J.I.T- Part 3

206 8 0
                                    

"Kasih, apa yang kau makan tu, boleh aku rasa sikit?."soal Dania takut-takut.

Chempaka Kasih masih tidak mempedulikan pertanyaan Dania teman serumahnya itu, matanya tidak sedikit pun berkalih dari menonton TV. Bukannya, Dania tidak tahu dia tidak suka di ganggu bila waktu menonton slot Samarinda di TV3, Menanti Februari. Dah la dia peminat setia Zul Ariffin dan Fathia Latif.

Tangan masih lagi menyudu bihun goreng di atas pinggan.

Mata Dania terkebil-kebil bila nampak Chempaka Kasih menyudu bihun goreng yang menjadi favouritenya itu ke dalam mulut, beberapa kali dia menelan air liur.

Bila iklan barulah Chempaka Kasih menoleh ke arah Dania yang masih lagi berdiri macam patung di sebelahnya.

"Weh, kau dan kenapa Nia?."

"Kasih, kenapa kau habiskan bihun goreng dalam pinggan tu, kau kan tahu itu favourite aku. Sampai hati kau kan tak tinggal sikit pun untuk aku."dengan nada merajuk Dania bercakap.

"Wa-ala yang kau nak touching sangat ni kenapa beb?bukan tadi kau keluar makan dengan member ofis kau ke?."Chempaka Kasih sengaja menjongket keningnya.

"Memanglah, itu tak dinafikan. Tapi......ini bihun gorenglah Kasih."

"Ada aku kesah.....bihun goreng ke bihun sup ke bihun tomyan ke?dah pergi jauh-jauh jangan nak kacau aku tu dah start."Chempaka Kasih menunding jarinya pada TV.

Apalah yang minah ni duk sibuk sangat tengok Menanti Februari, yang tak boleh tahan tu satu malam pun tak boleh miss.

Tanpa mempedulikan Chempaka Kasih, Dania mengatur langkah ke arah biliknya. Baik dia bersihkan diri, badan pun dah rasa melekit.

Bukannya Chempaka Kasih tidak perasan dari tadi Dania meleleh air liur bila tengok dia suap bihun goreng ke dalam mulut. Dia sengaja nak kenakan teman baiknya itu. Dari dulu lagi dia tahu itulah satu-satu makanan favourite Dania. Dan makanan itu jugalah yang selalu dia masak bila waktu cuti.

Habis sahaja drama Menanti Februari, Chempaka Kasih bangkit dari sofa dan berlalu ke ruang dapur. Pinggan yang digunakan tadi terus dicuci. Tangan yang basah di lap dengan towel yang tergantung di tepi tingkap berhadapan dengan sinki. Kemudian dia berjalan ke arah tempat jug kettle untuk memanaskan air, tangannya mencapai mug dan sudu. Susu pekat di dalam fridge di keluarkan bila air sudah panas dia tuang ke dalam mug yang berisi susu. Sekali lagi tangan Chempaka Kasih mencapai bekas milo dan dicampurkan ke dalam mug yang berisi susu tadi. Usai membuat air milo panas dia mengambil pinggan yang sederhana besar dan dicedok bihun goreng.

Tidak lama kemudiannya Dania keluar dari bilik tidurnya dengan memakai baju tidur, muka tak payah cakaplah benggang plus kecewa, dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang di duduki Chempaka Kasih tadi.

"Ehem..."Chempaka Kasih berdehem dari arah belakang Dania.

Dania tidak mempedulikan.

"Dania...tengoklah ni."

Masih sama seperti tadi, tidak mempedulikan sapaan Chempaka Kasih. Matanya masih melekat pada telefon bimbitnya.

Bila menyedari tiada respons dari Dania, Chempaka Kasih menapak ke arah Dania lalu dia melabuhkan punggungnya di sisi Dania.

"Beb...kau marahkan aku ke?."soal Chempaka Kasih, matanya menatap wajah sugul Dania yang masih menunduk membalas whatsapp.

Tangan Chempaka Kasih memegang tangan Dania.

Tersentak Dania bila Chempaka Kasih tiba-tiba memegang tanganya, berlapis-lapis kerutan di dahinya.

"Kau kenapa Kasih?."soal Dania dengan riak terkejut.

"Kau tak dengar ke aku bercakap dengan kau tadi?."

"Kau ada bercakap dengan aku ke?."soalan bertemu soalan.

"Astaghfirullahalazimm....Nia, kau tak dengar?jadi tadi aku cakap sorang-sorang la."Chempaka Kasih menepuk dahinya.

"Aku tak dengar la beb...sorry ye. Ni aku busy reply whatsapp Marissa. Weh, esok lepas kerja kita pergi jumpa dia ye?."barulah Dania memandang muka Chempaka Kasih yang terkedu.

"Esok....tengoklah dulu, aku tak berani nak janji aku takut esok aku ada appointment dengan clients, apa-apa hal aku confirm semula."Nia mana mungkin aku akan berjumpa dengan Tengku Marissa bekas adik ipar aku, tak mungkin Nia maafkan aku.

"Okeylah, tadi kau nak cakap apa dengan aku?."

"Tu atas meja ada makanan favourite kau, aku dah sediakan."

"Ni yang buat aku sayang kau ketat-ketat. Aku ingatkan kau habiskan semuanya tadi."Dania melentokkan kepalanya di bahu Chempaka Kasih.

"Aku ingatlah kat kau....tu yang aku masak lebih. Pergilah makan, aku nak masuk tidur dulu."

"Orait, good nite girlfriend."

Chempaka Kasih hanya senyum, lalu dia bangkit dari sofa dan berjalan menuju ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Dania.

"Beb...jangan lupa mimpi yang indah-indah."sempat lagi Dania berpesan pada Chempaka Kasih sebelum hilang di sebalik pintu.

jika itu takdirnyaWhere stories live. Discover now