J.I.T Part 7

121 7 0
                                    



              Tengku Marissa memanjat anak tangga, dia mendekati bilik Tengku Yusoff Iskandar. Dia memulas tombol pintu, sukanya dia kerana Tengku Yusoff Iskandar tidak mengunci pintu biliknya dan perlahan-lahan dia membuka pintu kemudian menjengahkan kepalanya ke dalam, bila dia nampak line clear terus dia melangkah kakinya ke dalam bilik Tengku Yusoff Iskandar.

              Tengku Marissa dengar bunyi air dari dalam bilik air, dia membaringkan badannya di atas tilam empuk kepunyaan Tengku Yusoff Iskandar.

              Pabila Tengku Yusoff Iskandar keluar dari bilik air yang hanya memakai tuala, terbeliak biji matanya bila terpandangkan sepupu tiga sukunya itu terbaring di atas tilamnya. Pantang betul dia bila haknya orang lain usik, inikan pulak tempat tidurnya.

              Tengku Yusoff Iskandar berjalan ke arah pintu, lalu dia membuka pintu seluas-luasnya dan menjerit memanggil nendanya.

              Bila Tengku Marissa dengar Tengku Yusoff Iskandar memanggil nenda, cepat-cepat dia bangun dari pembaringan dan berdiri di hadapan Tengku Yusoff Iskandar.

              "Apa Abang Yusoff ni....menjerit macam nampak hantu lagi."tanpa ada perasaan bersalah Tengku Marissa berkata.

              "Weh, perempuan yang kau masuk dalam bilik aku ni buat apa?kau keluar sekarang!!!."tengking Tengku Yusoff Iskandar.

              "Yusoff kenapa ni?."Tengku Umi Kalthom bertanya pada Tengku Yusoff Iskandar.

              "Cuba Nenda tengok perempuan tak cukup kain ni, masuk bilik Yusoff. Tak tahu malu langsung masuk bilik lelaki."

               Bila Tengku Umi Kalthom mendengar kata-kata Tengku Yusoff Iskandar.

               "Apa yang kau buat dalam bilik Yusoff ni Rissa?."mata Tengku Umi Kalthom berkalih memandang cucu perempuannya itu. Sambil mendengus.

              "Rissa rindu Abang Yusoff."

               "Kalau kau rindukan Yusoff pun takkan sampai kau masuk dalam bilik dia, kau tu perempuan. Tak manis orang tengok perempuan masuk dalam bilik lelaki, walaupun kauorang berdua sepupu. Faham!!!."dengan lantangnya Tengku Umi Kalthom bercakap.

              "Apalah Nenda ni, semua yang Rissa buat salah. Kalau Dania dan Abang Yusoff buat semuanya betul. Bencilah Nenda ni."Tengku Marissa berjalan sambil menghentakkan kakinya keluar dari bilik Tengku Yusoff Iskandar.

              "Yusoff jangan lupa kunci pintu, bukannya boleh percaya dengan perempuan psiko tu." Tengku Umi Kalthom berlalu meninggalkan Tengku Yusoff Iskandar yang masih berdiri di muka pintu biliknya.



               Dia menutup pintu biliknya kemudian berjalan ke arah wardrobe yang berwarna hitam, pintu wardrobe di buka sehelai t-shirt polo warna kuning air di keluarkan kemudian tangannya mencapai seluar khakis. Selesai memakai pakaian dia menghenyakkan badannya ke atas tilam.

 Selesai memakai pakaian dia menghenyakkan badannya ke atas tilam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


              "Chem.....di mana awak berada sekarang?."kedua tangannya di letak atas dadanya, selepas itu mata Tengku Yusoff Iskandar layu.



Assalamualaikum. selamat pagi readers semua. Mawar ingin mengucapkan selamat tahun baru buat awak semua.

Mawar harap dengan secoit kisah J.I.T dapat la awk semua hilangkan rindu pada Tengku Yusoff Iskandar. 

selamat membaca.....

jika itu takdirnyaWhere stories live. Discover now