Tempoh seminggu perkenalan sudah cukup untuk membuatkan mereka semakin rapat dan mesra. Mereka telah menjadi kawan baik.
Setiap kali Daniel berkunjung ke bakeri maksu Zura, pasti Melissa akan menemaninya berbual walaupun sebentar. Mereka akan saling berkongsi cerita, bergelak ketawa sehingga menjadi tumpuan pengunjung lain.
"Mel,Isnin minggu depan aq kena fly g Jepun seminggu. Kau nak kirim pape x?",Daniel memandang Melissa sekilas lalu kembali memandang telefon bimbitnya.
"Takde kot.Bli jelah pape yang menarik.",kata Melissa selepas berfikir sejenak seraya memandang Daniel yang sedang bermain game di IPhone nya.
"Ok. Anything for you my dear. "Daniel mengenyitkan matanya lalu menayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi.
"Sape kau punya dear? Ke kau sebut deer?",Melissa mengangkat keningnya sebelah.Dia menahan tawanya dripada terlepas.
"Aku sebut dear. D. E. A. R. Sape dear aku ea?Kau lah dear aku.sape lagi.",Daniel mempamerkan senyuman manisnya yang mampu mencairkan hati setiap gadis yang melihatnya namun bukan Melissa. Melissa makin menyampah adalah.
"Sejak bila entah aq jadi dear kau",soal Melissa dengan nada menyampah. Dia membuat muka meluat mendengarkan statement Daniel itu.
"Sejak tadi lah",Jawab Daniel lalu menghamburkan tawanya sehingga menarik perhatian pengunjung yang duduk berhampiran mereka.
"Sorry sorry. Teruskan aktiviti anda",Daniel meminta maaf sambil membuat tidak bersalah siap boleh tersengih macam kerang busuk.
"Xreti control betul. Buat malu je,"kata Melissa sambil berpura pura bermain telefon. Dia malu kerana Daniel gelak tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Yang malunya dia bukan Daniel. 'Daniel memang xtahu malu', kata nya dalam hati lalu tergelak kecil tanpa sedar mengundang 1001 pertanyaan di benak Daniel menyebabkan Daniel memandang pelik ke arah Melissa.
"Apa pandang-pandang? ",tanya Melissa dengan gaya gangster. Acah2 gangster gitu.Melissa memberi jelingan maut kepada Daniel.
"Takde ape takde ape. ",balas Daniel gelabah kerana menerima jelingan maut Melissa. Dia berpura-pura bermain game di smartphone nya.
"Woi minah! Jangan rindu aq tau time aq xde nanti",usik Daniel sambil tersenyum nampak gigi mempamerkan lesung pipit di kedua dua belah pipinya.
"Ape minah2!Tak hingin aku nak rindu kau. Buang masa je tahu x. BUANG MASA. ",Melissa menekankan perkataan buang masa untuk menunjukkan dia tak suka tapi sebenarnya dalam hati ada taman. Dia terpukau dengan senyuman Daniel yang menampakkan lesung pipit. Pertama kali Melissa melihat lesung pipit Daniel .
"Weh pakcik! Sejak bila kau ada lesung pipit? Aq xpernah perasan pun",tanya Melissa sambil memerhatikan wajah Daniel dengan teliti.
"Aq yang handsome ni kau panggil pakcik. Memang xpatut betul. Aq mmg ad lesung pipit sejak azali. Hoho. Kau je yang xperasan. Kesian. Mesti bertambah kekacakan aq kan bila kau dh perasan? Well I know.",jawab Daniel dengan bangga nya sambil memuji diri sendiri. Dia tersengih sengih mempamerkan gigi putihnya.
"Perasan betul. Masuk bakul angkat sendri lah kau ni. Menyesal aku tanya. Tu baru aq tanya kalau aq puji sah perasan xsudah. Kembang hidung. Haha", perli Melissa sambil ketawa. Dia ketawa control ayu.
"Nak gelak, gelak je lah xyah nk control ayu. Menyampah aq tengok. ", Daniel membuat muka annoying.
"Hello! At least aq bukan macam kau ketawa tak ingat dunia", perli Melissa lagi. Dia memberikan senyuman sinis kepada Daniel.
YOU ARE READING
He's My Destiny
Любовные романыPertemuan demi pertemuan mencambahkan benih2 cinta ke dalam hati mereka. Mereka mengikat cinta mereka dengan pernikahan. Ketika anak mereka berusia 3 tahun,sang suami pergi meninggalkan anak isterinya tanpa berita.