☆ 6 ☆ gossip bodoh.

70 1 0
                                    

"Hasya.. dia menarik perhatian." - fiqrash daniel.

Fiqrash daniel p.o.v.

Aku 17 tahun.

Ap.. apa.. aku menatap wajah detektif hariz depan mata. Dia menundukkan kepalanya setelah menceritakan apa yang berlaku. Allahu. aku tersengih. Tak.. faheem.. memang macam tu. Nyawa orang lain lagi penting daripada nyawanya.

"Aku koma 3 hari dan aku cari kau merata tapi kau dah pindah. Sampai aku cari kau ke sini. Abang kau tinggalkan surat. Dia amanahkan aku untuk jage kau. Tapi.. aku tak sampai hati nak jumpa ngan kau. Aku tukar tempat kerja dan perhati kau dari jauh. Aku minta maaf." Dia jelaskan lagi.

Aku tersenyum.

"Tak apala.. saya faham. Faheem memang macam tu. Saya redha." Hatiku kembali tenang.

Aku telah menetap dengan si hariz setelah dibebaskan dari sini. Hahaha. Rase kelakar pulak bila ada abang baru. 😂

●●●

Hasya medina p.o.v.

Aku 16 tahun.

Kecoh satu sekolah pasal fiqrash. Cikgu hamizan ditangkap. Fiqrash pulak dah balik ke sekolah. Dan macam biasa dia gembira seperti selalu. Dan.. aku malas nak ambil tahu pasal dia.

Bulan november.

Esok hari terakhir aku di sekolah ni. Budak f.5 dah mula peperiksaan SPM. Dan tinggal budak f.4 sahaja yang belum pulang ke rumah. Budak form lain dah lama balik. Kami ade kelas tambahan untuk persediaan SPM pada tahun hadapan.

Malam itu.. setelah pergi supper. Aku ke taman sekolah. Ambil angin.

"Assalamualaikum." Seseorang memberi salam. Dan aku amat kenal lelaki itu. Aku menjawab dalam hati dan terus melangkah pergi.

"Terpikir lagi pasal hari tu.. aku dah minta maafkan." Fiqrash berkata. Kakiku terberhenti. Aku menutup mata apabila peristiwa haritu bermain di kepalaku. Eiii mamat mata biru nii. Jangan ganggu hidup aku laaa.. haisy.

"Aku tak ada cakap pon yang aku tak maafkan." Aku terus berlalu pergi. Dia hanya berdiri di situ.

Aku sampai di dorm.. ya Allah.. peristiwa hari itu buat aku rase nak hantuk kepala dekat dinding.

●●●

Flashback. 3 minggu yang lalu. Di library.

"Kau minat dia?" Tunjuk theiqy terhadap umair penolong multimedia sekolah di meja belakang kami.

Aku geleng.

"Habis. Kau minat fiqrash?" Tanya dia sambil tunjuk fiqrash di rak buku palling belakang. Tak tahulah dia buat apa.

"Kau memang datang sini nak cuci mata je eh?" Aku menyoal dia. Dia tergelak.

"Ade tak orang bagi kau surat ke ape ke? Kata minat kat kau ke?" Tanya dia. Ehhh budak ni. Aku cepuk karang. Aku jeling dia.

"Hmm. Dahla muka pecah rumah. siapa yang nak bagi surat." Kata aku pasrah.

Theiqy mencebik.

"sangat pwcah rumah lah muka cenggini???" theiqy balas menjengkelkan

Happy As Always.Where stories live. Discover now