J.I.T Part 9

115 6 0
                                    


Dania memparkirkan kereta Mini Cooper 3door merahnya di hadapan Sejiwa Restoran di mana tempat perjumpaannya bersama dengan Tengku Marissa sepupunya sebelah mamanya. Dia keluar dari kereta, dengan langkah yang perlahan dia atur mendekati meja yang di duduki Tengku Marissa.

"Dah lama kau sampai?."sambil menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

"Takde la lama sangat."

"Apahal kau beriya-iya sangat nak jumpa dengan aku ni?."

"Kau apahal takkan aku nak jumpa dengan sepupu aku pun dah tak boleh sekarang."dengan nada sinis Tengku Marissa berkata-kata.

"Yalah, sebelum ni takde lah pulak kau nak jumpa dengan aku kan...ni tiba-tiba je. Apa kau ingat aku dah takde kerja lain nak buat."ha kan dah keluar ayat sarkastik dari mulut Dania. Baru minah perasan cantik ni ada akal, asyik dia je dari dulu main cakap lepas, tak fikir perasaan orang bila dia bercakap.

"Ni mana bestfriend forever kau tak ikut sekali ke?."tanpa memandang wajah Dania.

"Kalau Kasih ikut pun, kau selalu sangat menyakitkan hati dia. Lebih baik dia tak ikut."

"Hek eleh minah ni, kalau cakap tu tak perli aku tak sah."omel Tengku Marissa di dalam hati.

"Aku tanya kau belum jawab, straight to the point apahal kau nak jumpa dengan aku ni?."Dania malas nak tunggu lama-lama di situ, nanti mulut dia naik ketuat pulak asyik dok mengutuk sepupu kerek yang perasan cantik itu di dalam hati.

"Ni aku nak tanya kau sikit, kau tahu tak yang abang Yusoff dah balik Malaysia."dengan senyum sumbing Tengku Marissa bercakap, jari-jemarinya bermain dengan rambut blonde yang keperangan.

"Eh, biar betik kau ni Rissa. Bila abang Yusoff balik."dengan perasaan teruja Dania bertanya pada sepupunya itu. Tapi, mengapa mama tak beritahu aku ye?Jari halus Dania mengetuk-getuk dagu, memikirkan mengapa tiba-tiba Tengku Yusoff Iskandar kembali ke Malaysia selepas tujuh tahun.

Tengku Marissa mengetuk meja bila panggilannya tidak bersahut...

"Ahh...kenapa?."terkejut Dania tiba-tiba meja di ketuk Tengku Marissa.

"Yang kau berangan tu kenapa, baru aku cakap abang Yusoff balik kau dah berangan. Belum aku cakap yang abang Yusoff nak melamar aku lagi."sambil mencebik bibirnya yang merah berkilat.

"Waiters..."laung Dania, bila dia dengar kata-kata sepupunya itu terus terasa haus. Air liur yang di telannya terasa payau. Eh, perempuan sorang ni kalau tak perasan memang bukannya Tengku Marissa Binti Tengku Shahrul Iskandar.

"Cik nak minum apa?."soal waiters yang sedang berdiri di hadapan Dania.

"Apple Juice. Itu sahaja, terima kasih."Dania menghulurkan semula menu pada waiters dan dia menghadiahkan sebuah senyuman.

"Sama-sama."balas waiters itu, selepas dia mengambil menu dan order terus dia berlalu dari situ.

"Bila abang Yusoff balik, mama aku tak ada cakap pun."sekali lagi Dania bertanya pada sepupunya yang kerek itu.

"Dah dua hari abang Yusoff balik, rasanya Mak Su pun tak tahu. Nenda tak bagi kecoh-kecoh. Lagipun kau bukannya tak tahu yang Nenda memang tak sukakan mama kau ataupun kau yang buat tak tahu."dengan eksyennya Tengku Marissa bercakap.

Itu memang Dania sudah masak sangat dengan perangai Nenda yang memulaukan mamanya, semua ini berlaku bila mamanya menolak pinangan Tengku Zarul Hisham 29tahun lalu. Bila mamanya memilih untuk hidup semati dengan papanya, terus nenda menghalau mamanya keluar dari rumah nenda sehinggalah sekarang mamanya tidak dibenarkan menjejakkan kakinya ke situ. Papanya bukanlah kerabat dari mana-mana negeri, hanyalah rakyat biasa. Ayah Longnya, daddy kepada minah kerek yang duduk di depannya itu dan Ayah Ngahnya adalah daddy kepada Tengku Yusoff Iskandar.

"Habis tu yang kau terhegeh-hegeh dok beritahu aku kenapa?tak takut nanti nenda tahu."dengan sengaja Dania berkata begitu.

"Aku cuma nak ingatkan kau yang abang Yusoff tu hak mutlak aku, ada faham!!. Aku harap kau tak ganggu hak aku nanti."

Kalau aku cakap perasan memang dia perasan pun, belum apa-apa lagi dah mengaku yang abang Yusoff tu dia punya. Poyo betul minah ni.

"Hei, Rissa ni aku nak tanya kau, dekat dahi abang Yusoff ada cop dia kau punya ke?."dengan senyum sumbing Dania memandang wajah sepupunya yang poyo itu. Perlu tak kalau aku ketuk kepala perempuan depan aku ni supaya dia sedar dari mimpi.


jika itu takdirnyaWhere stories live. Discover now