J. I.T Part 12

186 11 0
                                    


Dari tingkat 25 Tengku Zariff Iskandar memandang ke bawah, semua benda yang nampak di matanya seperti semut. Sejak sepupunya, Tengku Yusoff Iskandar pulang ke Malaysia jiwanya rasa tak tenteram. Mengapa perasaan sayang dan cinta terhadap bekas isterinya masih melekat elok di hati dan jiwanya.

Adakah Yusoff akan kembali semula pada Chempaka Kasih?....

Kalau dulu dia setia pada Chempaka Kasih tentunya sekarang mereka berdua sudah pun mempunyai anak, dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pada Chempaka Kasih. Kalau boleh di putarkan semula, pastinya dia tidak akan melakukan perkara terkutuk itu.

"Maafkan abang....sayang. Terlalu besar kesalahan yang abang buat pada sayang, sebenarnya abang tidak bahagia bersama dengan Qistina. Bukan hidup seperti ini yang abang impikan dari dulu. Bagaimana keadaan diri sayang sekarang?abang teringin hendak jumpa dengan sayang, abang tahu pasti sayang akan mengelak kalau tak, takkan sayang tukar phone number."Tengku Zariff Iskandar mengeluh bila mengenangkan nasib dirinya, kerana kelalaian dan kebodohan yang pernah dia lakukan dahulu.

Tok.....tok.....

Ketukan di pintu mengejutkan Tengku Zariff Iskandar dari lamunan terhadap bekas isterinya.

"Come in."laung Tengku Zariff Iskandar masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri.

"Weh, bro jom kita keluar lunch."ajak Mukhriz, sahabat merangkap rakan niaganya.

Tengku Zariff Iskandar membelek jam di pergelangan tangannya. Kemudian dia berlalu ke arah meja tangannya mencapai kunci kereta serta telefon bimbitnya.

Tanpa sepatah kata dia menapak keluar dari biliknya di buntuti Mukhriz.

Dari jauh dia menekan alarm BMW 5 Series yang berwarna putih.

Sebaik sahaja sampai di sisi kereta dia membuka pintu kereta dan membolos masuk ke dalam perut kereta selepas itu kedengaran pintu di sebelah penumpang di buka. Mukhriz melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Zariff Iskandar.

Tengku Zariff Iskandar memandu keretanya ke sebuah Restoran Makanan Arab, entah mengapa tiba-tiba tekaknya teringin hendak makan makanan Arab. Dulu masa dia masih bersama dengan Chempaka Kasih, mereka berdua selalu akan pergi makan nasi arab dengan ayam mandy.

Dia memarkirkan keretanya di tempat yang di sediakan buat pelanggan Restoran Arabia Food di Jalan Ampang. Handbrek ditarik, enjin kereta dimatikan, Tengku Zariff Iskandar keluar dan beriringan dengan Mukhriz menapak masuk ke dalam Restoran.

Dia berjalan ke arah meja kosong, tiba-tiba dia terlanggar dengan seseorang yang pernah mencuri hatinya dan teman serumahnya, dadanya bergetar bila matanya bertentangan mata dengan Chempaka Kasih. Bibirnya bergerak-gerak seperti hendak bercakap sesuatu pada Chempaka Kasih.

Semenjak awal lagi

Bila ku mengenalimu

Dunia ini serasa

Cuma dalam genggamanku

Ramai yang datang menduga

Namun tak sama denganmu

Aku...percayalah

Biar pun remuk di hati

Akan ku rawat sendiri

Kerana kau aku rela

Mengapa aku yang tidak setia

Mengapa akukah yang berdosa

Mengapa aku mudah terlupa

Janji-janji kita kali pertama

Sesalnya aku Cuma

Ingatkan engkau merayu

Itulah kesilapanku

Belum terlewat lagi

Itu kata darimu mudah

Memang begitu indah

"Kasih sayang, buat apa berdiri tercegat dekat situ. Meja kita dekat sinilah sayang."laung Syafiq Haikal dari meja yang mereka duduki.

"Aahhh...."jawab Chempaka Kasih matanya masih menatap wajah insan yang dicintai sepenuh hatinya. Walaupun hatinya pernah dilukai oleh Tengku Zariff Iskandar, dia tidak pernah berdendam dengan Tengku Zariff Iskandar.

Bila Tengku Zariff Iskandar mendengar panggilan untuk bekas isterinya itu, dia memusingkan kepalanya ke arah suara lelaki tadi, bila dia ternampak ayah ngahnya juga berada di situ, kakinya melangkah ke arah meja itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

jika itu takdirnyaWhere stories live. Discover now