J.I.T - 6

175 8 4
                                    


Satu demi satu anak tangga Tengku Umi Kalthom pijak menuruni ke bawah, dari tadi dia memerhati gelagat selamba cucu kesayangannya yang sedang duduk di atas sofa leather yang berwarna grey di ruang tamu.

"Ni mimpi apa yang membuatkan Yusoff balik ke Malaysia."tanpa tunggu lama terus di sergah cucu kesayangannya yang sedang mengalamun itu.

"Eh, Nenda."cepat-cepat Tengku Yusoff Iskandar bangkit dari tempat duduk dan menyalami serta mencium tangan nendanya.

Tak berkelip mata Tengku Umi Kalthom memandang cucunya itu, dulu puas dia pujuk suruh Tengku Yusoff Iskandar balik ke Malaysia uruskan perniagaannya, tapi tak di layan. Ini mimpi apa tiba-tiba sudah ada di dalam rumah dia.

Tengku Umi Kalthom melabuhkan punggungnya di sisi cucunya,"Yusoff tak jawab pertanyaan nenda, mimpi apa Yusoff tiba-tiba balik ni?."

"Nenda ni, takkan nak balik sini kena mimpi dulu. Yusoff rindukan nenda, mummy dan daddy." Tengku Yusoff Iskandar melentokkan kepalanya di bahu nendanya. Seperti kebiasaannya bila dia duduk disisi Tengku Umi Kalthom.

"Ya ke?ataupun Yusoff nak nenda pinangkan buah hati Yusoff."sengaja Tengku Umi Kalthom serkap jarang mana tahu mengena.

"Eh...Nenda ni ke situ pulak, sebenarnya Yusoff rindukan Malaysia tempat kelahiran dan tanah air Yusoff lah nenda. Lagipun gadis idaman Yusoff telah di ambil orang nenda."ayat yang terakhir dengar seperti kecewa dan terkilan.

Tengku Umi Kalthom menggosok bahu Tengku Yusoff Iskandar dan perlahan-lahan jari jemarinya membelai rambut Tengku Yusoff Iskandar.

"Yusoff sudah tiga tahun dia bebas..."hanya itu yang mampu Tengku Umi Kalthom luahkan.

"Apa maksud nenda?."dengan mimik muka pelik dan dahi berkerut Tengku Yusoff Iskandar mencari wajah nendanya, walaupun umur Tengku Umi Kalthom sudah memasuki 65 tahun, tapi masih lagi cantik dan bergaya.

"Sudah lama dia bebas Yusoff.....Chempaka Kasih. Nenda nak Yusoff cari dan jejak di mana dia berada, sudah lama nenda mencari dia, tapi tak jumpa."

"Maksud nenda, Arif tinggalkan Chem tiga tahun yang lepas."bebola mata Tengku Yusoff Iskandar merenung ke dalam anak mata nendanya.

"Ya Yusoff, Ariff ceraikan Chempaka Kasih. Pada masa itu nenda tiada di sini, kalau nenda ada tentunya Ariff tidak berani menceraikan Chempaka Kasih..."nada yang sayu dan rasa bersalah tidak terhingga terhadap Chempaka Kasih.

Tengku Yusoff Iskandar melihat mata nendanya berkaca-kaca dan air mata bergenang pada pelupuk mata nendanya, hanya tunggu masa sahaja hendak mengalir.

"Nenda mengapa tak beritahu Yusoff awal-awal."terdengar keluhan keluar dari mulut Tengku Yusoff Iskandar.

"Nanti kita berbincang lagi, tu mestinya perempuan gedik campur perasan cantik datang, Yusoff pergilah naik berehat dulu. Mestinya Yusoff jetlagkan baru lepas turun flight."Tengku Umi Kalthom menepuk peha cucunya.

"Okeylah nenda, Yusoff naik dulu."dengan langkah yang lemah longlai dia menapak naik ke tingkat atas.

"Abang Yusoff......"laung Tengku Marissa dari muka pintu.

"Hoi, yang kau terjerit-jerit tu dah kenapa, kena sampuk dengan hantu ke?."bidas Tengku Umi Kalthom. Macam mana perempuan tiga suku ni tahu yang Tengku Yusoff Iskandar balik hari ni?.

"Bibik...."panggil Tengku Umi Kalthom.

"Ya, Mak Engku...."

"Kau telefon anak cucu aku, malam ni suruh diorang balik makan malam di rumah aku."selepas berkata-kata terus Tengku Umi Kalthom berlalu tinggalkan Tengku Marissa yang masih berdiri di muka pintu.

Tengku Marissa menghentakkan kakinya tanda protes, kemudian dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang diduduki Tengku Yusoff Iskandar tadi.


Assalamualaikum.... selamat petang semua.

Hye sahabat2, Chempaka Kasih kembali lagi.

selamat membaca semua.



jika itu takdirnyaWhere stories live. Discover now