Kelihatan seorang wanita sedang merenung laut yang terbentang luas. Disitulh tempat dia dilamar oleh seorang lelaki yg kini telah bertakhta di hatinya. Lamunannya terhenti apabila ad suara budak yang memanggilnya.
"Mummy!!"jerit seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia 4 tahun sambil berlari ke arah ibunya.
"Ye sayang. Nak apa?"tanya wanita itu sambil menoleh lalu mencangkung menatap wajah anaknya.
"Daddy mana?",tanya nya dengan petah. Dia merenung wajah ibunya meminta jawapan.
"Daddy kerja sayang", tangannya mengusap wajah polos anak lelakinya. Dia sedaya upaya menahan air mata nya daripada mengalir. Dia tak sanggup berterus terang dengan anaknya tentang ayahnya yg tiba-tiba hilang tanpa memberitahu khabar kepada keluarga mereka.
"Setiap kali Fiqri tanya mesti mummy kata daddy kerja. Daddy kerja kat mana mummy sampai xjenguk kita?",mulut kecilnya yang petah berkata kata membuat ibunya terdiam sejenak.
Si ibu terdiam merenung wajah si kecil sambil otaknya ligat berfikir alasan yang boleh diberikan kepada anaknya. Sayu hatinya melihat anaknya membesar tanpa belaian kasih sayang seorang lelaki yang bergelar bapa. Hati ibu mana yang xterusik apabila anak sendiri terus terusan bertanya tentang keberadaan ayahnya yang langsung tidak diketahui.
"Daddy kerja jauh sayang. Daddy kerja kat luar negara. Tu yang daddy sibuk sangat sampai xsempat nak jenguk kita",jawabnya sambil matanya memandang sang suria yang ingin melabuhkan tirainya. Dia tidak memandang wajah anaknya kerana takut air mata yang sedaya upaya ditahan drpd mengalir gugur dihadapan anaknya.
YOU ARE READING
He's My Destiny
RomancePertemuan demi pertemuan mencambahkan benih2 cinta ke dalam hati mereka. Mereka mengikat cinta mereka dengan pernikahan. Ketika anak mereka berusia 3 tahun,sang suami pergi meninggalkan anak isterinya tanpa berita.