J.I.T - Part 11

127 9 0
                                    



Tok...tok..

Chempaka Kasih mengetuk pintu. Terdengar suara dari dalam menyuruhnya masuk. Dengan tangan terketar-ketar dia memulas tombol pintu, lalu dia menjengahkan kepala di muka pintu, ya Allah ramainya makhluk Allah yang ada dekat dalam ni. Aku ingatkan tadi hanya Tan Sri sahaja.

"Ya, Tan Sri. Ada apa-apa Tan Sri panggil Kasih ke sini?."soal Chempaka Kasih tanpa memandang insan-insan yang ada di situ, matanya hanya memandang wajah ceria Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar.

Bila mendengar suara wanita yang telah lama dia tinggalkan, Yusoff Iskandar mendongak mencari ke arah suara yang baru sahaja bercakap dengan daddynya. Wanita pertama yang dicintainya dari zaman remaja, dia terpaksa pergi tinggalkan dan mengorbankan cintanya pada Chempaka Kasih demi sayangnya pada abang sepupunya iaitu Tengku Zariff Iskandar.

Waktu itu Tengku Zariff Iskandar tergila-gilakan Chempaka Kasih, dan dia sendiri nampak bagaimana kedua pasangan itu bahagia sangat. Chempaka Kasih tidak tahu yang dia ada menaruh hati. Belum sempat dia hendak meluahkan rahsia hatinya pada wanita itu, wanita itu telah di lamar oleh abang sepupunya dan sejak itulah dia membawa diri ke France, Paris.

Tapi, mengapa nenda tidak tahu yang Chempaka Kasih bekerja dengan nenda?adakah daddy tidak beritahu pada nenda yang Chempaka Kasih berada begitu dekat dengan nenda. Ataupun daddy tidak tahu yang selama ini nenda mencari Chem...

Ini memudahkan kerja dia, tidak perlu lagi dia bersusah payah hendak mencari Chempaka Kasih kerana orang yang di cari-carinya sudah ada di depan mata dan start dari hari ini dia akan berjumpa dengan Chempaka Kasih setiap hari.

"Ini saya perkenalkan anak lelaki tunggal saya yang baru balik dari France, Tengku Yusoff Iskandar. Dia yang akan menggantikan saya tidak berapa lama lagi. Sudah sampai masanya saya pencen, bagi generasi baru pulak yang ambil alih."Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar ketawa sambil menepuk-nepuk bahu anaknya.

Bila Chempaka Kasih mendengar nama Yusoff Iskandar automatik matanya mencari ke arah insan yang Tan Sri Tengku Zulhasnan sebutkan.

"Ya Allah, Yusoff Iskandar....teman dia dari zaman remaja. Tapi, Yusoff kenal lagi ke dengan aku. Yusoff ke mana awak menghilangkan diri, selama tujuh tahun saya mencari dan menanti awak, sampainya hati awak pergi tinggalkan saya begitu sahaja tanpa sepatah kata. Apa salah saya pada awak?..."jerit hati kecil Chempaka Kasih.

Senyuman terukir di bibir pink Chempaka Kasih kepada bakal boss barunya.

Amir Idham pandang wajah polos yang bertudung di depannya, bukankah ini perempuan yang kelam kabut plus membebel sorang-sorang depan lif tadi. Rasanya betullah perempuan tadi, takkan mata dia dah rabun. Cepatnya Allah nak ketemukan dia dengan perempuan ini, jantungnya kembali beroperasi kali ini lebih laju dari tadi, rasanya macam nak tercabut keluar. Yang peliknya dari tadi wanita itu langsung tidak memandang wajahnya walaupun seketika, kalau perempuan lain ataupun wanita-wanita di luar sana pantang nampak muka maskulinnya pasti tidak akan melepaskan peluang memandang dan mendekatinya.

Dia pulak yang terpaksa melarikan diri dari wanita-wanita itu. Dia berjanji pada dirinya yang dia tidak akan melepaskan peluang untuk mendekati dan menawan hati wanita yang sedang berdiri di hadapannya itu.

Selepas Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar memperkenalkan anaknya, dia beralih pada anak sahabat baiknya Amir Idham Bin Tan Sri Zakaria. Dia memperkenalkan Chempaka Kasih pada anak sahabatnya itu.

"Oh, Chempaka Kasih..."hati Amir Idham berbunga gembira kerana wanita yang yang berjaya membuat hati dan jantung dia kacau bilau ada di depan matanya. Dan dia baru sahaja mendapat tahu nama wanita itu dan selepas ini dia akan selalu berurusan dengan wanita itu.

jika itu takdirnyaWhere stories live. Discover now