J.I.T - Prolog

414 10 0
                                    

Hingat bingar di KLIA tidak di hiraukannya, dia berjalan dari balai ketibaan. Kepulangannya tidak di nanti ataupun di tunggu-tunggu oleh sesiapa pun. Tengku Yusoff Iskandar menolak troli luggage ke gate 8. Dia mengambil teksi yang sedia ada menanti penumpang. Pemandu teksi membantu Tengku Yusoff Iskandar menyimpan luggage ke dalam bonet teksi, dia membuka pintu teksi lalu membolos masuk ke dalam perut teksi.

Selepas tujuh tahun dia menetap di France, dia mengambil keputusan untuk kembali semula ke Malaysia, di mana tempat tanah air dan tempat kelahirannya.

Teksi berhenti di hadapan sebuah banglo.

Tengku Yusoff Iskandar keluar dari perut teksi, dia menarik luggage beroda masuk ke dalam banglo yang mana pintunya sedia terbuka seperti menanti kepulangannya. Setelah memberi salam, dia melabuhkan punggungnya di atas sofa leather yang berwarna grey.

Dia memerhati keadaan sekeliling rumah yang lama dia tinggalkan, banyak yang telah berubah.

Dan pada masa itu seorang wanita yang berumur lebih kurang 60an berdiri di atas tangga sedang memerhatinya ......

"Yusoff.... "

jika itu takdirnyaWhere stories live. Discover now