Dia membuka galeri dan melihat gambar-gambar Melissa yang diambilnya secara senyap. Dia tersenyum sendiri merenung foto gadis itu yang sedang tersenyum lebar ketika menerima hadiahnya. Gadis itu kelihatan ayu dengan blouse berwarna pink pastel dipadankan dengan seluar slack hitam digayakn pula dengan shawl berwarna sedondon dengan bajunya. Dia amat menyukai gambar tersebut. Daniel membuka akaun Instagramnya memuat naik gambar tersebut bersama caption Goodnight my love. Sleep tight. Dia mengetag gadis tersebut. Dia tersenyum seorang diri melihat gmbr yang baru dimuatnaik di Instagram miliknya.
Melissa Melissa, kenapa kau begitu menarik pada pandangan aku hingga membuat hatiku ini tertawan dengan mu? , bisiknya sendirian.Dia menekan lock button pada iPhone miliknya seraya memejamkan matanya dan dia tertidur memikirkan Melissa.
"I Love You Mel,ujar Daniel seraya menyarungkan cincin ke jari manis Melissa.
Melissa terbangun dari tidurnya gara² dia bermimpi dilamar oleh Daniel. Tangan nya tergapai-gapai mencari iPhone 13 mini yang diletakkan di meja sisi didalam gelap .Setelah tangannya berjaya menggapai telefonnya, dia menekan home button untuk melihat jam. Dah kul 5:45 ㏂ rupanya. Baik aq g mandi lepastu solat, desisnya sendirian. Melissa segera bangkit dari katilnya menuju ke kamar mandi untuk membersihkan dirinya lalu mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.
Selesai sahaja menunaikan solat subuh,Melissa segera bangun lalu menuju ke dapur ditingkat bawah untuk menolong ibunya menyiapkan sarapan.
Morning ma! ,sapa Melissa seraya mencium pipi mamanya. (Morning kiss gitu)
Morning Mel.Dah bangun rupanya anak kesayangan mama ni,Puan Mastura membalas sapaan Melissa sambil tersenyum. Dia meneruskan aktiviti memasak mee goreng basah kegemaran Melissa.
Emm... Sedapnya bau. Xsabar nak makan. Mama nk Mel tolong x?,Melissa mencium aroma mee goreng hasil air tangan mamanya.
Tolong buat air untuk papa kamu,Puan Mastura mengerling sekilas ke arah Melissa yang berada di kaunter dapur.
Tangan Melissa lincah membancuh air Nescafe untuk papanya. Dia merasa sedikit air tersebut sebelum dihidangkan di meja makan. Kemudian mengambil susu kotak dari peti sejuk untuk dirinya dan mamanya sebelum dituang kedalam gelas yang sedia ad di meja makan.
Dia mendaki tangga menuju ke tingkat atas untuk memanggil papanya turun breakfast bersama tanpa disuruh oleh mamanya kerama itu memang rutin Melissa setiap pagi untuk memanggil papanya turun makan.
💕💕💕💕💕💕💕💕💕
💕💕💕💕💕💕💕Puan Mastura sibuk menghidang sarapan pagi supaya suami dan anaknya terus makan tanpa perlu menunggu dia menghidangkan makanan setibanya mereka berdua dari tingkat atas.
Emmm.. Sedapnya bau mee goreng sayang. Sampai ke atas abang bau., puji suaminya, Encik Airel membuatkan Puan Mastura yang sedang mencedokkan mee ke dalam pinggan tersipu malu.
Melissa segera melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. Dia berpura pura tidak nampak aksi sweet diantara ibu bapanya. Dia terus menyuap mee goreng yang telah dicedokkan oleh mamanya ke dalam mulut selepas membaca doa makan.Melissa meneruskan suapan tanpa mengendahkan ibu bapanya itu. Lantak dioranglah nk bersweet ke ape ke yang penting aq tgh lapar.'getusnya didalam hati.
YOU ARE READING
He's My Destiny
RomancePertemuan demi pertemuan mencambahkan benih2 cinta ke dalam hati mereka. Mereka mengikat cinta mereka dengan pernikahan. Ketika anak mereka berusia 3 tahun,sang suami pergi meninggalkan anak isterinya tanpa berita.