Kelam kabut Chempaka Kasih berjalan dari tempat parkir kereta di hadapan ofisnya, entah macam mana pulak pagi ni dia terbabas bangun, subuh pun subuh gajah. Ini semua 100% salah Dania yang datang berborak dalam bilik tidur dia malam tadi. Kalau tak, tak ada la dia terlewat bangun tidur. Dania takpe la kerja dengan papa dia, tak kisah masuk kerja lambat pun.
Sebaik sahaja dia sampai di hadapan pintu lif, pintu tertutup."Aduhai....diorang ni tak nampak ke aku yang terpacak depan pintu kot takkan tak boleh tekan button buka ke?kalau aku tahu siapa punya kerja siap la."bebel Chempaka Kasih tanpa menyedari ada seseorang yang sedang memerhati gelagatnya dari tadi.
Dia membelek jam di pergelangan tangan kanannya, kalau boleh dia pusing jam bagi lambat setengah jam kan bagus.
"Ehem..."deheman seseorang mengejutkan Chempaka Kasih yang sedang mengomel marahkan orang yang dalam lif tadi.
Chempaka Kasih tidak berani menoleh memandang makhluk yang berdiri di belakangnya. Sebaik lif yang di tunggu sampai, dengan sepantas kilat dia masuk ke dalam perut lif. Bila sampai di tingkat 8, cepat-cepat dia melangkah keluar tanpa menoleh ke belakang.
Beberapa kali Amir Idham menggeleng kepalanya melihat gelagat perempuan tadi, entah mengapa dadanya bergetar bila dia berdiri di sebelah perempuan itu. Dah lama jantungnya tak beroperasi, tapi...bila dengan perempuan tadi.
Amir Idham meletakkan tapak tangannya ke dada, dup dap dup dap...jantungnya berbunyi. Aduh, jangan aku kena heart attack sudah. Lif berhenti di tingkat 12, dengan gaya lelaki maskulin dia berjalan ke arah meja receptionist. Dia menghadiah sebuah senyuman pada wanita yang duduk di situ.
"Yes Sir, good morning."huh handsome giler pakwe ni, yang tak boleh tahan lesung pipit dia yang mengoda sangat-sangat tu. Kalaulah dia pakwe aku kan best, mata Siti Sarah tidak berkelip dari merenung wajah handsome yang berdiri di depannya.
"Hye, good morning. I, Amir Idham. I having appointment with Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar."jawab Amir Idham masih lagi senyuman tak lekang dari bibir pinknya.
Jeda
"Excuse me, miss."Amir Idham mengawang-gawangkan tangannya ke arah wanita itu. Hairan dia dengan pandangan pelik wanita di depannya itu, ada yang tak kena dengan baju yang dia pakai ke?dia membelek kot yang di pakainya itu, namun tak nampak apa-apa yang tak kena.
"Miss...."Amir Idham mengetuk meja.
"Ehh....maafkan saya, Encik nak jumpa dengan siapa ye?"dengan wajah terkejut dan blur Siti Sarah memandang Amir Idham yang masih lagi berdiri di depannya. Aduh buat malu sajalah aku ni, ada ke patut pergi berangan depan pakwe ni sape suruh.
"Hmmm...Saya, Amir Idham ada temu janji dengan Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar. Boleh saya berjumpa dengan Tan Sri. Hye, itulah siapa suruh berangan pagi-pagi ni."dengan selamba Amir Idham sound wanita di depannya itu, bukannya dia tak nampak muka terkejut plus blur perempuan tu.
"Comel..."
"Apa Encik?.."soal Siti Sarah.
"Errkk....takde apa-apa."hai, mulut ni pun satu tak sayang tuan betul. Bukan tadi aku cakap dalam hati ke?.
"Sekejap ye Encik Amir, saya inform Tan Sri dulu."
Amir Idham hanya anggukkan kepala.
"Okey, Encik Amir boleh masuk. Nanti Encik Amir jumpa dengan Encik Syafiq Haikal, PA Tan Sri."dengan lemah lembut Siti Sarah bercakap.
"Thanks, boleh saya tahu siapa nama awak?."Amir Idham tidak melepaskan peluang yang ada.
"Siti Sarah, Encik."Siti Sarah menghadiahkan sebuah senyuman yang mekar pada Amir Idham.
Selepas berkata-kata Amir Idham berlalu masuk ke dalam, di mana tempat yang dia akan bertemu dengan Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar.
Dia beriringan dengan PA Tan Sri masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Tidak lama selepas itu Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar bersama dengan seorang lelaki masuk ke dalam bilik mesyuarat.
"Oh, ya Syafiq. Mana Cik kasih, bukankah sepatutya Cik Kasih yang membentangkan meeting kita kali ini?."soal Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
Syafiq Haikal menepuk dahinya, aduh macam mana boleh terlupa nak inform Chempaka Kasih ni.
"Yang awak tepuk dahi tu kenapa?."walaupun kedengaran suara Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar tegas, tapi dia tidak bermaksud marahkan PAnya itu.
"Maafkan saya Tan Sri, saya terlupa nak inform dengan Cik Kasih semalam. Nak saya panggilkan dia ke?."
"Hmm....awak panggil dia naik ke sini."Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar memandang wajah PAnya kemudian beralih pada Amir Idham kemudian pada anak lelaki tunggalnya yang baru sahaja balik dari overseas.
Tangannya mencapai gagang telefon yang berada di depan matanya dan laju sahaja jari Syafiq Haikal menekan nombor extension Chempaka Kasih yang sentiasa berada di dalam kepala otaknya semenjak dua menjak ni.
Sebaik mendapat panggilan dari Syafiq Haikal dengan tergopoh-gapah Chempaka Kasih menapak keluar dari biliknya dan menuju ke arah lif untuk ke tingkat 12. Hai, nasib badanlah hari ni asyik kelam kabut saja. Pagi terlewat bangun sekarang pulak tiba-tiba Tan Sri Tengku Zulhasnan Iskandar hendak berjumpa.
selamat pagi semua....jemput baca ye.
terima kasih mawar ucapkan buat awak awak semua yang sudi singgah di wattpad mawar.. tanpa awk smua siapalah mawar ni.
sekali lagi mawar ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca karya jemari mawar yang tak seberapa ini.
YOU ARE READING
jika itu takdirnya
RandomJodoh pertemuan di tangan Allah, kita hanya mampu merancang dia Yang menentukan. Itu Yang di namakan takdir........ Chempaka Kasih masih lagi di situ, dia memegang Batu Nisan bekas tunangnya Zarith Alif Yang pergi menemui Sang Pencinta setahun y...