"Dia periang." -hasya medina.
Hasya medina p.o.v.
Aku 16 tahun
"Beb. Kau kenal tak dia tu?" Sepupu aku thaqifah yang dipanggil thaqy menyenggol siku aku.
"Tak. Sape tu." Aku melihat lelaki yang ditunjuk oleh thaqy. Ramai...
"Dia tulah Fiqrash Daniel denton! Denton wey." Dia menyuap nasi dihadapannya. Ya. Kami di dewan makan. Dewan makan MRSM ni campur laki perempuan. Cuma lelaki dibahagian hadapan dan perempuan di belakang. Sinki kami pula berada ditepi dewan makan dan dipisahkan oleh dinding untuk lelaki dan perempuan.
"Apa yang dentonnya?" Aku tengok mamat tu. Putih berbanding kawan2 dia yang lain. Tapi ade lah jugak kawan2 dia yang putih. Muka dia nampak kacukannya.
"Kacukan wey! Maq dia melayu. Bapaq dia american. Hensem maq oi.. mata bighuu..." dia menggoyangkan bahu aku dengan teruja.
Aku tahulah. Boleh nampak kot..
"Hoi! Hoi! Aku nak makan ni. Oh. Mamat ni lah yang budak2 dok kecoh tuu.." aku terus memerhati si fiqrash tu yang sedang mencuci tangannya dan bergelak ketawa dengan rakannya.
"Hmm.. tapi aku tak minat dia sangat. Jambu! Eh kau ni! Kunolah takkan tak kenal dia kot." Dia menghabiskan makanan di pinggannya.
"Agaklah. Aku baru masuk kot skolah ni. Takkan boleh terus kenal semua orang. Cuba otak letak kat kepala." Aku jeling dia dan habiskan makanan aku.
Dia sengih. Apabila kami pandang depan fiqrash tu dan rakan2nya tengah diri dekat jugaklah kat bahagian perempuan. Dan ye. Meja kami paling depan kat bahagian perempuan. Bukan batak eh. Meja lain dah penuh.. duduk jelah meja berpuaka ni.. percayalah.. duduk sini memang akan ade lelaki yang perhati. Aku kisah ape. Thaqy pon jenis yang mesra alam jugak ngan budak laki. Aku je yang tak berapa nak mesra.
Budak2 laki tu sengih terhadap kami. Dan mendekati kami. Ah sudah! Thaqy lah ni.. pergi cakap kuat2. Kan diaorang dah perasan. Aku dah nervous terus bangun angkat pinggan dan ingin blah diikuti thaqy. Tapi...
"Eh2. Jap. Awak berdua ni ade masalah ke dengan kami. Minat?" Tanya fiqrash dengan berani setelah menahan aku dari pergi ke sinki.
Eh-eh mamat ni. Tahulah hensem. Aku pandang dia sambil berkerut.
"Gila!" Aku terus jalan pergi ke arah sinki dan thaqy dengan selambanya senyum2 kat kawan fiqrash lalu ikut aku. Budak2 laki itu tergelak tengok fiqrash yang tersengih2. Dan mereka berlalu pergi.
Setelah itu.. kami berjalan pulang ke aspuri.
"Wey. Kau tengok fiqrash tu.. happy je kan." Thaqy mulakan perbicaraan.
"Bolehla.. asal?" Aku pandang dia.
"Abang dia baru meninggal minggu lepas." Kata thaqy selamba.
Kaki aku terhenti. Meninggal?
"Tapi kenapa cepat sangat dia bahagia?" Aku tanya thaqy terkejut.
"Entah. Tapi dia memang berbahagia selalu. Yang pasti aku tahu dari kaki gosip sekolah ni. Dia tu memang sedihlah hidupnya. Bapak meninggal time f.2 . Mak kandung kawen lain. Pastu halau diorang. Abang meninggal minggu lepas. Tapi... betul ke tak aku tak tahu." Dia berjalan mendahului aku.
Hmm.. aku rase kesian.
Malam tu.. lepas prep. Aku malas nak pergi dewan makan. Malas nak makan. Aku berjalan kearah taman asrama yang memang dilarang ketika malam. Haha. Sukahati akulah nak pergi mana. Nak larang2 pulak. Ni kalau depan cikgu siti ni.. memang kene sembur baik punyalah dari guru disiplin itu. Nasib dia tak jadi warden asrama. Kalau dia jadi warden asrama. Aku orang first pindah sekolah. Dia punya garang.. singa pun takut. Aku tak tahulah hidup anak dia macam mana. Kesian. Aku duduk di satu meja konkrit sambil menongkat dagu. Sinilah tempat aku berangan sorang2.
YOU ARE READING
Happy As Always.
Random"Stop!" - Hasya medina "Why?" - fiqrash daniel. "Just stop! Kau hanya akan buat aku jatuh cinta terhadap kau." - hasya medina "Kalau macam tu. Aku takkan berhenti" - fiqrash daniel Bila hati yang sentiasa dijaga.. tidak pernah dihancurkan.. terpelih...